Pantai Remis ni salah satu tempat yang selalu sangat saya pergi. Biasanya pergi dengan tujuan nak makan ikan bakar. Dari rumah saya ke sini dalam 40 minit gitulah. Biasa makan ikan bakar sini memang makan ikan semata. Takde nasi or tomyam dan sebagainya. Sedap meratah ikan panas-panas waktu petang. Harga pulak berpatutan. Rasa sedap. Lagi sedap pada saya makan kat Bagan Lalang. Ikan bakar kat sana kering. Kalau kat Pantai Remis ni masih basah-basah. Paling sedap saya suka terubuk. Walaupun banyak tulang tapi sebab sedap, kenala pandai asingkan tulang tu.
Biasa saya pergi sekeluarga besar iaitu ma abah, family kakak dan family saya. Meriahlah meratah ikan. Selain daripada ikan ada juga sotong bakar, udang bakar, kerang rebus atau kerang bakar. Nak order benda lain pun boleh tapi kami memang tak pernah order selain dari bakar-bakar ni. Mungkin datang dah petang, perut masih kenyang.
Kalau nak datang sini kena gerak dari rumah jam 4.00 petang. Sedang elok sampai sana dalam jam 5.00 petang. Kalau tak bersesakla nak masuk lorong Pantai Remis ni. Parking pun penuh. Kedai ikan bakar pun penuh nanti. Kalau dah penuh almaklumlah order pun datang lambat. Pernah kami menunggu order hampir sejam baru sampai. Tapi sebab dah tau peel nya macam tu sabar jelah.
Selain daripada makan-makan ikan bakar ni kat tepi pantai ni ada jugak gerai-gerai jualan macam style uptown. Ada gerai jual baju, mainan, makan, selipar, macam-macam lagilah. Perut dah kenyang bolehlah jalan-jalan sini pulak cuci mata sekali cuci poket kalau ada yg berkenan. Gerai pun banyak. Dari hujung ke hujung. Belah sini pulak banyak gerai basah jual hasil laut. Yang banyak kat sini jual cengkerang macam kerang, lala, ala-ala, kepah, ikan masin, ikan, jagung, ubi kayu, keledek, keladi, buah-buahan tempatan, macam-macam lagilah. Ada ketika bernasib baik tepi pantai tu nelayan baru je naik dan jual ikan hasil tangkapan dorang. Memang sedapla makan ikan segar-segar ni.