Tuesday, 25 October 2016

Jagung Rebus Lemak Berkrim


Salah satu resepi viral jugak ni. Haruslah dicuba kan. Buat pun senang. Kebetulan jagung merupakan makanan kegemaran seisi keluarga. Beli jagung kat NSK RM1.50 sebijik. Besar-besar. Isi pun elok. Balik rumah terus buat. Memang lemak berkrim. Sekali hadap je habis.

Jagung 5 ketul - potong
Susu segar 1 cawan (guna susu cair lagi sedap)
Air secukupnya
Butter 3 sudu besar
Garam secubit
Gula 5 sudu besar

Rebus semua sekali sampai masak. Siap. Boleh dimakan. Mudah je kan?




Wednesday, 5 October 2016

Menginap di Impiana Guest House, Wakaf Che Yeh

Cuti Raya Haji kali ni lama, dapatlah berjalan jauh sikit. Kali ni kita berjalan ke pantai timur pulak. Trip kali ni pergi ramai-ramai satu family. Semua pergi. Naik dua kereta. Gerak jam 12 tengah hari macam tu tapi sampai Wakaf Che Yeh dah nak tengah malam. Banyak kali berhenti dan jalan jem yang amat. Jem kat Merapoh sebab ada bas terbalik. Kiranya kami ni tolong sesakkan lagi jalan ke sana sebab menyibuk dengan orang nak balik kampung heheheh

Kali ni kami sewa homestay sebab rakyat ramai. Senang duduk homestay kalau ramai-ramai ni. Senang nak memantau. Kang kalau dok hotel, bilik lain-lain. Ada je yang lambat bersiap lah, itulah inilah. Kalau dok satu rumah senang. 

Homestay ni belakang Uptown Wakaf Che Yeh je. Jalan kaki agak jauh sikit tapi naik kereta memang tak sampai lima minit. Homestay ni di kawasan perumahan kampung tanah lot. Tapi dia dalam pagar. Rumah tiga bilik yang sangat selesa. Tak besar sangat dan tak kecil sangat. Ruang tamu pun besar. Dapur ada semua kelengkapan bagi sebuah rumah. Ada peti sejuk, dapur, pinggan-mangkuk, mesin basuh, toilet dekat dapur ada 2, dekat master bedroom ada satu tapi boleh share dengan bilik kedua. Bilik ketiga takde toilet tapi dah dekat sangat dengan dapur. Dapur pun ada meja makan. Memang terbaiklah homestay ni. Parking pun luas. Setakat 34- biji kereta tu takde hal lah.


Bilik pertama ada katil queen. Bilik kedua ada katil double decker yang bawah queen, atas single siap aircond. Bilik pertama dan kedua kongsi toilet. Toto, bantal pun ada lebih. Bolehla sesapa nak tidur kat ruang tamu pulak.


Bilik ketiga ada katil queen siap dengan almari. Bantal, toto pun ada lebih. Tuala pun ada disediakan. Tuala bersih dan tebal. Aircond pun ada. Memang selesa homestay ni. Sewa pun murah sangat berbaloi cuma RM150 semalaman. Saya ambik dua malam.

Bilik ketiga - Pic dari owner

Bilik pertama - pic dari owner

Bilik kedua - pic dari owner

Ruang dapur - pic dari owner

Pandangan tepi - parking - pic dari owner

Peti sejuk pun ada kicap, garam, gula, kunyit pun ada. Pinggan-mangkuk memang mencukupi untuk kita nak masak dan makan-makan. Air panas pun ada. Pendek kata memang puas hatilah.

Alamat:
2009 Jalan Puteri Saadong
Kg. Kota,
15100 Kota Bharu, Kelantan

Tel:
013-9074401


Tuesday, 4 October 2016

Mandi-Manda di Teratak Tok Wan, Rawang

Cuti tiga hari tak ada ke mana pun. Sebab dua minggu berturut-turut weekend tak ada kat rumah. So, rasa cuti tiga hari ni nak duduk kat rumah je lepak-lepak sambil mengemas apa yang patut. Kain pun dah nak jadi gunung nampaknya tu. Tapi bila ada anak-anak ni ada je idea nak berjalan tu timbul. Teringat pulak post viral di FB baru-baru ni pasal Teratak Tok Wan. Lokasi pun tak berapa jauh dari rumah saya. Dalam 17km aje ikut LATAR. Jalan pun lengang aje, tak sampai setengah jam dah sampai. Ikut waze je pasti jumpa, insyaAllah. Berdekatan dengan Tesco Rawang.

Tempat ni sebenarnya kawasan kampung. Tanah lot rumah persendirian. Tapi agaknya asal dulu kala ada sungai, owner buat kolam untuk mandi-manda. Air kolam tu pun memang punca dari sungai. Sejuk sangat.


Buka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Bayaran masuk RM2.00 setiap orang. Berbaloi sangat kadar yang dikenakan sebab tempat selesa, banyak pondok nak berkelah disediakan. Tandas, surau pun ada dan bersih. Kaunter bayaran tu ada jugak kedai serbaneka yang jual makanan ringan, air. Homestay pun ada bagi yang nak menginap dengan kadar bayaran RM200 satu malam dari jam 3pm - 3pm hari berikutnya. Bagi yang nak guna harian pun ada dengan kadar bayaran RM150 dari jam 3pm hingga 6pm. Mana tau kan kot datang nak berehat, nak selesa tempat salin baju dan sebagainya bolehlah ambil untuk kegunaan harian tu.

Yang lain-lain bagi saya semua okey dan puashati. Asalkan anak-anak seronok sudah. Yang seterusnya biarlah gambar berbicara hehehe


Kolam cetek yang selamat untuk anak-anak kecil. Paip hitam tu saluran air dari sungai

Pondok atas pokok. Memang jadi rebutan. Kena datang awal kalau nak cop 

Entrance kawasan kolam. Kanan tu dereten pondok untuk berkelah. Kiri kerusi batu dan payung

Kolam ni dalam sikit. Kena hati-hati



Tempat memasak khas untuk penginap homestay sahaja

Kolam cetek yang selamat untuk anak-anak kecil


Belah sana pun ada pondok untuk berkelah

Kaunter bayaran dan kedai mini serbaneka



Pondok berkelah