Monday 18 August 2014

Menu Raya : Rainbow Cookies

Warna kurang mengancam sebab kekurangan pilihan warna. Janji sedap

Ini kejadian bila dah terlebih rajin. Barang-barang memang dah beli nak try buat rainbow cookies ni. Cuma menunggu masa dan ketika. Kebetulan Sabtu lepas memang tengah rajin teruslah cuba buat. Buatnya senang tapi agak remeh time nak bahagikan warna dan piping ke loyang. Saya belum beli loyang khas. Jadi guna loyang biasa je. Ok jugak cuma meleper jelah biskut. Tapi rasa tetap sedap. Dapat tiga bekas. Tak sampai setengah jam dah habis dua bekas. Bekas ketiga saya bawak ke rumah sepupu di Shah Alam. Tapi habis jugak dalam kereta sebelum sampai ke destinasi. Nampaknya kena buat lagi. Hari tu beli 50 keping RM25. Tak sampai 10 minit dah licin. Sebab tu boleh terfikir nak buat sendiri sebab anak-anak suka.





Resepi Lidah Kucing @ Rainbow Cookies

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur - 3 biji 
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Dulang khas lidah kucing rainbow
(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)

Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter 

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahaagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.

5.Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana adunan akan mengembang bila dibakar.


6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Monday 11 August 2014

Menu Raya : Daging Masak Hitam


Memang terbaikla menu kali ni. Super sedap. Tak sia-sia kita cuba try masak resepi ni. Hehehe. Thanks pada yang share resepi. Memang sedap. Tak puas makan rasanya. Dekat dua kilo jugak daging tu saya buat. Saja kita masak-masak Sabtu lepas. Lepas tu mesej jiran-jiran suh datang makan sambil beraya. Saya masak laksa penang, daging masak hitam, fruit koktel dan lemang. Semua menu simple je. Jiran-jiran siap mintak resepi daging ni. Heheh. Kita pun ikut resepi orang. Memang akan jadi menu wajib la lepas ni. Suka, suka, suka.

Yang fruit koktel tu pun paling simple je saya buat. Buh susu cair dalam mangkuk besar. Buh buah-buahan koktel dalam tin. Air dia tak payah masuk. Buh jelly sumi warna-warni yang budak-budak suka makan tu. Itu je. Lepas tu sejukkan dalam peti ais. Kalau nak makan esok, malam ni dah masukkan dalam peti ais. Jadi takyah la kita masukkan ais batu lagi. Nanti dia tawar, tak berapa lemak manis rasanya. Kalau ada bajet lebih boleh masukkan laici dalam tin, kelapa laut dalam tin, nata de coco. Memang menyelerakan. Gerenti licin!


Daging Masak Hitam 
Sumber; Dari Dapur MadihaA Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) 

Friday 8 August 2014

Menu Raya : Biskut Cornflakes Madu

Pic ni je ada. Yang cantik bereben nan hado :)
Biskut ni tiap-tiap kali raya mesti wajib ada sebabnya senang nak buat dan bahan tak banyak tapi sedap dan disukai ramai. Haaa...memang penyebab yang sangat konkrit untuk buat biskut ni. Tahun ni saya dah insaf sikit dalam beli dan buat biskut raya sebab tahun lepas banyak membazir. Kuih yang tersusun berbekas-bekas atas meja tu tetamu tak berapa nak pandang sebab kita masak menu lain time dorang datang beraya. Sudahnya bekas kuih raya kena letak meja lain sekejap. Maklumlah tak cukup ruang.

 Jadi tahun ni awal-awal dah diingatkan supaya tidak amalkan perbuatan syaitan itu. Hehehe. Tahun ni saya cuma ada kerepek ubi pedas, kerepek ubi masin, keropok kacang dal, dodol yang dah habis di raya keempat, pretzel celup coklat yang juga dah habis di raya kelima, bahulu yang dah berkulat di raya ketiga ( dah selamat ke dalam tong sampah) dan juga cornflakes madu ini yang saya buat di malam raya. Jam 1 pagi baru tidur. Tapi berbaloi sebab cuma RM10 je modal buat biskut ni. Anak-anak suka, tetamu pun suka. Habis dah pun di raya keempat. Bekas biskut ni pun asyik hilang dari meja. Ada je yang membawa ke sofa. Dah kosong baru letak balik atas meja. Takpe, mama suka.

Resepi ni sumbangan Kak Hanieliza. The best ever recipe. Mudah, ringkas tapi sedap.


CORNFLAKES MADU

Bahan A

150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]

Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Menu Raya: Agar-agar Gudir


Ni menu raya ketiga. Bosan takde buat apa kita godekla puding sebijik. Dapat gak makan tak pun hidang pada tetamu kot ada yang sesat datang beraya kat rumah. Maklumlah kat KL ni biasa awal-awal raya memang takde tetamu datang beraya. Semua tengah sibuk beraya kat kampung.

Agar-agar ni saya dah biasa buat. Memang sedap. All time favourite gitu. InsyaAllah tetamu pun suka.

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
1 peket agar2 serbuk
200 g gula melaka
50 g gula pasir
1000 ml air
1 helai daun pandan - disimpul
1 kotak kecil santan - (saya guna santan Kara 200 ml)
3 biji telur
garam secukup rasa

Cara-cara
Masak gula melaka,gula pasir dan daun pandan dgn 1/2 bahagian air hingga mendidih dan gula larut. Tapis.
Santan,telur dan garam di pukul rata dgn garfu.Ketepikan.
Di dlm sebuah periuk, masukkan agar2 dan 1/2 bahagian air lagi dan kacau dan masukkan air gula tadi,masak hingga mendidih dan tuangkan campuran santan tadi dan kacau sekali dua aje. Biarkan adunan terus mendidih lagi hingga campuran santan nampak timbul berketul2 dipermukaan. Kacau rata2 dan matikan api.
Tuang agar2 ke dlm loyang atau acuan2 kecil dan sejukkan. Simpan di dlm petisejuk sebelum menghidangkannya.

Pastikan loyang atau acuan2 dibasahkan dgn air sebelum menuang agar2, tujuannya ialah supaya agar2 mudah dikeluarkan.

Menu Raya: Lontong


Tahun ni tak balik beraya di Johor. Maka kenalah masak sendiri menu raya. Sebelum cuti dah google siap-siap segala resepi. Sabtu pepagi Subuh dah ke NSK Selayang memborong barang dapur. Malam raya tu dah prepare apa yang patut. Pepagi raya lepas Subuh kita dah start masak. Menu raya pertama saya simple je. Yang nak makan pun ada dalam lima orang je. 

Saya masak nasi tomato, ayam masak merah, kari ayam untuk raya pertama. Tapi kerana kesibukan beraya tak sempat nak bergambar la makanan-makanan ini semua. Alhamdulillah menjadi nasi tomato ni. 

Raya kedua tak masak menu apa pun sebab dah berjalan ke Ikea bagai. Gitulah orang di KL beraya. Serupa macam tak raya je. Raya ketiga sebab takde ke mana-mana saya pun rajinkan diri masak lontong. Bahan-bahan kan dah beli. Kalau tak guna nanti membazir je. Kecut dalam peti ais. Rugi, rugi. Saya masak lontong, nasi himpit dan sambal udang. 

Lontong tu ikut resepi dari Blog Azie Kitchen. Sedap. Semua ada rasa. Buatnya memang senang tapi sebab tak pernah buat. Kenalah refer resepi. Heheh...


Lontong dan Kuah Lodeh Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
1 biji kentang - potong 8 
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak 
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 


Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.