Tuesday 28 February 2017

Kek Span Vanilla


Alahai lembut gebu gebas sungguh kek ni. Tak rasa dah makan setengah bijik kek hehehe...Bagi jiran rasa sorang sikit. Semua pakat mintak resepi. Sebab lembut, gebu-gebas dan tak manis dorang cakap.


Kek Span Vanilla

BAHAN A :

- 1 cawan tepung gandum.

- 1 cawan gula.(ni manis2 buah je..kalau nk manis lagi lebihkan gula.)

- 1 sudu besar ovallete.

- 1 sudu kecil baking powder.

- 5 biji telur gred A.


BAHAN B:

- 1/2 cawan air (kalau nk buat yg pandan, gantikan dgn air pandan)

- perisa/pes (ikut suka nak pandan ke, keladi ke..or ape2 aje...)

- pewarna.


BAHAN C:

- 1/2 cawan minyak jagung. - saya guna minyak masak


CARA-CARANYA:

1. masukkan bahan A ke dalam bekas adunan. putar laju selama 5 minit sehingga gebu dan sebati. (jangan lebih-lebih..nt terlalu kembang)

2. Perlahankan pemutar,masukkan bahan B. putar lagi selama 5 minit sehingga sebati.

3. hentikan pemutar, masukkan bahan C dan gaul menggunakan kaedah kaup balikmenggunakan sudip / senduk sehingga sebati.

4. panaskan oven selama 10 minit, api atas bawah. griskan loyang dengan mentega dan tuangkan adunan tadi. kek akan sangat naik, jadi tuang lebih kurang separuh ataupun 3/4 loyang sahaja.

5. kemudian bakar sehingga masak.lebih kurang 45 minit.bergantung kepada oven.cucuk lidi kalau nak tahu masak sepenuhnya atau tak..




Monday 27 February 2017

Cream Puff Filling Custard


Kali kedua buat cream puff ni. Lama dulu masa mula-mula berjinak dengan dunia masakan ada try buat. Masa tu banyak kita cuba resepi dari MyResipi.com. Memang menjadi. Suka sangat waktu berjaya buat cream puff. Lepas tu tak buat dah. Sekarang asyik tengok cream puff je lalu-lalang kat fb, kita pun terpengaruh sama nak buat. Maka terhasillah cream puff filling custard kali ni. Saya suka filling custard berbanding filling whipping cream tu. Sebab takde stok warna kuning di rumah, maka saya hentam saja letak warna pink. Heheheh...janji rasa dia sama sudah. Anak bujang request warna purple pulak lepas ni. Pengsan mama

Tengah kacau filling kastard

Better jangan bakar bertingkat macam ni sebab yang bawah terbantut perkembangan

Cream Puff filling Custard

1 cawan air
2 biji telur gred B
1 sb gula
1 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanila
3/4 cawan butter

Masukkan air, gula dalam periuk. Gula dah hancur masukkan butter. Bila dah mendidih masukkan tepung gandum. Kacau rata. Biarkan suam.
Bahan yang dimasak tadi mixer kan 3 minit lebih kurang untuk sebatikan. Masukkan telur sebiji-sebiji dan esen vanila. Mix sebati.
Masukkan adunan dalam piping beg. Piping kan atas baking paper. Spray air atas cream puff sebelum dibakar. Bakar suhu 170c lebih kurang 25-30 minit api atas bawah. Siap.

Filling Custard

2 sb tepung kastard
2 sb gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30gram butter (lebih kurang 2sb)
2 sk esen vanilla

Cara:

Satukan semua bahan kecuali butter dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Padam api. Tambah butter dan esen vanilla. Kacau rata dan biar sejuk. Pipekan ke dalam cream puff. Gunting cream puff separuh atau cocok je dengan nozle. Saya cocok je 

atau try yang ini

Filling Cream Custard Vanilla Cheese

1/2 cawan air + 3sb tepung kastard. Larutkan
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sb gula
1 sk esen vanilla
1/2 cawan cream cheese (optional)

Masak semua bahan sampai agak pekat. Matikan api, teruskan kacau dan boleh pipingkan masuk dalam cream puff. Tabur gula icing atasnya. Siap.


Friday 24 February 2017

Kek Gula Hangus


Cubaan kali ke berapa entah yang ini. Sarang tetap tak berapa nak menjadi. Dah ikut step by step pun tetap sama. Agaknya oven yang silap. Heheheh. Tapi walaupun tak bersarang, tetap sedap. Rasanya tetap ada.

Kek Gula Hangus
by Azlina Ina

1 cawan gula
1 cawan air panas
Masak gula hingga perang dan cair. masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan

125g marjerin - cairkan - ketepikan

3 biji telur - kacau perlahan sehingga hancur. Masukkan 1/2 cawan susu pekat. Kacau bagi rata. Masukkan esen vanilla dan 1 cawan tepung gandum + 1 sdk soda bikarbonat yang telah diayak. Kacau dengan whisk perlahan-lahan sehingga tepung tak berketul. Last masukkan air gula hangus tadi dan kacau. Perap satu jam.

Bakar api bawah 20 minit dan api atas 20-25 minit hingga masak. Siap.



Thursday 23 February 2017

Sosej Ayam Homemade


Selalu banyak sangat isi ayam yang disimpan dalam peti. Kat rumah memang tak berapa nak laku isi ayam tu. Kalau masak pun kadang sampai tak berusik. Semua suka yang tulang-tulang je dan bahagian peha. Lepas tu dapatlah resepi sosej ayam homemade ni. Kita pun tryla buat. Sedap rupanya. Walaupun lain rasa daripada yang dijual kat kedai tu tapi masih sedap dan insyaAllah berkhasiat sebab ada carrot, bawang. Anak-anak pun suka.





Sosej Ayam Homemade
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 500 g isi ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil oregano - saya tak letak sebab tak ada
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara

  • masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus.
  • amik sedikit adunan dan masukkan dlm piping beg. 
  • ikatkan hujung plastik aiskrim (sbb xnk hujung dia bersegi, nk kasi rupa sosej kan). gulung dlm hujung, dan paipkan adunan sosej. paip slow sbb nk elak ada gelembung udara.
  • isi ikut suka nk panjang mana sosej tu. kalau ada gelembung udara sikit2 xpe, dia xhancur bila masak nnti.
  • masukkan dalam freezer dan bekukan. dah beku boleh gunting dan buang plastik aiskrim tu. xnak masak dgn plastik, takut nnti masuk bahan kimia dalam makanan.
  • rebus sosej td, pastikan air dah mendidih baru masukkan sosej. bila timbul tu kira dh masak la.
  • toskan. dan boleh la goreng mcm biasa. nk frozenkan pon boleh. bergantung kpd panjang sosej yg kita buat, adunan ni dpt 8-10 batang sosej :)

Wednesday 22 February 2017

Pancake


Menu sarapan yang tak pernah jemu. Buatlah banyak mana pun pasti akan habis. Berulang-ulang makan. Kalau boleh tengahari pun nak makan pancake. Buat senang sangat. Tapi jadi kegemaran anak-anak. Terus anak-anak puji mama hebat hehehehe

Fluffy Pancake

170g tepung gandum + 2 sdb baking powder
3 sdb gula halus
1/2 sk garam
2 biji telur
300ml susu segar
3 sdb butter cair

Masukkan semua bahan dan blend. Tapiskan ke dalam bekas.
Panaskan non stick pan. Letak satu senduk untuk 1 pancake. Biar sampai bubble pada permukaan takde baru terbalikkan. Biar sekejap dan siap. Sedap makan dengan sos coklat atau aiskrim


Tuesday 21 February 2017

Agar-agar Pandan


Bosan dok rumah waktu cuti takde buat apa. Maka terjadilah agar-agar ni. Sedap makan sejuk-sejuk. Buat pun senang. Kot tetamu nak datang, bolehlah hidang sebagai desert.


Agar-agar Pandan

10 gram serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200ml santan kotak + 50ml air
1 biji telur - pukul dengan santan tadi
Secubit garam
2 helai daun pandan
Pewarna hijau 
Perisa pandan - tak letak


Blendkan daun pandan, santan dan air. Tapiskan.
Masak air dengan gula dan daun pandan
Bila gula sudah larut, masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
kecilkan api. Masukkan pewarna hijau. Kemudian tuangkan campuran santan, garam dan kacau terus hingga mendidih. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau.


Monday 20 February 2017

Nasi Ayam



Lama sangat dah tak buat nasi ayam. Resepi pun entah ke mana. Ingatan lagi la hilang terus. memang fail kalau masak benda yang tak tau pastu main memandai-mandai. Memang tak akan jadi. So, kita cari-cari kat FB. Jumpala resepi Nasi Ayam Simple by Rozlyn Farah Diana. Alhamdulillah walaupun simple tapi sedap. masak 3 pot nasi habis 4 beranak makan. Sup pun sedap. Semua sedaplah. Terima kasih pada tuan resepi.

Resepi Nasi Ayam

Didihkan air dalam periuk. Lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna jadi putih. Keluarkan ayam dari periuk.

Bahan untuk nasi ayam

2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
Sedikit butter

Panaskan minyak. Cairkan butter. Tumis bahan bertanda *. Masukkan bahan tumis ini ke dalam periuk nasi. Letak daun pandan, kuib ayam, air rebusan ayam secukupnya dan sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning nasi. Gaulkan dan on rice cooker macam biasa.

Bahan untuk sambal

1 cili besar
7 biji cili padi
1 biji tomato
3 senduk air rebusan ayam

Blend semua hingga sebati. Campurkan gula, garam, cuka, perasa. Siap.


Bahan untuk perap ayam

Kicap manis
Sos tiram
Madu

Gaul semua bahan bersama ayam dalam 30 minit-1 jam. Goreng ayam dalam 5 minit. Tak perlu lama nanti jadi hitam. Ayam dah masak sebab rebus tadi.

Kicap perapan jangan buang. Boleh guna sebagai kicap nasi ayam.

Bahan sup

Air rebusan ayam tadi
4 rempah sekawan/ sup bunjut
1 kuib ayam
Garam dan perasa
Carrot - tambahan

Campur semua. Dah siap, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Siap dah nasi ayam simple.

Wednesday 15 February 2017

Roti Puri

Lama dah tengok orang share resepi roti ni. Baru berkesempatan nak cuba. Laa senang rupanya nak buat. Sedap pulak tu. Memang masuk list untuk menu minum petang dan sarapan la jawabnya ni.






Roti Puri

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

Cara

Gaulkan sebati tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak. Masukkan air panas, gaul rata. uli adunan sampai tidak lekat di tangan. Kemudian bulat-bulatkan. perap selama 15 minit.

Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan. Waktu goreng kena selalu simbah minyak atas roti tu. Baru dia mengembang.

Friday 3 February 2017

Kek Pandan Gebu


Lama terperam resepi ni. Baru ada kerajinan nak buat. Memang sedap. Buat dekat sejam tapi makannya tak sampai 10 minit dah licin. Gebu, kurang manis. Just nice. Bahan pun sikit je. Next time kena double up resepi baru cukup.

Kek Pandan

4 helai daun pandan - potong kecil tuang 1/2 cawan santan kotak campur pewarna hijau sikit dan blend
Tapiskan dan ambil 1/4 cawan sahaja.
5 biji telur - asingkan kuning dan putih
Yang putih mix sekejap sampai putih. Masukkan 1/2 cawan halus. Mix lagi sampai kental (soft peak)
Telur kuning tadi, masukkan air pandan. Kacau. Masukkan 1 sudu besar yogurt plain - saya tak masukkan. 
Masukkan 5 sudu besar butter cair. Kacau.
Ayak 3/4 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 2 sudu besar tepung jagung. Masukkan dalam bahan kuning telur tadi.
Ambil adunan putih sesenduk dan masukkan ke dalam bahan tadi. Balik kaup sampai habis. 
Masukkan dalam loyang. Tinggalkan sesenduk. Letak pewarna hijau untuk lorekkan corak atas kek.
Bakar secara water bath selama lebih kurang 45-60 minit api atas bawah suhu 180.