Hampir setahun tak berkhemah. Rindu sangat nak berkhemah. Kali terakhir camping September 2015 di Sungai Chilling. Tapi lupa nak update di blog. Hehehe
Kali ni sempena cuti yang lama sangat, mula dari Raya Haji lepas tu Hari Malaysia pulak. Kami ambik kesempatan plan nak bercamping sambil balik Johor. Memang dari awal laut bukan pilihan nak camping. Saya lagi suka sungai sebab bersih, sejuk, selesa. Tapi apakan daya sungai kat Johor semua takmo bagi kami datang agaknya. Mula-mula gi Gunung Berlumut, tutup sebab kencing tikus katanya. Lepas tu menghala ke Mersing nak ke Gunung Arong pun tutup. Yang ini tak tahulah sebab apa sebab takde pemberitahuan/notis. So, nak tak nak kenalah ke laut jugak sebab Mersing ni dah dekat laut. Sepanjang perjalanan ni pun banyak kedai hasil laut macam keropok lekor, ikan masin dsb.
Bila dah sampai sana, lama jugak pusing-pusing cari port baik. Ada yang tempat ok, kemudahan toilet pulak tak ada. Ada yang toilet ada, tempat pulak tak berapa nak best. Jalan lagi pusing-pusing sampai jumpa satu tempat ni yang ngam. Sewa tapak untuk camping RM20 termasuk dengan kemudahan toilet dan air paip yang bersih. Tempat ni senang je nak cari. Kita masuk ikut signboard Cemara Indah Resort. Jumpa simpang tiga, masuk kanan. Terus je lagi sampai hujung. Kita akan memalui Cemara Indah Resort ni yang depan dia ada pool. Tapi kita bukan kat sini. Kita terus lagi sampai hujung, ada nampak pagar. Masuk. Dia ada tulis campsite dan chalet tapi serius memang takde nama. Kawasan dia paling hujung. Memang senang nak cari. Tuan tanah pun baik sangat dan very helpful.
Dah siap urusan pendaftaran semua, terus pacak khemah. Boleh pilihlah port mana yang kita nak sebab memang saya sekeluarga je yang ada. Memang saja pilih tempat ini sebab selesa. Ada campsite yang lagi ramai orang tapi dorang datang dalam kumpulan, jadi faham-faham jelah kalau dalam kumpulan ni. Bising tu dah memang wajib. Cuma mungkin faktor keselamatan jelah kena fikir banyak kali tapi Alhamdulillah takde apa yang berlaku.
Campsite ni best sangat sebab ada pokok besar tempat berteduh, dekat dengan pantai, toilet pun bersih. Ada buai, hammock. Pendek kata memang sesuai sangat nak berkhemah.
|
Baru sampai |
|
Menu sarapan pagi |
|
Tengah membakar ikan yang dibungkus dengan aluminium foil dan dicampakkan dalam api tu. Sedapppp |
|
Pandangan keseluruhan Campsite |
|
Aktiviti panjat pokok |