Thursday 25 September 2014

Ayam Perap Masak Kicap



Dekat sebulan dah simpan resepi ni. Asyik lupa nak try. Jadi semalam dah takde idea nak masak apa terus teringat resepi ni. Balik rumah dari ofis terus perapkan. Dalam dua jam lepas Maghrib tu terus masak. Senang jugak buatnya dan yang penting memang sedap. Ayam ni lembut sebab takyah goreng dulu. Selalu ayam kicap kita goreng dulu, jadi ada bahagian ayam yang jadi keras terutama bahagian isi. 

Next time nak perap lebih lama, mesti lagi sedap. Yummyy!!

Sedang diperap. Masukkan dalam peti ais


AYAM PERAP MASAK KICAP
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
sumber : Mas & K.Nor


Bahan A :
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris

Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Wednesday 24 September 2014

Menuju Puncak Bukit Broga

1.7 km je heheheeh...gulppp


Tempat parking yang bersih. Kena bayar RM2
Alhamdulillah berjaya jugak sampai ke puncak Bukit Broga. Mula-mula rasa macam putus asa nak teruskan hiking. Bukan apa, rasa macam nak putus urat perut. Maklumlah tak pernah hiking macam tu. Baru nak start. Ikut program ofis. Ini kali kedua dah ofis anjurkan hiking ke Broga. Baru kali ni berkesempatan join.


Dari tempat parking tadi akan jumpa kawasan hutan dulu

Dah nampak lalang-lalang ni dah nak dekat lah 
Start hiking jam 4 petang macam. Sampai puncak dalam jam 6. Banyak sangat rehatnya. Selangkah dua hiking berhenti, selangkah dua lagi berhenti. Huhu memang separuh mati. Nampak sangat badan tak fix kan. Kurus je boleh harap tapi macam bawak tong air berat nak hiking. Hahahaha. Sungguh memalukan. Sepanjang hiking tu dalam hati cakap menyesal join program ni. Lainkali tak nak dah join. Ini pertama dan terakhir. Eh, tiba-tiba dah balik rumah rasa macam nak naik lagi je. Hehehe...

Point yang pertama. Bolehlah rehat lama sikit

Teruskan pendakian..sikit lagi je

Panorama indah
Seminggu kemudian tengok jiran upload gambar kat fb dia bawak anak-anak umur 10 tahun dengan 4 tahun naik Broga. Huh memalukan sungguh. Anak kecik macam tu boleh sampai puncak. Tak boleh jadi, lepas ni nak kena hiking lagi sampai takde rasa separuh mati punya perasaan. Chewah, semangat ni.

Dapat ambik gambar kat sini kira bukti dah sampai puncak Broga ye...Yeahhh!!
Turun tak penat sangat sebab tak perlu mendaki pun. Laju jelah turun. Tak sampai setengah jam dah sampai.


Tuesday 23 September 2014

Senarai Tapak Perkhemahan

Sejak dah ada kelengkapan berkhemah ni jadi macam gian pulak nak berkhemah. Hehehe. Seronok main masak-masak. Lagipun time nilah anak-anak merasa explore dunia luar. Maklumlah orang duduk rumah tinggi ni jarang-jarang dapat main tanah, main lasak. Duk terperap dalam rumah je kalau tak ke mana. Dengan berkhemah ni jelah dapat anak-anak merasa explore dunia luar.

Hari tu lepas berkhemah kat Janda Baik saya dan Jay dah berpakat nak jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti bulanan. Kiranya tiap bulan ada satu aktiviti berkhemah. Jadi semalam banyak masa free saya asyik mengoogle tempat berkhemah kat Malaysia ni. Rupanya memang banyak tempat berkhemah. Sebelum ni tak ambik tahu sebab rasa macam takde kena-mengena kan. Sekarang dah tiba masanya untuk ambil tahu lah. Banyak memang banyak camp site tapi tak banyak untuk aktiviti persendirian atau keluarga ni. Yang banyak ialah company yang sediakan pakej perkhemahan untuk aktiviti kumpulan. Contoh untuk kumpulan pelajar sekolah, universiti dan untuk golongan yang bekerja. Kalau camp site untuk persendirian cam saya buat ni tak banyak sangat tempat. Kecuali Janda Baiklah. Janda Baik tu memang bersepah camp site. Tapi tak akan setiap bulan nak berkhemah kat Janda Baik. Nak merasa jugak tempat lain. Baru ada aura berkhemah. Hehehe

Dah menggoogle semalam tu dapat jugak beberapa tempat. Adalah dalam 14 camp site tapi lapan kat Lembah Klang dan enam lagi luar KL. Manalah tau kan rajin sangat nak berkhemah kat luar KL senanglah tempat dah tahu. Tak yah menggoogle dah.

Terima kasih jugak pada para blogger yang rajin mengupdate tempat-tempat dorang gi berkhemah tu. Memang senang nak buat rujukan. Bila dah menggoogle semalam baru saya tahu dan perasan rupanya aktiviti berkhemah, hiking, jungle tracking ni ada peminat dan pengikut tersendiri. Cuma tak didedahkan sangat pada umum. Mungkin hobi ni  masih di peringkat baru kat negara kita. Kelengkapan hobi ni pun agak mahal sebenarnya tapi kalau dah suka kena usahalah dapatkan. Pejam mata orang kata. Hahaha

Kat sini saya senaraikan camp site yang saya dapat. Kalau ada yang lain akan ditambah kemudian. Saya akan update bila saya dah pergi tempat-tempat ni. InsyaAllah program berkhemah keluarga untuk Oktober dah hampir tiba. Tak sabar nak merasa pengalaman seterusnya. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Yang penting sekali dalam berkhemah ni adalah keselamatan. Hati-hati selalu.

Ini antara yang saya dapat sewaktu menggoogle. Mungkin ada yang lain yang terlepas pandang

Camping Site (KL/Selangor)

1- Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu
2- Nahara Resort, Hulu Selangor
3- Air Terjun Serendah
4- Sungai Inki, Kalumpang
5- Bukit Cerakah, Shah Alam
6- Sungai Congkak
7- Hutan Lipur Sungai Sendat
8-Nur Laman Bestari, Ulu Yam

Camping Site (Luar KL)

1- Janda Baik
2- Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands
3- Kuala Woh, Tapah
4- Taman Negara Pulau Pinang
5- Taman Negara Kelantan
6- Berembun, Cameron Highlands

Wednesday 17 September 2014

Back to Nature: Berkhemah di Janda Baik

Biar gambar berbicara
Baru sampai. Ni jambatan yang menghubungkan parking dan tempat berkhemah. 
Sungai jernih, sejuk menggigil 
Yang khemah depan tu untuk orang lain yang dah booked. Kami bawak sendiri khemah. Caj RM10 untuk sorang dewasa kalau berkhemah



Sedang bertungkus-lumus memasang khemah

Pilih port paling dekat dengan sungai. Tidur sambil dengar air mengalir
Best part bagi anak-anak. Tak tahulah berapa kali mandi sungai. Tuala pun tak sempat kering

Terror laki aku masak nasi di hutan heheheeh

Tengah menunggu nasi masak

Jemuran sepanjang berkhemah
Licin 2 mangkuk cicah dengan roti. Minum kopi panas pulak. Lepas tu terjun sungaiiiiii
Ni di masak lepas Subuh sebelum bertolak ke sini. Lepas siap pasang khemah terus makan cicah roti. Memang tengah lapar. Makan panas-panas dalam hutan yang sejuk. Memang best...nyaman

Manggis hasil dikait sendiri. Ini yang bestnya tempat ni. Kebetulan sekarang musim buah. Sape yang rajin nak kait dibenarkan. Khemah pulak tepi pokok manggis. Memang seronok. Bosan takde apa nak buat ambik galah terus mengait buah manggis. Seronok, seronok, seronok....
Salah satu chalet yang disediakan pihak Zainiguesthouse. Yang ni paling ramai minat kot sebab atas pokok. Memang best. Bawah tu tempat bersantai-santai sambil makan-makan or BBQ
Suasana hijau kat sini memang sejuk mata memandang. Padang rumput macam ni luas lagi sebenarnya. Kiranya chalet-chalet ni semua mengelilingi padang hijau ni. Memang best

Lama dah tak jumpa buah ni kan. Sedap di makan begitu saja...Memang banyak. Tak larat nak kutip
Ni rupa kotak alat masak yang Jay beli. RM8 sekotak ada tungku besi tu dengan lilin petak untuk memasak. Memang senang guna ni. Just nyalakan api kat lilin petak tu, dah siap. Boleh masak terus. Tapi ni untuk masakan yang simple je macam megi, nasi, air. Kalau nak buat rendang la bagai dalam hutan ni kenalah pakai dapur kayu ye

Nilah rupa lilin petak tu. Senang nak guna. Cuma cucuh api je

Bekas telur. Senang nak bawak telur. Tak yah risau pecah. Leh isi 12 biji telur harga bekas ni RM12. 

Sebahagian daripada makanan yang kami bawak. Cukup untuk camping sehari semalam. Bawak beras 4 pot tapi guna 2 pot je. Megi bawak sebungkus tapi guna 1 pek je. Bawak telur 12 bijik tapi bawak balik lagi 2 bijik. Bawak minyak satu botol kecik tapi guna sikit je untuk goreng telur scramble. Biskut jacobs dengan buskit Tiger memang habis licin. Mineral water yang 150ml bawak dalam 10 botol tapi tak habis pun sebab nak rebus air guna air di sinki. Indocafe 3 in 1 bawak 10 pek memang habis. Teh uncang pun bawak tapi guna 1 je

Aiskrim Pelangi

Projek hari cuti panjang. Sabtu Ahad Isnin Selasa cuti. Wah best sungguh duduk rumah golek-golek atas sofa. Memang bahagia aman damai. Daripada takde apa nak buat fikir punya fikir apa projek terus teringat resepi yang dah lama terpendam ni. Bukak peti tengok bahan pun ada, kita on projek. Panggil anak-anak semua bagi dorang tengok cara buat aiskrim sendiri. Bila dorang tengok kita buat excited tu memang terlebih. Mana taknya asyik bukak tutup peti check dah keras ke belum. Sabar jelah.

Buat aiskrim ni tak susah mana pun rupanya. Bahan pun sikit je. Ikut resepi ni dapat sebekas aiskrim wall pelangi tu yang harga RM7.90. Saya guna mixer sebab guna blender tak muat. Lagipun kena putar lama, kang meletup blender. 

Saya buat pagi, malam baru keras elok. Kalau nak tekstur yang lebih halus, kena tunggu separuh beku lepas tu mixer semula. Saya buat sekali je. Anak-anak tak sabar nak makan. Rasa sedap, sama macam beli kat kedai :)



Aiskrim pelangi ala Paddle Pop... 
Share :  Resepi Ummi 

Pasni buat sndri je xyah ssh2 nk bli.. ^_~

A) 1/2 tin susu pekat
B) 3 cwn susu segar (sy pakai susu HL)
C) 2 sudu kecil ovellate
D) 2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
E) Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)

Cara2:
1) Bahan a,b,c,d blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku.... Dah koreh boleh la sosah sampai abih eskem tu..

P/s: Untuk resepi di atas saya guna mixer.. Guna blender xmuat...

Selamat mencuba !

Friday 12 September 2014

JJCM: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Tempat mendaftar
 Ini kejadian beberapa bulan yang lalu. Baru ingat nak update. Biasalah kan blogger yang tak berapa macam blogger. Ginilah rupanya. Ikut sukahati sendiri. Hehehe

Ini merupakan kali kedua saya melawat Cik Gajah kat Kuala Gandah. Kebetulan ada kursus di Bukit Tinggi. Jay datang jemput waktu balik dengan anak-anak. Jadi kita teruskan perjalanan JJCM kita. Dari Bukit Tinggi dalam sejam jugak nak sampai Kuala Gandah. Dulu saya datang sini sebab ada kenduri di Temerloh. Masa tu hari Ahad. Takde aktiviti bersama cik gajah. Tapi waktu lawatan kedua ni saya pergi hari Jumaat. Kebetulan nasib memang baik hari Jumaat ialah hari beraktiviti bersama cik gajah. Langkah kanan sungguh lah kan.

Sampai sana je dalam jam 2.00 petang. Sedang elok habis solat Jumaat. Terus daftar di pejabat untuk beraktiviti bersama cik gajah. Ada aktiviti mandi-manda. Yang ni kena bayar RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Lepas tu dorang ada caj RM10 kalau tak silap saya untuk tour guide. Memang dorang bersama dengan kita dari mula cik gajah keluar sampailah habis. Kalau yang tak mandi tak yah bayar pun. Boleh je tengok aktiviti cik gajah. Lepas dah daftar semua, teruslah jalan ke tempat cik gajah. Tapi masa tu cik gajah belum keluar lagi. Kandang dorang jauh dalam hutan. Dalam setengah jam dorang berjalan keluar ke tempat kita menunggu. Tempat menunggu ni cantik, bersih dan nyaman. Memang selesa la. Banyak pondok menunggu ada tempat duduk semua. Ada pondok yang jual souvenir dan tebu untuk kita bagi makan cik gajah. Kat sini pun ada tempat cik gajah macam dekat zoo tu tapi tak banyak sangat sebab selebihnya ada tinggal kat kandang di hutan.

Cik gajah yang ada di Kuala Gandah ni sebenarnya gajah-gajah yang diselamatkan oleh Perhilitan. Ada yang takde kaki sebelah pun ada, ada yang tak ada ekor kena baham pak rimau. Jadi Perhilitan ambik dan bela dorang di sini. Sambil tu bina tempat ni untuk tunjukkan pada kita dengan lebih dekat lagi kehidupan cik gajah.

Sambil tengok-tengok tu cik gajah n the geng pun keluar. Dari jauh dah nampak dorang berjalan segerombolan adalah dalam 10 ekor gitu. Semua ada nama tapi saya dah lupa nama apa. Tour guide saya tu perempuan. Baik. Banyaklah dia terangkan pasal Kuala Gandah ni. Dia tolong snap pic kami, tolong simpan beg. Memang bertugas sebagai tour guide. Tak sia-sialah dikenakan bayaran kan. Heheh.

Lepas tu cik gajah n the geng terus masuk dalam sungai. Dorang mandi beramai-ramai. Kita boleh tengok je dan snap gambar. Masa saya pergi ni ada pelantar macam jeti sedang dibina. Mungkin sekarang dah siap. Senangla lepas ni nak tengok cik gajah mandi. Tiap-tiap cik gajah ni ada penjaga dia sendiri. Penjaga ni semua memang orang tempatan. Sebelum ni dorang minta bantuan dari Thailand untuk melatih cik gajah kat sini tapi sebab latihan agak zalim pihak Kuala Gandah melatih sendiri. Itu apa yang tour guide ceritalah.



Lepas dah mandi semua cik gajah naik atas dan buat persembahan. Memang bijak cik gajah ni semua. Macam-macam aksi dorang leh buat. Suruh tidur, pandai, suh angkat kaki sebelah pandai, panggil nama pun dia tahu. Memang seronok tengok keletah cik gajah. Lepas tu kita boleh bagi makan cik gajah. Pihak Kuala Gandah sediakan betik dalam bakul. Kita boleh ambik dan bagi cik gajah makan. Berebut-rebut kami ambik betik dan suapkan cik gajah.

Ramai orang 
Lepas dah habis semua betik dorang pun buat announcement bagi siapa yang dah book untuk mandi-manda dengan cik gajah boleh beratur di tempat yang disediakan. Teruslah beratur. Yang mandi dengan kita ni anak gajah sahaja ye. Sebab dulu ada kejadian mandi dengan mak gajah lepas tu mak gajah tu baring dan terhempap anak pelawat tu patah tulang. So, lepas pada tu pihak sana terus batalkan aktiviti mandi dengan mak gajah. Hanya mandi dengan anak gajah untuk keselamatan. Tapi mandi dengan anak gajah pun best jugak sebab dorang memang bagi kita sefamily sahaja mandi dan snap gambar bersama dengan tour guide. Tak delah berebut-rebut nak gosok gajah tu kan. Dah siap gosok gajah, dah bergambar puas-puas bolehlah naik atas dan tukar baju. Toilet pun bersih.

Sabar menanti nak mandi dengan cik gajah

Beratur ye

Gosok jangan tak gosok, gosok sampai berkilat itu cik gajah
Memang seronok sekali-sekala buat aktiviti yang jarang sangat dapat kita buat kan. Dah dapat peluang macam ni jangan lepaskan. Khazanah alam ciptaan Allah SWT.

Sambut Birthday di Johnny Rockets

Ini saya punya
6 Ogos lepas sambut birthday Azroy anak saya yang sulung di sini. Johnny Rockets Malaysia ni terletak di The Curve. Senang je nak cari dia memang kat bahagian restoran. Kalau nampak Starbucks, Marche memang akan jumpala restoran ni berhadapan dengan Marche.

Kids Menu
Makanan kat sini dia hidangkan makanan western. Menu dia tak banyak sangat tapi bolehlah nak buat kita kenyang dan memang sedap makanan kat sini. Harga pun berpatutan.

Saya tau kewujudan restoran ni bila tiap kali pegi The Curve saya memang akan lalu tepi restoran ni sebab nak ke parking kereta. Tiap kali lalu mesti ada orang tengah sambut hari istimewa dorang dan the best part is saya nampak pekerja restoran ni akan datang bawak kek dan nyanyikan lagu beramai-ramai untuk orang berkenaan. Banyak kali dah saya nampak. Rasa menarik sangat dan teringin pulak nak cuba datang.

Kebetulan birthday Azroy ni kita takde ke mana bercuti, tak ada plan nak buat makan-makan kat rumah so saya cadangkan kepada Jay nak pergi makan kat JR. Jay setuju aje tanpa bantahan. Sampai je kat sana saya disambut oleh staf JR macam lebih kurang kat Pizza Hut. Dorang akan tanya kita berapa ramai yang makan dan tunjukkan tempat untuk kita. Yang bestnya saya masuk je pintu JR semua staf menjerit Hello Guys!!! Wahh, bestnya rasa sangat dialu-alukan. Tiap kali customer masuk memang dorang akan jerit Hello Guys!!

Lepas tu masa masuk tu saya dah bagitahu staf JR yang saya nak makan sempena bday anak. So, dia ambik nama anak saya dan umur. Lepas tu terus pegi. Staf lain pulak datang ambik order. Banyak jugak kami order malam tu. Macam tak habis je kan tapi licin ye sebab sedap.

Sejam sekali dorang akan menari. Yang ni lagu movie Despicable Me. Terbaiklah JR!!
Tengah makan, borak-borak saya menunggu jugak bilalah dorang akan datang nyanyikan lagu bday kat Azroy. Dalam setengah jam lepas tu dorang pun datang nyanyikan lagu bday sambil bawa semangkuk aiskrim dengan lilin. Wahh, memang happening. Bestnyaaaa....Azroy lagilah suka. Kembang kuncup hidung. Iris pun sama. Memang puas hati betullah dengan servis JR. Thanks JR.

Siakap Stim dan Sotong Goreng

Hari ni masak simple je. Yang paling senang dan paling cepat. Kali ni buat macam biasa jugak cuma ada tambahan tomato. Rasa lagi sedap sebab ada masam-masam. Sedap pulak macam tomyam walaupun tak perah asam limau.

Ini cara saya buat. Dah bersihkan ikan, lumurkan ikan dengan garam. Masukkan tomato. Letakkan dalam grill pan atau kukusan. Sebelum tu  hiris serai, bawang besar, bawang putih, cili masak, kalau nak pedas gunalah cili api. Lepas tu tumis semua bahan ni. Masukkan sos tiram sesudu dan perasa. Garam tak yah letak dah sebab dah lumur kat ikan tadi. Dah layu semua bahan hiris, tutup api dan taburkan atas ikan. Tambah air dalam grill pan tadi, hidupkan api. Dalam 10 minit dah siap.

Sotong pulak gaul dengan garam kunyit lepas tu goreng sampai air dah kering, masukkan hirisan bawang besar, cili masak, kacang buncis dan perasa. Siap. Dah boleh makan. :)