Tuesday, 22 May 2018

Sosej Roll Cheese - Semudah ABC



Teringin sangat nak makan bila tengok lalu-lalang di wall FB. Bahan-bahan memang dah ada. Teruslah buat. Memang sedap rupanya. Sesuaila untuk kudap-kudap petang hari atau sarapan. Yang penting mudah nak buat. Rangup di luar lembut di dalam.



Sosej Roll Cheese

Roti
Sosej - rebus terlebih dahulu
Telur
Breadcrumb

Gelek roti sampai nipis. Gulungkan dengan sosej. Gamkan dengan telur
Celup roti dalam telur, celupkan dalam breadcrumb. Goreng. Siap.

Monday, 21 May 2018

Brownies Cookies




Terjebak jugak dengan resepi viral ni. Hari-hari nampak orang share di FB. Tergugat pulak iman kerajinan. Kenala buat kan. Buat sangat mudah cuma kenala ada macaroon mat tu. Kalau takde, kena kreatif sikit.

Mula saya terus piping atas baking paper dan bakar. Hasilnya mendukacitakan. Rasa memang sedap tapi rupa menakutkan. Hahaha...anak pun takmau makan. Takut punya pasal

Nilah rupa brownies cookies menakutkan

Akhirnya saya dapat idea, pipe kan dalam paper cup nipis. Tadaaa dah jadi

Kenala beli macaroon mat kan. Leh jadi biskut raya tahun ni

RESEPI BROWNIES COOKIES
Kredit to Liza

Bhn2:

120gm dark choc coins
1 biji telur
100gm gula icing -  guna 80gm je
50gm tpg gandum
40gm marjerin / butter
1 s/t esen vanilla
Kekacang sangai - optional 

Cara
dalam satu mangkuk tahan panas, double boil coklat dan marjerin hingga cair, ketepikan
- ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula icing..pukul dgn whisk hingga gula larut
- tuang coklat yg telah dicairkan td , kacau rata
- tambah esen vanilla, tpg gandum dan kekacang, gaul sebati
- perap adunan 5 - 10 minit ( restkan 10 minit)
- sementara itu panaskan oven 180C 
- sudukan satu adunan ke atas loyang yg telah dialas baking paper, susun dan jarak2kan adunan
- bakar selama 10 - 20 minit atau mengikut oven masing2
- setelah masak, biarkan sejuk di dilam Loyang kerana ketika ini cookies masih lembut
- simpan cookies di dlm bekas kedap udara

* kalau nak tau cookies tu dah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut2 mcm dlm gambar tu

Friday, 4 May 2018

Jejak Mural I P O H


Dah lupa sama ada penah pergi Ipoh atau tak. Rasanya ada la lalu di Ipoh tapi tidaklah sempat explore bandar Ipoh. Kali ni berpeluang nak melawat bandar Ipoh. Best sangat bandar Ipoh ni terutama bagi geng-geng yang suka bergambar. Saya datang Ipoh hanya semata-mata nak bergambar dekat mural ni semua.

Semasa buat carian di google, ada 44 mural di sekitar bandar Ipoh tapi yang saya jumpa tak sampai 10 pun. Ada basikal sewa disediakan untuk memudahkan pencarian mural ni tapi sebab cuaca tengah panas, saya malas nak naik basikal.

Nak cari mural ni senang je. Set kan google map Muzium Ho Yan Hor. Lepas tu parking dan teruskan pencarian. Ada je kat tepi-tepi lorong sekitar tu. Selamat mencari!!


Cari muzium ni dan parking kereta area sini

Dekat tepi celah lorong tu tempat orang jual souvenir


Celah lorong ni pun ada mural



Dah sampai Ipoh, jangan lupa ke Hentian Limau Tambun. Dekat je dengan Bandar Ipoh.