Susun kek gulung, lepas tu renjis2 air buah koktel tu. Lepas tu tabur buah koktel |
Biasa kalau buat saya memang guna resepi ni. Memang sedap. Kurang manis. Air buah koktel tu kita just renjis-renjis je kat kek gulung tu. Jangan dicurahkan nanti kek basah. Tak sedap dan terlalu manis pulak. Buat senang, kejap je dah siap.
Lepas tu letakkan kastard. Kalau ada buah koktel lebih blh taburkan lagi. Saya dah habiskan semua. |
Ni pandangan sisi lepas dah letak jelly. Nampak comot sikit tapi sedap, insyaAllah. :) |
Sumber: Fotopages Hanieliza
TRIFFLES
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard (saya buat 4 sudu)
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (saya guna 1 tin susu cair)
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.