Thursday, 30 January 2014

Santai di Pantai Remis


Pantai Remis ni salah satu tempat yang selalu sangat saya pergi. Biasanya pergi dengan tujuan nak makan ikan bakar. Dari rumah saya ke sini dalam 40 minit gitulah. Biasa makan ikan bakar sini memang makan ikan semata. Takde nasi or tomyam dan sebagainya. Sedap meratah ikan panas-panas waktu petang. Harga pulak berpatutan. Rasa sedap. Lagi sedap pada saya makan kat Bagan Lalang. Ikan bakar kat sana kering. Kalau kat Pantai Remis ni masih basah-basah. Paling sedap saya suka terubuk. Walaupun banyak tulang tapi sebab sedap, kenala pandai asingkan tulang tu.


Biasa saya pergi sekeluarga besar iaitu ma abah, family kakak dan family saya. Meriahlah meratah ikan. Selain daripada ikan ada juga sotong bakar, udang bakar, kerang rebus atau kerang bakar. Nak order benda lain pun boleh tapi kami memang tak pernah order selain dari bakar-bakar ni. Mungkin datang dah petang, perut masih kenyang.


Kalau nak datang sini kena gerak dari rumah jam 4.00 petang. Sedang elok sampai sana dalam jam 5.00 petang. Kalau tak bersesakla nak masuk lorong Pantai Remis ni. Parking pun penuh. Kedai ikan bakar pun penuh nanti. Kalau dah penuh almaklumlah order pun datang lambat. Pernah kami menunggu order hampir sejam baru sampai. Tapi sebab dah tau peel nya macam tu sabar jelah.

Selain daripada makan-makan ikan bakar ni kat tepi pantai ni ada jugak gerai-gerai jualan macam style uptown. Ada gerai jual baju, mainan, makan, selipar, macam-macam lagilah. Perut dah kenyang bolehlah jalan-jalan sini pulak cuci mata sekali cuci poket kalau ada yg berkenan. Gerai pun banyak. Dari hujung ke hujung. Belah sini pulak banyak gerai basah jual hasil laut. Yang banyak kat sini jual cengkerang macam kerang, lala, ala-ala, kepah, ikan masin, ikan, jagung, ubi kayu, keledek, keladi, buah-buahan tempatan, macam-macam lagilah. Ada ketika bernasib baik tepi pantai tu nelayan baru je naik dan jual ikan hasil tangkapan dorang. Memang sedapla makan ikan segar-segar ni.




Pantai Remis ni laluan menghala ke Cendol Bakar yang famous amous tu. So, untuk elakkan kesesakan kat situ silalah guna jalan dalam ye. Saya ikut GPS. Yang saya ingat lalu Bukit Kuching. Memang jalan clear. Kalau lalu depan Cendol Bakar tu memang terbakar lah kejap. Hehehe

Thursday, 23 January 2014

Ikan Bakar Bercili

Semenjak ada pemanggang Vantage ni rajin pulak try macam-macam resepi baru. Mudah nak buat dan sedap. Saya ratah gitu je ikan. Tak makan dengan nasi pun. Terima kasih pada kak azie share resepi.

Gambar sebelum di bakar je ada. Selepas bakar lupa nak snap
Ikan Bakar Bercili
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan selar - dikelar
5-6 batang cili kering - tumbuk saya guna cili mesin 3 sudu besar
Garam
Asam jawa
1/2 biji bawang besar - hiris nipis 
Cara cara:
Gaul semua bahan di atas dan dilumur pada ikan. Perap seketika.


Wednesday, 22 January 2014

Omelette Yummy

Ni omelette orang diet - cheese, cendawan, capsicum
Sekarang musim rajin nak makan western food kononnya. Omelette ni dah buat Sabtu lepas tapi rasa macam teringin lagi hari ini. Pagi tadi sebelum gi kerja buat sekejap bawak bekal ke ofis. Bahan kat rumah tak berapa nak ada sebenarnya. Jadi saya letak jelah janji kenyang. Kalau tengok kat hotel macam-macam dorang letak kan. Ni memang food wajib saya ambik kalau breakfast kat hotel. Sedapnyaa...

Dah letak bahan-bahan, lipatkan macam ni
Bahan-bahan

2 biji telur - buat dadar
2 biji cendawan butang tin - hiris nipis
Sedikit capsicum - potong dadu
Cheese secukupnya

Boleh tambah:
Sosej
Sayur

Cara-cara
Goreng telur dadar macam biasa. Bila dah hampir masak taburkan bahan-bahan sebelah bahagian telur sahaja.
Sebelah lagi taburkan cheese.
Lepas tu lipatkan. Siap

Tuesday, 21 January 2014

Pizza Roti Gardenia

Yang kosong tu untuk anak-anak
Kononnya nak try test buat pizza dalam pemanggang ajaib yang baru dibeli. Tapi dah malam hari malas pulak nak menguli doh. Jadi kita buat pizza roti jelah. Senang dan sedap. Janji kenyang. Hehehe
Sebelum di bakar

Tetap nak posing gak pemanggang Vantage
Budak sekolah rendah pun boleh buat ni. Walaupun simple anak-anak tetap suka. Tu yang lagi semangat nak memasak.

 
Bahan:


2 Roti Gardenia

2 biji Cendawan butang - hiris nipis
Sos Spageti / Sos cili
Keju yang diparut
Sedikit cili capsicum - potong dadu
2 batang sosej - celur dengan air panas lepas tu hiris nipis
Mix vege 


Sapukan sos pada roti.

Letakkan topping.
Taburkan keju.
Letak dalam pemanggang selama lebih kurang 10 minit. Siap!


Monday, 20 January 2014

Ikan Siakap Stim


Ni masakan pertama saya masak guna pemanggang ajaib Vantage. Memang cepat dan mudah. Takyah kuarkan pengukus lagi. Dah siapkan ikan tu semua terus letak dalam pemanggang je. Nak angkat alihkan dalam pinggan pun senang. Memang terbaiklah pemanggang Vantage ni. Tak rugi memilikinya :)

Ikan tengah posing dalam pemanggang Vantage



Bahan:
1 ekor ikan siakap - basuh bersih dan lumurkan dengan garam
3 batang serai - potong halus
1 biji bawang besar - mayang
3 biji bawang putih - potong halus/ketuk
4 biji cili api - ketuk
Sedikit halia - potong halus
1 sudu besar sos tiram

Cara:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis bahan. Masukkan perasa dan sos tiram.
Taburkan atas ikan. Tambah air sikit. Kukus sehingga masak. Kalau guna pengukus tak yah tambah air.
Siap.

*Tak tumis dulu pun tak apa bahan tu. Tapi saya suka tumis dulu