Friday, 28 February 2014

Daging Masak Kicap



Pertama kali buat masakan ni. Selalunya makan kat kedai je. Ingatkan susah, rupanya lagi senang pada ayam masak kicap. Sebenarnya tak pernah nak try sebab malas nak potong daging tapi sejak ada kedai daging kat area rumah ni jadi rajin pulak nak try masakan daging. Kedai ni best sebab dia pack daging batang pinang dalam pack kecil-kecil. Satu pack tu ada berat dalam 250g, 400g pun ada. Saya ambil yang sebesar tapak tangan tu je, cukuplah untuk sekeluarga. Banyak jugak bila dah potong kecil-kecil.

Sebab senang nak masak bolehlah masuk senarai menu masakan kat rumah saya lepas ni. Thanks pada yang share resepi.

Bahan-bahan ( ikut keperluan isi rumah)
Sumber: Blog Jintanmanis

400 gram daging batang pinang ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Caranya
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.
( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)


Tuesday, 25 February 2014

Super Moist Choc Cupcake



Semalam tercuti secara tak sengaja. Boleh pulak alarm ter off. Agaknya ada yang tertekan kot. Sedar dah azan Subuh. Malas dah nak bangun. Baju pun tak iron lagi. Dah cuti tu banyakla projek nak buat. Dari pagi dah busy macam-macam hal. Petangnya teringat pulak permintaan Azroy minta cupcake coklat. Nak bawak ke sekolah bagi kawan-kawan. Yang last week tu tak cukup katanya. Okeylah, no problem.

So, dah takde apa keje belah petangnya teruslah menggodek cupcake. Sebab bahan semua dah ada tu yang jadi lagi rajin. Selalunya yang jadi tertangguh sebab banyak bahan pelik atau yang nak kena gi bakery shop baru boleh buat. Yang ni senang, kedai runcit biasa pun ada.


Semalam buat guna cup Hello Kitty pilihan Iris. Saya beli di LMC 50 pcs RM4.50. Saiz M kot. Sebab last week buat guna cup putih tu dapat 36 biji. Kali ni dapat 29 biji je sebab 6 biji lagi guna cup Hello Kitty. Saya lagi suka buat dalam saiz cup kecil sebab nampak banyak dan tak muak.


SUPER MOIST CHOC CUPCAKE 
resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot

100g serbuk koko* (saya tapiskan)
180g gula pasir*
1 tin susu sejat*
200g minyak sayuran*
250g susu pekat*
4 biji telur-pukul hingga berbuih
150g tepung gandum (saya guna self raising flour)
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
papercup secukupnya

Cara-cara :
-campurkan bahan bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.tak payah sampai menggelegak.ketepikan dan biar sejuk.
-satukan dengan telur yg dipukul tadi dengan hand whisk.setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yg halus dan benar-benar sebati.
-masukkan adunan separas 2/3 paper cup.adunan agak cair.
-bakar suhu 170c selama 20minit atau bergantung jenis oven dan saiz papercup.

selamat mencuba.

Friday, 21 February 2014

Super Moist Choc Cupcake


Sekarang musim rajin agaknya. Balik keje je mesti nak buat something. Lama dah tak beraktiviti macam ni. Dulu masa berjinak-jinak dengan masakan macam-macam dok buat. Lepas tu suam-suam kuku dah sejak mengandungkan Iris. Now dah bersemangat balik. Harap berpanjanganlah semangat rajin ni. Sebab anak-anak memang suka sangat mamanya membaking. Kalau masak lauk tak pernah pulak nak menjenguk. Kalau nampak mama keluarkan tepung je memasing bertenggek kat dapur. Semua rajin nak jadi pembantu mama. Sekarang memang dah ajar Azroy tolong kat dapur. Selalu suruh dia bacakan resepi ataupun sukat bahan-bahan. Nanti suruh dia mixerkan bahan, masukkan bahan. Mama pantau. Manalah tahu ada minat dia ke arah tu bolehlah buat kat rumah dia sendiri nanti. Sekarang tak kira lelaki perempuan semua kena tahu buat kerja rumah. Barulah boleh saling bantu membantu. Macam papa dia memang rajin menolong. Tu yang tengah terapkan jugak sifat tanggungjawab dorang berdua dalam uruskan rumah. 

Masa buat cupcake ni Azroy belum balik sekolah. Jadi little chef iris aje yang bantu. Iris banyak bantu tengok jelah dengan ambik bahan. Lepas tu banyak soalan nak kena jawab. Okeylah tu mama tak bosan sangat kat dapur. Seronok main masak-masak dengan anak. 


Muffin tray tu sebenarnya baru beli tapi bukan kat kedai. Beli kat Car Boot Sale Kota Damansara. Berbaloi beli ni. Masih elok. Kalau baru memang mahal. Saya beli ni cuma RM10 aje. Kakak tu letak harga RM15.00 tapi saya minta kurang. Kakak tu memang banyak jual barang membaking. Tapi pergi lagi sekali minggu lepas banyak dah habis barang dia. Barang membaking memang takde langsung dah. 
Masakkan bahan sampai gula hancur
Resepi cupcake ni saya dapat dekat FB tapi resepi asal daripada sis Hasue. Selalu jugak saya jenguk blog sis Hasue. Ada beberapa resepi sis Hasue saya dah cuba. Memang tak mengecewakan. Cupcake ni pun sedap. Senang nak buat cuma lama sikit sebab nak tunggu bahan yang dimasak tu sejuk dulu baru boleh mixed dengan bahan lain. Iris makan lima biji malam tadi. Azroy makan empat bijik. Iris siap cakap mama hebat, thanks mama. Ohh, berbunga riang hati mama. Bertambah semangat mama nak membaking. Hehehe

SUPER MOIST CHOC CUPCAKE (36 biji)
resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot

100g serbuk koko* (saya tapiskan)
180g gula pasir*
1 tin susu sejat*
200g minyak sayuran*
250g susu pekat*
4 biji telur-pukul hingga berbuih
150g tepung gandum (saya guna self raising flour)
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
papercup secukupnya

Cara-cara :
-campurkan bahan bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.tak payah sampai menggelegak.ketepikan dan biar sejuk.
-satukan dengan telur yg dipukul tadi dengan hand whisk.setelah sebati, tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yg halus dan benar-benar sebati.
-masukkan adunan separas 2/3 paper cup.adunan agak cair.
-bakar suhu 170c selama 20minit atau bergantung jenis oven dan saiz papercup.

selamat mencuba.

Thursday, 20 February 2014

Puding Roti


Buat puding roti ni Sabtu lepas masa nak melawat mak mertuaku yang datang dari Johor. Kebetulan memang ada roti teruslah buat. Kali ni lain sikit sebab saya bakar dalam Grill pan Vantage. Terkejut jap sebab cepat benar masaknya. Kurang dari 15 minit dah masak. Sedap dok tengok tv tiba-tiba bau semerbak puding roti dalam rumah. Pegi jenguk tengok dah masak. Bawahnya pun dah hitam. Nasib baik tak pahit. Mak mertuaku cakap yang hitam tu yang sedap. Heheh. Pandai mak mertuaku.

Puding roti ni memang roti je semata sebab kismis dah kehabisan stok. Tapi makan dengan sos kastard memang terasa nikmatnya. Ada jugak yang makan dengan aiskrim tak pun sos coklat Hershey's pun sedap jugak.






PUDING ROTI 
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan: 
A: 
500 ml susu segar/fresh milk 
8 keping roti (gardenia/high 5) 

B: 
4 sudu besar gula halus 
2 sudu besar butter 
2 biji telur ayam 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar tepung jagung 

C: 
2 sudu besar kismis hitam 

Sos Kastad 
1 tin susu cair 
2 s/b tepungkastad 
2 s/b gula 

CARA: 
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam 
2. Kacau dan gaul rata bahan B. 
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang. 
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. 
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar. 
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. 

NOTA: 
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. 
ataupun cream coklat. 

Thursday, 13 February 2014

Kek Biskut Cream Crackers Cheese

Lama sungguh tak mencuba resepi baru. Ni resepi tertunggak yang dah lama berkurun dalam draft. Semalam terlebih vitamin rajin. Dah balik rumah pun sanggup keluar semula cari bahan. Itu time rajin. Time malas, barang depan mata pun buat tak nampak aje! Hehehe

Balik semalam terus masak dinner. Dah siap tu terus godek cheesekut. Buatnya senang sebab tak yah nak bakar bagai. Just susun-susun dah siap. Bahan pun ada tiga jenis saja. Tapi hasilnya walla! Memang sedap hingga menjilat jari. Memang boleh buat selalu lah macam ni. Cuma semalam cari biskut Deluxe Cracker takde pulak. Mesti kena cari kat pasar raya besar ni. Jadi saya guna cream cracker Hup Seng saja. Tapi sedap je. Kalau guna Deluxe Cracker lagi double sedap kot. Tak apa, next time pergi Aeon bolehlah cari buat stok.


Kek Biskut Cream Crackres Cheese

Bahan:
250g cream cheese
½ tin susu pekat
Nestum bijirin (Tak letak)
Biskut Hup Seng (Deluxe Cracker)
Susu Segar
Cara:
Pukul cream cheese. Masukkan susu pekat. Gaul sebati.
Celup biskut dalam susu segar.
Susun biskut dalam Loyang. Sapu cream. Taburkan nestum. Ulang hingga habis.
Sejukkan semalaman.

Wednesday, 12 February 2014

Taman Tasik Titiwangsa

Dulu zaman sekolah rendah memang rajin betul ke sini. Ma abah rajin bawak saya ke sini sebab setiap hari Sabtu ada show artis. Yang saya ingat Ogy Ahmad Daud, Search, May, XPDC, Wings, kira yang seangkatan dengan geng-geng zaman tulah. Memang best. Ingat lagi Nash datang pegang pipi saya. Masa tu tengah comel. Sekarang dah comot. Hahaha. KRU pun ada gak masa tu dorang masih muda remaja. Baru balik oversea. Dok promote lagu Awas. Bagi poskad free. Eh, teringat lak zaman dulu kala. Sekarang takde dah show free macam ni. Nak tengok konsert artis kena gi stadium, kena beli tiket. Last saya tengok konsert Peterpan. Itu pun sebab tiket free.

Sekarang dah ada anak-anak saya pulak rajin bawak ke taman. Kadang-kadang ke Tasik Perdana tapi sana tempat terhad. Jadi nampak ramai sangat orang. Kalau Tasik Tititwangsa ni tempat luas. Banyak tumpuan lain. Baru-baru ni singgah sana bawak anak-anak. Rupanya macam-macam ada dah. Yang paling best ada group dok main roller blade pulak. Tak tahulah benda ni dah lama atau baru-baru je muncul. Tapi bestla ada group macam ni. Seronok pulak. Saya dulu main juga benda ni. Abah belikan roller blade kat Carefour. Itulah aktiviti hujung minggu kat rumah. Boleh dikatakan semua kawan ada benda ni. Main ramai-ramai. Lepas tu zaman pun dah berlalu. Orang tak main dah. Sekarang timbul semula.



Azroy pun nak try lah kan. Minggu pertama try bolehlah berdiri tegak, tapi masih takut-takut dan tak berapa pandai nak gerak. Minggu kedua kami pergi lagi. Sana ada yang sediakan servis sewakan roller blade ni. Setengah jam RM5. Kalau tak de stokin kena tambah lagi RM1. Oklah tu. Harga mampu milik. Minggu kedua dah boleh gerak sendiri. Tak yah  mama dan papa pegang. Adik pun nak main jugak tapi kenala mama pegang. Mama yang letih.

Minggu ketiga, papa pulak buat surprise belikan untuk semua orang termasuk saya jugak. Huh, apalah nak buat. Petang tu jugak turun kat court kawasan rumah main tapi feel nya agak kureng sebab kami je yang main. Kejap je main dah bosan. Esoknya terus ke Taman Tasik Tititwangsa. Barulah seronok nak main sebab ramai orang yang main jugak. Feel nya lain sikit.

Ni nak sampai hujung minggu dah. Kalau tak ke mana memang ke sini ajelah nampaknya. Kalau tak, rugilah papa beli. Empat pasang tu harga RM300. Papa beli yang takde brand je. Jadilah kan daripada asik nak kena sewa. Ni sendiri punya. Mana-mana pun boleh main.

Kat taman ni ada jugak permainan lain selain roller blade. Yang saya nampak ada bot kayuh, ada water roller, ada kuda. Tiket pun boleh tahan murah. Yang tak tahu nak bawak anak-anak berjalan hujung minggu bolehlah ke sini. Tempat makan pun ada. Playground pun punyala besar. Tempat berjoging, tempat bersenam, segala kemudahan macam tandas, surau pun ada. Memang cukup semua kemudahan. Cuma kalau datang lambat sikit tu susah nak parking. Itu biasalah kan. Mana-mana pun gitu jugak.

Kadang-kadang saya datang ada jugak yang buat majlis kenduri kahwin dekat sini. Perkahwinan dalam taman lah kot. Best ye. Ada juga geng kakak-kakak yang buat poco-poco. Memang tiap kali saya datang ada je yang buat. Dorang buat kat stadium titiwangsa tu. Memang boleh nampak kalau kita lalu. Bagus la kan banyak aktiviti santai yang boleh kita buat. Selain daripada bawak family jalan-jalan boleh jugak jaga kesihatan kan. Patut banyakkan lagi tempat macam ni kat Malaysia.

Wednesday, 5 February 2014

Roti Jala Mudah

Memang mudah dan sedap. Lembut je. Lepas ni senanglah nak menjala. Bahan pun yang mudah-mudah aje. Saya terlebih rajin buat roti jala ni sebab ada tetamu kat rumah. Sempena CNY tu family dari JB datang berjalan. Saya masak kari ayam untuk tengah hari. Tengok masih ada lebihan dua tiga ketul ayam saya pun menjala untuk minum petang. Amalkan berjimat cermat kononnnya. Jangan membazir. Hehehe

Asal boleh je corak yang jadi. Janji kenyang :)

Posing atas pinggan Arcopal yang dibeli kat car boot sale
Tengok resepi pun mudah je. Teruslah buat. Paling istimewa sebab kali ni tak guna acuan roti jala yang dibeli kat kedai tapi kita buat sendiri punya. Tengok kat youtube. Cuma perlukan botol air mineral, paku yang dipanaskan. Lepas tu tebuklah lubang kat penutup botol tu. Siap. Masukkan batter roti jala dan bolehlah mula menjala. Senang sangat membuatnya. Toksah kalut dok beli acuan dah.

Roti Jala Mudah (Dapat dalam 20 keping)
Sumber: MyResepi

Bahan:
150g tepung gandum
1 biji telur
150ml air
150ml susu segar atau santan
3 sudu mentega cair - saya letak minyak
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit

Blend semua bahan. Tapiskan. Masukkan dalam acuan. 
Panaskan kuali leper. Letakkan minyak sikit dan mulalah menjala. Siap!