Ni satu lagi resepi mudah. Dapat kat kawan dalam FB. Tengok cam senang je, cam mudah je kan. Terusla buat sabtu lepas. Bagi anak-anak makan. Alhamdulillah akhirnya ada jugak cekodok yang dorang suka makan. Selama ni buat cekodok bilis dan kentang langsung tak disentuh. Yang ini pulak siap mintak lagi. Buat untuk breakfast hari Sabtu, malam tu mintak lagi. Tapi sebab dah malam sangat mama dah ngantuk dan malas jugak sebenarnya. Hehehe...
Pepagi Ahad buat lagi menunaikan permintaan anak malam tadi. Sementara ada selera dorang nak makan baik kita buat kan. Kang dah takde selera paksa pun tak guna. Memang licin pinggan dorang makan. Thanks pada kawan yang sudi share resepi.
Cucur Kembung Manis
3 cawang tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 cawan susu pekat manis
3 cawan air panas mendidih
Campur semua sebati. Tunggu sejuk/suam. Goreng dalam minyak yang panas. Siap.
Monday, 24 November 2014
Monday, 17 November 2014
Kek Oren Mudah
Assalammualaikum semua. Hari ni nak share resepi Kek Oren Mudah. Saya kan memang suka buat yang mudah-mudah aje. Yang payah kita tolak tepi ye..heheh...Oren banyak sangat kat rumah. Last week pergi pasar ada orang jual oren besar-besar 10 biji RM5.00 aje. Cepat-cepat kita beli. Sekali dah seminggu pun tak habis. Dok dalam peti. Sabtu terajin sikit lagi pun lapar duduk rumah kan. Google resepi jumpala yang paling mudah ni. Terusla mulakan projek. Elok je masaknya. Memang mudah sungguh. Thanks pada yang share resepi.
Sebelum dibakar |
Gigihkan saya edit resepi...hehehe |
Wednesday, 29 October 2014
Print Gambar Online
Nak cara senang print gambar secara online boleh jenguk website EOE. Memang mudah. Cuma online, lepas tu pilih-pilih gambar mana kita, lepas tu ikut je arahan seterusnya dan bayar. 3-4 hari gitu dah sampai depan pintu.
Paling best poslaju free ye untuk pembelian RM35 dan ke atas. Alahai gambar beribu-ribu tu mesti lebih daripada RM35 punya lah. Macam saya sebab gambar banyak sangat jadi saya target tiap bulan saya cuci dalam bajet RM35 - RM50. Dapat 100 lebih keping gambarla tiap bulan. Okeylah tu. Kecuali yang ada bajet lebih bolehlah print terus semua. Takde hal punya. Bulan ni kali kedua dah saya print gambar. Bulan pertama RM38. Bulan Oktober ni RM48.00. Lama-lama siapla print semua. Kualiti gambar pun sangat baik ye tambah-tambah lagi yang guna kamera. Yang guna henfon pun cantik jugak kalau memang gambar tu cantik. Saya guna Samsung S3 kualiti memang cantik bila dah print.
Thursday, 23 October 2014
Mangga Asam Boi
Dah cuci, tos pastu gaul sume |
Ini kejadian lepas dah gaul, masukkan dalam bekas |
Ni kejadian lepas dah semalaman dalam peti. yummyy!!! |
Mangga Asam Boi
4 biji mangga epal
7 sudu besar gula
10 biji asam boi
2 biji cili - potong
Mangga dikupar kulit, dicuci dan toskan.
Campurkan gula, asam boi dan cili. Gaul rata.
Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Siap
Tuesday, 14 October 2014
JJCM: Genting Strawberry Leisure Farms
Lepas dah jadi petani berjaya bolehlah gi melawat ladang lavender. Memang cantik. Lepas tu boleh teruskan perjalanan ke cafe dia. Ada banyak jual makanan. Teh Strawberry macam kat Cameron pun ada. Saya order waffle coklat, strawberry blended dan teh strawberry. Harga agak mahal sikit tapi okeylah sesekali berjalan. Kalau semua nak berkira tak seronok jugak kan. Anak-anak pula pantang nampak aiskrim mesti nak.
Sebelah cafe ni jugak ada parrot dan ular sawa untuk kita bergambar. Setiap gambar dorang caj RM20 untuk single, RM40 untuk family photo. Saya tak bergambar je. Lalu dan tengok je. :)
Tempat ni lepas kita masuk je kena melalui kedai-kedai. Start daripada tempat petik buah tadi sampailah tempat keluar. Semua kedai jual barang-barang souvenir, mainan, baju, makanan. Sayur-sayuran pun ada. Tempat penanaman cendawan pun ada. Kira okeylah jugak kan sebab masuk adalah percuma tapi kita boleh tengok macam-macam dalam ni. Nak membeli pun boleh :) Sediakan duit dan pilih saja
Dah jalan lepas cendawan ni akan lalu kedai-kedai lagi. Saya cuma beli fridge magnet buat kenangan. Lepas tu jalan keluar jumpa balik tempat kita masuk tadi. Kami teruskan JJCM ke Genting naik kabel car. Orang tak ramai sangat pun. Time balik kami ikut Batang Kali sebab nak singgah sungai. Jumpala Sungai Kedondong. Cantik sangat dengan batu besar-besar dan air tejrun menderu laju tapi jauh menurun nak ke sungai tu. Letih sikitlah dan suasana macam sunyi sikit.
Wednesday, 1 October 2014
Paprik Seafood
Siaran ulangan. Lama dah tak buat paprik. Asyik ulang menu sama je. Sesekali kita try menu lain. Saya guna resepi DayangJack yang dah lama menyepi dari blog. Tak tahulah ke mana menghilangnya kak Dayang kita. Banyak resepi sedap-sedap dari Kak Dayang yang saya dah cuba. Salah satunya paprik ni. Memang sedap. Nak buat pun senang. Saya kan memang akan try resepi yang senang je. Hehehe. Kali ni carrot tu saya buat bentuk mickey. Laju la anak-anak makan.
Resepi Paprik Campur
by : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
by : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus (saya guna
udang)
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis/masin
sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda
dll)
garam dan gula secukup rasa
4-5 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara :
Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian,
toskan.
Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih
hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau
sebati.
Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun
limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur
hampir masak.
Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau
sebati hingga masak.
Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
Thursday, 25 September 2014
Ayam Perap Masak Kicap
Dekat sebulan dah simpan resepi ni. Asyik lupa nak try. Jadi semalam dah takde idea nak masak apa terus teringat resepi ni. Balik rumah dari ofis terus perapkan. Dalam dua jam lepas Maghrib tu terus masak. Senang jugak buatnya dan yang penting memang sedap. Ayam ni lembut sebab takyah goreng dulu. Selalu ayam kicap kita goreng dulu, jadi ada bahagian ayam yang jadi keras terutama bahagian isi.
Next time nak perap lebih lama, mesti lagi sedap. Yummyy!!
Sedang diperap. Masukkan dalam peti ais |
AYAM PERAP MASAK KICAP
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
sumber : Mas & K.Nor
Bahan A :
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa
Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris
Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Wednesday, 24 September 2014
Menuju Puncak Bukit Broga
1.7 km je heheheeh...gulppp |
Tempat parking yang bersih. Kena bayar RM2 |
Dari tempat parking tadi akan jumpa kawasan hutan dulu |
Dah nampak lalang-lalang ni dah nak dekat lah |
Point yang pertama. Bolehlah rehat lama sikit |
Teruskan pendakian..sikit lagi je |
Panorama indah |
Dapat ambik gambar kat sini kira bukti dah sampai puncak Broga ye...Yeahhh!! |
Tuesday, 23 September 2014
Senarai Tapak Perkhemahan
Sejak dah ada kelengkapan berkhemah ni jadi macam gian pulak nak berkhemah. Hehehe. Seronok main masak-masak. Lagipun time nilah anak-anak merasa explore dunia luar. Maklumlah orang duduk rumah tinggi ni jarang-jarang dapat main tanah, main lasak. Duk terperap dalam rumah je kalau tak ke mana. Dengan berkhemah ni jelah dapat anak-anak merasa explore dunia luar.
Hari tu lepas berkhemah kat Janda Baik saya dan Jay dah berpakat nak jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti bulanan. Kiranya tiap bulan ada satu aktiviti berkhemah. Jadi semalam banyak masa free saya asyik mengoogle tempat berkhemah kat Malaysia ni. Rupanya memang banyak tempat berkhemah. Sebelum ni tak ambik tahu sebab rasa macam takde kena-mengena kan. Sekarang dah tiba masanya untuk ambil tahu lah. Banyak memang banyak camp site tapi tak banyak untuk aktiviti persendirian atau keluarga ni. Yang banyak ialah company yang sediakan pakej perkhemahan untuk aktiviti kumpulan. Contoh untuk kumpulan pelajar sekolah, universiti dan untuk golongan yang bekerja. Kalau camp site untuk persendirian cam saya buat ni tak banyak sangat tempat. Kecuali Janda Baiklah. Janda Baik tu memang bersepah camp site. Tapi tak akan setiap bulan nak berkhemah kat Janda Baik. Nak merasa jugak tempat lain. Baru ada aura berkhemah. Hehehe
Dah menggoogle semalam tu dapat jugak beberapa tempat. Adalah dalam 14 camp site tapi lapan kat Lembah Klang dan enam lagi luar KL. Manalah tau kan rajin sangat nak berkhemah kat luar KL senanglah tempat dah tahu. Tak yah menggoogle dah.
Terima kasih jugak pada para blogger yang rajin mengupdate tempat-tempat dorang gi berkhemah tu. Memang senang nak buat rujukan. Bila dah menggoogle semalam baru saya tahu dan perasan rupanya aktiviti berkhemah, hiking, jungle tracking ni ada peminat dan pengikut tersendiri. Cuma tak didedahkan sangat pada umum. Mungkin hobi ni masih di peringkat baru kat negara kita. Kelengkapan hobi ni pun agak mahal sebenarnya tapi kalau dah suka kena usahalah dapatkan. Pejam mata orang kata. Hahaha
Kat sini saya senaraikan camp site yang saya dapat. Kalau ada yang lain akan ditambah kemudian. Saya akan update bila saya dah pergi tempat-tempat ni. InsyaAllah program berkhemah keluarga untuk Oktober dah hampir tiba. Tak sabar nak merasa pengalaman seterusnya. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Yang penting sekali dalam berkhemah ni adalah keselamatan. Hati-hati selalu.
Ini antara yang saya dapat sewaktu menggoogle. Mungkin ada yang lain yang terlepas pandang
Camping Site (KL/Selangor)
1- Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu
2- Nahara Resort, Hulu Selangor
3- Air Terjun Serendah
4- Sungai Inki, Kalumpang
5- Bukit Cerakah, Shah Alam
6- Sungai Congkak
7- Hutan Lipur Sungai Sendat
8-Nur Laman Bestari, Ulu Yam
Camping Site (Luar KL)
1- Janda Baik
2- Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands
3- Kuala Woh, Tapah
4- Taman Negara Pulau Pinang
5- Taman Negara Kelantan
6- Berembun, Cameron Highlands

Wednesday, 17 September 2014
Back to Nature: Berkhemah di Janda Baik
Biar gambar berbicara
Baru sampai. Ni jambatan yang menghubungkan parking dan tempat berkhemah. |
Sungai jernih, sejuk menggigil |
Yang khemah depan tu untuk orang lain yang dah booked. Kami bawak sendiri khemah. Caj RM10 untuk sorang dewasa kalau berkhemah |
Sedang bertungkus-lumus memasang khemah |
Pilih port paling dekat dengan sungai. Tidur sambil dengar air mengalir |
Best part bagi anak-anak. Tak tahulah berapa kali mandi sungai. Tuala pun tak sempat kering |
Terror laki aku masak nasi di hutan heheheeh |
Tengah menunggu nasi masak |
Jemuran sepanjang berkhemah |
Licin 2 mangkuk cicah dengan roti. Minum kopi panas pulak. Lepas tu terjun sungaiiiiii |
Ni di masak lepas Subuh sebelum bertolak ke sini. Lepas siap pasang khemah terus makan cicah roti. Memang tengah lapar. Makan panas-panas dalam hutan yang sejuk. Memang best...nyaman |
Salah satu chalet yang disediakan pihak Zainiguesthouse. Yang ni paling ramai minat kot sebab atas pokok. Memang best. Bawah tu tempat bersantai-santai sambil makan-makan or BBQ |
Suasana hijau kat sini memang sejuk mata memandang. Padang rumput macam ni luas lagi sebenarnya. Kiranya chalet-chalet ni semua mengelilingi padang hijau ni. Memang best |
Lama dah tak jumpa buah ni kan. Sedap di makan begitu saja...Memang banyak. Tak larat nak kutip |
Nilah rupa lilin petak tu. Senang nak guna. Cuma cucuh api je |
Bekas telur. Senang nak bawak telur. Tak yah risau pecah. Leh isi 12 biji telur harga bekas ni RM12. |
Subscribe to:
Posts (Atom)