Friday 30 September 2016

Back to Nature : Berkhemah di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Gambar Google 
Best giler tempat ni. Ikan merata-rata dalam sungai hahahaah. Boleh pegang, boleh mandi dengan ikan. Best ke best? Tapi tak boleh pancing, tak boleh makan ye. Ikan-ikan ni ikan terkawal gitu. Yang teringin nak berkhemah kat sini kena tau satu perkara iaitu parking kereta kat luar pintu gerbang tu. Sepanjang jalan besar. Keselamatan tak dijamin ye. So, pada yang sayang sangat kereta dia dinasihatkan tak usah datang hehehe...Kang termimpi-mimpi kereta dia. Jalan kaki bawakla barang berat-berat tu. Elok kalau bawak troli atau beg pasar tu ha. Jalan kaki dekat 15 minit jugak baru sampai campsite. Ini kejadian September 2015. Baru hegeh-hegeh nak update heheheeh

Pintu Gerbang. Memang tak boleh masuk dengan kereta. Parking area sini sahaja dan jalan kaki masuk campsite
Daftar dulu, ada bayaran deposit untuk yang nak berkhemah tapi maaflah memang dah lupa. Boleh rujuk blog lain untuk keterangan lanjut. Dah siap daftar semua, bolehlah pacak khemah. Saya datang waktu cuti. Memang ramai lah kan. Tapak khemah yang kami pilih pun dah ada yang booking. Kena pilih tempat lain. Memang meriahlah kan.

Meniti balak menuju ke waterfall
Esok pagi-paginya memasing dah tak sabar nak trekking naik ke waterfall. Kebetulan malam tadi hujan lebat. Pengurusan tempat ni memang tak bagi kami naik atas sebab bahaya kepala air. Dah hampir tengah hari baru dapat naik atas tapi memang best la. Nak trekking ni jauh jugak. Tapi best sebab suasana sungai, hutan. Kita tak rasa penat dan lama pun. Tau-tau je dah sampai. Berbaloi jalan kaki jauh bila tengok ikan-ikan keliling kita dalam sungai. Menakjubkan sungguh. Jangan lupa bawak makanan, air sebab lama nak lepak atas kan, Nanti lapar. Takde orang jual makanan. Dah puas mandi sungai, kita pun gerak balik ke khemah. Masa ni budak-budak pun dah ngantuk. Kenala berdukung pulak.

Waterfall. Air keruh sebab baru lepas hujan

Nampak tak ikan-ikan tu. Best woooo
Kalau ada masa lagi memang nak datang sini semula. Tak puas rasanya mandi sungai dengan ikan. Pengalaman yang susah nak diperolehi kan.

Tips / Panduan

1- Hanya dibuka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8.00am - 6.00pm
2- Isnin - Khamis memang TUTUP
3- Pakai sandal atau crocs sebab nak meredah sungai. 
4- Nak naik ke waterfall pakai terus baju nak mandi. Saya turun pun pakai baju mandi tu semula. Dah sampai khemah baru tukar. So, tak banyak barang bawak. Just bawak jajan
5- Bawak beg waterproof untuk kamera, henfon dll sebab banyak meredah sungai paras dada
6- Bayaran masuk seorang RM1, tapak khemah caj lain

Gambar saya semua tak cantik sebab masa ni henfon rosak. Tapi sebenarnya tempat ni amatlah cantik 

Yeah! Dah Beli Portable Gas Stove

Lama sangat dah nak beli benda ni. Selalu sangat dah survey harga kat Lazada. Tapi tak beli pun. Kali ni nekadkan hati gak beli heheeh...Penting ni kalau nak camping. Selalunya kami guna yang dapur lilin tu je. Memang boleh masak macam biasa, tak susah pun cuma kalau ada ni lagi senang kan. Lilin tu asyik nak kena refill je. Gas ni mungkin lebih lama tahan hayat apinya. Hope so.

Kita try nanti bila gas stove ni dah sampai depan mata. Hujung tahun cuti sekolah memang plan nak bercamping. Best wooo

Harga gas stove ni RM49 + RM1.70 untuk delivery. Tak tau kenapa murah sangat caj tu. Tapi itulah keistimewaan Lazada ni. Saya memang banyak kali jugak beli barang kat sini. So far puas hati.

Actually banyak lagi brand lain gas stove ni. Kenapa saya pilih yang ini? Tentulah sebab harga nya murah heheheh


Monday 19 September 2016

Back to Nature : Berkhemah di Tepi Laut Penyabong, Mersing Johor

Hampir setahun tak berkhemah. Rindu sangat nak berkhemah. Kali terakhir camping September 2015 di Sungai Chilling. Tapi lupa nak update di blog. Hehehe

Kali ni sempena cuti yang lama sangat, mula dari Raya Haji lepas tu Hari Malaysia pulak. Kami ambik kesempatan plan nak bercamping sambil balik Johor. Memang dari awal laut bukan pilihan nak camping. Saya lagi suka sungai sebab bersih, sejuk, selesa. Tapi apakan daya sungai kat Johor semua takmo bagi kami datang agaknya. Mula-mula gi Gunung Berlumut, tutup sebab kencing tikus katanya. Lepas tu menghala ke Mersing nak ke Gunung Arong pun tutup. Yang ini tak tahulah sebab apa sebab takde pemberitahuan/notis. So, nak tak nak kenalah ke laut jugak sebab Mersing ni dah dekat laut. Sepanjang perjalanan ni pun banyak kedai hasil laut macam keropok lekor, ikan masin dsb.

Bila dah sampai sana, lama jugak pusing-pusing cari port baik. Ada yang tempat ok, kemudahan toilet pulak tak ada. Ada yang toilet ada, tempat pulak tak berapa nak best. Jalan lagi pusing-pusing sampai jumpa satu tempat ni yang ngam. Sewa tapak untuk camping RM20 termasuk dengan kemudahan toilet dan air paip yang bersih. Tempat ni senang je nak cari. Kita masuk ikut signboard Cemara Indah Resort. Jumpa simpang tiga, masuk kanan. Terus je lagi sampai hujung. Kita akan memalui Cemara Indah Resort ni yang depan dia ada pool. Tapi kita bukan kat sini. Kita terus lagi sampai hujung, ada nampak pagar. Masuk. Dia ada tulis campsite dan chalet tapi serius memang takde nama. Kawasan dia paling hujung. Memang senang nak cari. Tuan tanah pun baik sangat dan very helpful.

Dah siap urusan pendaftaran semua, terus pacak khemah. Boleh pilihlah port mana yang kita nak sebab memang saya sekeluarga je yang ada. Memang saja pilih tempat ini sebab selesa. Ada campsite yang lagi ramai orang tapi dorang datang dalam kumpulan, jadi faham-faham jelah kalau dalam kumpulan ni. Bising tu dah memang wajib. Cuma mungkin faktor keselamatan jelah kena fikir banyak kali tapi Alhamdulillah takde apa yang berlaku.

Campsite ni best sangat sebab ada pokok besar tempat berteduh, dekat dengan pantai, toilet pun bersih. Ada buai, hammock. Pendek kata memang sesuai sangat nak berkhemah.
Baru sampai





Menu sarapan pagi

Tengah membakar ikan yang dibungkus dengan aluminium foil dan dicampakkan dalam api tu. Sedapppp




Pandangan keseluruhan Campsite


Aktiviti panjat pokok