Baru lepas siapkan kek gula hangus guna resepi dari newbie123 di MyR. Sedap sangat dan senang nak buat. Sebelum ni pernah buat jugak guna resepi lain tapi resepi newbie123 ni lagi mudah dan rasa pun lagi sedap. Warna pun hitam berkilat. Sarang pun cantik. Perap 30 minit je dah cukup. Resepi ni saya copy paste dari MyR...
Bahan-bahan ( 1 )
1 cawan gula - untuk karamel
1 cawan air panas
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu makan butter/marjerin
Cara-cara
Panaskan 1 cawan gula dalam periuk sehingga menjadi karamel(perang dan cair semua gula..jangan sampai hitam legam hangus)
Padamkan api. Masukkan 1 cawan air panas (air gula karamel nanti akan meruap, jadi berhati hati dan pastikan periuk cukup besar untuk megelakkan tumpah. Air mesti air panas, kalau sejuk, nanti karamel akan terkezut dan terus keras). Kacau dan masukkan butter dan 1/2 cawan gula lagi. Biarkan sejuk.
Pukul telur sampai kembang. Saya guna blender saja. Masukkan tepung, susu, soda. Blend hingga sebati.
Akhir sekali masukkan karamel yang telah disejukkan tadi dan blend lagi hingga sebati
Perapkan lebih kurang 30 minit. Masukkan kedalam acuan yg telah disapu sedikit butter. Bakar selama 30-40 minit (oven 160 darjah)
Friday, 1 May 2009
Wednesday, 29 April 2009
Cucur Bilis Kembung
Semalam balik keje rasa nak makan kuih bergoreng. Teringat pulak resepi cucur bilis kembung dari MyR. Try lah buat semalam. Memang sedap dan memang kembung...Hehe...Next time kena banyakkan ikan bilis. Semalam tak berapa nak rasa ikan bilis sebab dan blend. Gambar tak snap sebab tak cantik. Tak pandai bulat-bulatkan...Ni resepi saya copy paste dari MyR...Tq...
Cucur Bilis Kembung
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tpg gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cawan air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Tuesday, 21 April 2009
Ayam Masak Merah
Ahad lepas beli ayam sebelah untuk masak sup ayam special (Next time buat saya bagi resepi). Tapi tetiba Ma masak pulak sebelum dia pergi kerja. Tak jadilah saya masak. Makan apa yang Ma masak aje...hehe...Malamnya buat ayam goreng rempah tiga ketul. Seketul soranglah makan...Jangan membazir..Semalam kat ofis belek-belek resepi baru. Teringat pulak kat ayam dalam esbok. Nampak pulak ayam masak merah dari Choppy kat MyR. Balik je rumah semalam terus keluarkan ayam dan buat ayam masak merah. Sebelum ni pernah buat sekali guna resepi yang sama untuk pot luck kat ofis. Saya buat 2 ekor ayam. Semua kata sedap. Jadinya semalam buat lagi guna resepi yang sama untuk rumah pulak. Hari tu Jay tak merasa...huhu...Semalam dapatla makan puas-puas. Sedap...Thanks choppy..
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya (aku guna dalam tin)
Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Saturday, 18 April 2009
Bundt Pan
Semalam beli non stick bundt pan kat Cael Deon. Dah lama teringin nak buat kek dalam loyang macam nih...Mesti cantik je...Baru semangat nak makan..hehe...Tapi tak tahulah betul ke tak non stick. Dulu ada beli loyang bentuk bear kat BWY. Dah dekat 3 kali guna kek tak boleh dikeluarkan. Akhirnya kena korek je untuk makan. Dah macam-macam cara buat. mula-mula sapu butter, melekat jugak. Pastu try lagi kali kedua guna minyak pulak melekat jugak. Kali ketiga sapu butter dan tabur tepung pun melekat jugak. Sekarang loyang bear tu dah melekat dalam kabinet je...
Thursday, 16 April 2009
Puding Labu
Dah 3 hari labu dok bertenggek atas almari. Mulanya nak buat Isnin lepas tapi kebetulan Ma buat pengat pisang pulak. Takut membazir. Jadi postpone keesokannya tapi lain pulak dirancang. Esok dah jadi tulat...hehe...Hari ni baru berkesempatan nak menggodek labu. Dapat resepi dari MyR oleh AlongRoz. Thanks Along. Tapi bendanya masih atas dapur. Rumah ni takde mikrowave. Jadi saya kukus aje. Dah satu jam setengah tapi puding dalamnya belum keras. Jadi ke tak ek?...Takut pulak tak jadi...Asal guna santan je mesti saya fail...Kalau 8.30 tak keras kena tutup gak api. Kang labu nya pulak yang terlebih masak....
Resepi ni memang menarik. saya kebetulan makan dekat belakang chowkit tempohari kat sebuah gerai orang Thailand. Teruja betul tengok puding yang dorang buat. Macam-macam ada termasuklah labu ni. First time tengok dan tak sangka terjumpa resepi ni.
Sepatutnya labu tu dilapik dengan loyang tapi saya betul-betul terlupa. Selekeh betul lah...hehe...
Dah siap pun...sedap bangat...Alhamdulillah menjadi...
Bahan-bahan ( 1 biji labu kecil )
1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) - kalau tak masak nanti rasa isinya tawar & tak lemak
Agak2 1/2 peket santan intant (cukup utk saiz lubang labu) saya guna 150ml santan Kara
2 biji telur
2 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
1/4 sudu teh garam
Cara-cara
Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya.
Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang)

Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit.
Wednesday, 15 April 2009
Sponge Kek
Ini plain sponge cake yang dibuat 1 April lepas. Nak upload tapi gambar tak diedit lagi. Baru hari ni edit semua gambar yang terkumpul. First time guna sponge mix ni. Beli di LMC Bukit Rahman Putra. Tak sangka sedap rupanya. Dahlah senang nak buat, murah dan sedap pulak tuh. Mula tuh buat separuh aje. Takut tak sedap nanti membazir tapi tak cukup pulak. Huhu...Yang paling banyak makan ialah Azroy. Sambil buat homework pun tangan sebelah pegang kek. Agaknya dia dah bosan mama asik buat kek coklat.
Oleh kerana tak penah buat ada juga berlaku kesilapan. ingatkan macam kek biasa. Aku pukul hingga sebati pastu terus bakar. Tapi sebenarnya kena pukul hingga kembang naik gebu sekali ganda. Kek menjadi tapi berat sikitlah. Yang perisa pandan dibuat seminggu lepas menjadi. Ringan je...Macam chiffon kek

Tuesday, 14 April 2009
Kek Pisang Bercoklat
Semalam balik keje try buat kek pisang bercoklat resepi nor_67 dari MyR. Thanks kak nor. Memang sedap kek ni. Moist je. Lagipun coklatnya tu yang menambah keenakan kek ni. Buat pun senang. Bahan pun mudah didapati. Tapi semalam masa buat ada jugak silap...hehe... Lagipun resepinya saya tulis tangan aje. Nak cepat. Tak sempat print. Bila dah masuk sume bahan last sekali masukkan tepung dan kaup balik. Tapi tengok kering semacam je kek saya ni. Nape ek...Dah siapkan loyang nak masukkan adunan tetiba teringatkan telur. Patutlah kering, rupanya telur tak masuk lagi dan memang saya tak tulis dalam resepi yang saya salin tuh. Padahal 5 biji telur diperlukan...Huhu....Saya pun pecahkan telur 5 biji dan masukkan dan mixer je semua sekali. Tawakal jelah. Tak kan nak buang. Nasib baik menjadi. Naik elok je, cantik. Rasa pun sedap. Next time kena berhati-hatilah salin resepi.
Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
250gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut/dicincang
Cara-cara
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
Ayak tepung.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
Selamat mencuba..

Sunday, 12 April 2009
Kek Span Pandan
Semalam try buat kek span pandan guna sponge mix yang dibeli di LMC. Minggu sebelumnya buat separuh perasa vanila. Tapi kali ni try buat perasa pandan memandangkan pandan paste yang dibeli 3 minggu lepas tak digunkan lagi. Santan kara yang dibeli pun terbiar begitu saja dalam almari. Kali ni gunakan cara yang betul. Hari tu buat perasa vanila main hentam saja. Hasilnya sedap cuma tak gebu. Berat je keknya. Tapi habis jugak.
Semalam buat ikut resepi dapat dari cari.. Putar pun sampai betul-betul kembang baru masuk minyak. Hasilnya memang tip top. Kek sangat gebu, ringan dan hmmm....Rasa macam makan kek chiffon. (bila nak try buat kek chiffon) Pagi tadi tengok kek dah licin pun. Kena beli lagi lah mix tu...
Kek Span Pandan (aku buat separuh)
500g plain sponge mix (beli di bakery shop)
8 biji telur
50ml santan kotak
50ml air
1 tsp pandan paste
100ml minyak
Panaskan oven 160c dan gris loyang.
Satukan sponge mix, telur, santan dan air di dalam mangkuk pengadun. Putar kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu atau adunan menjadi berganda.
Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan minyak dan pandan paste sehingga sebati dan rata.
Bakar sehingga masak. Lebih kurang 40 minit ke atas.
Terbalikkan loyang di atas redai sebaik keluar oven. Biar sejuk sikit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.

Thursday, 9 April 2009
Donut Sifu Suria
Semalam belek-belek resepi kuih. Tak tahu nak buat kuih apa tapi tengok pada bahan-bahan nak buat donut memang dah sedia ada kat rumah. Tengok punya tengok resepi Sifu Suria paling mudah dan memang ramai blogger kata sedap bangat...Tapi sebenarnya saya ni dah serik nak buat donut sebab dah dua kali tak menjadi. Tak tahulah yis yang dah expired atau saya yang tak reti...Last nya semalam cuba jugak dan alhamdulillah menjadi. Naik gebu je. Lepas goreng terus ngap untuk rasa...Masya-Allah, memang gebu dan sedap...Lembut sangat....Kalah King Confectionary...Haha....Satu adunan dapatla dalam 20 biji. Goreng dalam 10 biji dan selebihnya buat frozen.
DONUT SIFU SURIA
Sumber: Sifu Suria
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar shortening/marjerin
3 sudu besar gula pasir halus
Bahan B: 200 ml air suam*
2 sudu teh instant yeast*
20 ml air - sebagai tambahan jika perlu (tak guna pun)
Cara-caranya
Bancuh Bahan B, masukkan kedalam Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli sehingga doh licin dan lembut. Bentukkan menjadi donut dan tunggu sehingga doh naik lebih kurang 30 minit. Goreng dan salut dengan gula.

Monday, 6 April 2009
Karipap
Semalam buat karipap untuk minum petang. Buat 500 gram tepung dapatlah dalam 30 biji karipap saiz sederhana. Goreng dalam 10 biji untuk minum petang semalam dan selebihnya frozenkan. Biasanya buat kelim sendiri. Tapi semalam guna mould karipap yang dibeli 3 minggu lepas. Senang dan cepat. Cantik pulak tuh. Sama je saiz sume. Sebelum ni main hentam saja. Ada yang besar ada yang kecil...
Tengah dok buat ada pulak little chef yang tak diiktiraf datang membantu...Macam biasa, mesti ambik segenggam doh untuk dia pulak buat eksperimen macam-macam...daripada buat bola sampailah jadi jam Ben10...

Thursday, 2 April 2009
Nasi Moy
Menjenguk ke blog kak izanman ternampak posting dia pasal nasi bubur. Baru teringat nak cerita sabtu lepas saya buat nasi moy atau ada jugak orang panggil nasi air. Dulu masa belajar kat Kuantan selalu nampak ada orang jual tapi tak pernah teringin nak makan atau beli. Bila dah pandai jenguk-jenguk blog orang pasal makanan ni terliur pulak tengok seorang blogger (lupa dah) tu makan nasi moy. Hmm...menyelerakan sungguh. Pertama kali buat last year. Memang sedap. Walaupun banyak step yang kena buat tapi hasilnya memang tiptop...
Sabtu lepas pagi-pagi lagi saya dah sediakan nasi moy nih...lama sungguh tak makan...Seharian saya sekeluarga tak makan benda lain dah. Pagi breakfast roti paratha instant. Lunch nasi moy, dinner pun nasi moy. Azroy pun boleh makan jugak. Kenyang...
NASI MOY
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
Nasi - dimasak sedikit lembik
Daging - 1/2 kilo
halia - 5 inch -ditumbuk lumat
cili padi (hijau atau merah) - segenggam
cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
garam,gula sesedap rasa
BAHAN TAMBAH
ikan bilis - digoreng garing
bawang goreng
bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
daun sup - dihiris halus-halus
limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
**bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
Cara-cara
Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa. Semua sudah siap.
Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-
kalau tak cukup pedas-tambah air lada .
TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

Wednesday, 1 April 2009
Cream Puff dan Tart Swiss Hazel
Hampir seminggu tak membaking..last sekali buat lepat pisang isnin lepas. Itu pun bukan baking, kukus je...Semalam balik awal mulalah cari idea nak buat apa...Fikir punya fikir teringat nak buat cream puff jagung memandangkan ada baki setengah tin jagung lagi dalam esbok. Bahan memang dah ada kat rumah. Mulalah sediakan apa yang patut. Bila nak buat filling nya ambiklah jagung dalam esbok. Alamak...dah berkulat pulak...Puff nyer dah buat. Terpaksalah buat filling lain. Akhirnya buat je filling kastard dari resepi sos kastard puding roti. Okey jugak.
Sambil menunggu puff masak baru teringat baki adunan tart yang buat 2 minggu lepas. Masih ada banyak tapi tak tahu nak buat apa..Tu yang tersimpan je dalam esbok. Daripada buang baik buat sesuatu. Tengok punya tengok daripada bahan yang ada boleh buat tart swiss hazel. Hasilnya memang sedap. Lagipun nak try loyang yang baru beli kat Chow Kit 2 minggu lepas. Bagus pulak loyang tuh. Tak melekat langsung. Senang je nak keluarkan tart tapi masa keluarkan patah pulak sebab tart tu lembut. Aku main terbalik kan aje...huhu....
Pagi ni bawak ke ofis. Letak kat rumah pun sure tak habis....Ntah-ntah tak berusik langsung.
Pagi ni bawak ke ofis. Letak kat rumah pun sure tak habis....Ntah-ntah tak berusik langsung.
Monday, 30 March 2009
Lepat Pisang
Hari ni malas nak pegi kerja. Rasa cam ngantuk sangat lagipun alarm yang jam 5.45 pagi tadi tak dengar. 6.10 baru dengar. Mana sempat. Lagipun hari Isnin jalan jem. Memang kena keluar awal sekarang. Lepas hantar Azroy singgah kedai beli pisang nak buat lepat. Minggu lepas dah buat tapi dapat dalam 10 biji. Dapatla saya merasa dua biji sebab yang lain bagi kawan ofis yang suka sangat makan lepat. Hari ni saya buat dua adunan. Dapat 27 biji dan try letak inti kelapa. Sedap jugak. Lagipun sangat senang nak buat. Tak sampai sejam dah siap tapi kena tunggu sampai betul-betul sejuk baru boleh makan. Kalau tidak rasanya tak sedap. Walau apa pun, resepi lepat pisang kak hanieliza ni memang sedap...thanks kak...
Resepi lepat pisang Kak Hanieliza
2 cawan pisang lenyek (sya guna pisang berangan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar susu tepung
daun pisang secukupnya (direbus 30 saat untuk memudahkan melipat)
Cara:
Campur kesemua bahan hingga sebati.
Letakkan sesudu ke atas daun pisang dan lipat.
Susun dalam kukusan dan kukus dalam 15-20 minit.
Sejukkan baru dihidang.

Tuesday, 24 March 2009
Choc Chips and Almond Cake
Minggu lepas belek-belek archieve resepi kat Cari.com terjumpa resepi ni yang dipost oleh Maklang...Bahan-bahan pun semua ada kat rumah dan cara buat pun senang...Balik keje terus menggodek kat dapur dan hasilnya tidak mengecewakan....Sedap...Lagipun asyik buat kek coklat dah naik jemu...rasanya pun lain dari kek biasa yang pernah aku buat...Separuh saya bawak ke ofis jamu kawan-kawan...Separuh tinggal kat rumah...2 hari je dah langsai....
CHOCOLATE CHIPS & ALMOND CAKE
sumber : Jo's Deli & Bakery
INGREDIENTS: 175g butter/margarine
160g caster sugar
3 large eggs
225g all-purpose flour, sifted
2 tsp baking powder. sifted with all-purpose flour
40g badam cincang
2 tbsp susu tepung
100g chocolate chips, coated with flour
25g flaked almonds, coated with flour
METHOD:
Preheat oven at 180 deg C. Prepare a greased 8 inch cake tin.
Cream together the butter/margarine and sugar until light and fluffy. Add the eggs one at a time, beating well between each addition.
Fold in the flour, baking powder, ground almond and milk into cake batter.
Finally, fold in chocolate chips and flaked almonds.
Bake in the preheated oven for 50-55 minutes until golden brown and springy to touch.
Leave to cool in the tin for about 5 minutes before turning the cake onto a wire rack to finish cooling.

Friday, 20 March 2009
Popia Nestum
Dah dekat 2 minggu kulit popia bertapa dalam esbok...Memang dah ada cadangan nak buat apa tapi virus M sering melanda diri saya....huhu...Dah dekat 3-4 kali kuar masuk kulit popia tu dari dalam ke luar esbok...Balik keje macam nak buat tapi bila dah baring mulalah virus M melanda....Akhirnya takut terbuang macam tu aje, lagipun Jay yang beli..Kang bising pulak kawan tuh...
Bangun je dari tidur petang hari Ahad lepas terus berkobar-kobar nak buat popia nestum...Apa lagi teruslah menggulung sambil tengok Kisah labu-labi lakonan Nabil ngan Fizz Fairuz yang comel...Nak menghabiskan satu peket pun rasa nak muntah...Gulung punya gulung akhirnya siap....Azroy pun sempat menggulung dan menggunting juga...Nasib baik dia datang benda dah nak siap..Kalau tidak jadi belacan jelah...
Terus goreng dan masukkan dalam campuran gula ngan nestum dan rasanya....Ummmpphhh...Memang sedap...Lain dari yang lain...Very crispy....Sepeket yang ada 40 keping tu dapatlah sebalang kuih raya...

Wednesday, 18 March 2009
Kek African Marble
Dah lama simpan resepi ni tapi asyik tak terbuat sebab stok self raising flour dah habis. Tapi memang selalu simpan hajat nak buat sebab melihatkan komen-komen dari forumer memang memberangsangkan. Hari Ahad lepas balik kenduri saya telefon mak mertua sebab katanya nak datang KL ada kenduri kahwin anak jiran lama. Kebetulan masa call dia memang dah siap nak balik umah kak ngah Jay. Saya pun ajak Jay pergi lawat dia. Tapi nak masa sejam untuk bakar kek...heheh...Sempat lagi...
Sayau pun terus ke dapur dan menggodek resepi yang ada. Terfikir pulak pasal African Marble kek ni dan loyang love yang baru saya beli. Mesti cantik kalau buat dalam tuh...Saya gunakan tepung superfine aje menggantikan self raising flour. Ok jugak menjadi. Tapi kalau guna tepung self raising mungkin lagi lembut dan gebu...
African marble
Sumber: Roshayati Johari
Bahan-bahan:
Sumber: Roshayati Johari
Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari
Cara-caranya:
1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Tuesday, 17 March 2009
Kek Coklat Moist
Satu-satunya kek yang selalu sangat saya buat. Kek nilah jugak kek pertama yang saya pandai buat..huhu...Mulanya resepi G-ra yang bagi. Jauh saya belajar buat kek ni. Sedap memang sedap. Moist sangat. Sampai ramai yang mengorder kek ni dengan saya. Lepas tu bila saya dah kenal dunia internet ni banyak pulak resepi kek coklat yang lebih mudah selain daripada bahannya yang murah. Ada yang tak guna butter, ada yang kurang telur, ada yang guna tepung itu, tepung ini, macam-macam cara tapi hasilnya lebih kurang sama. Sedap. Asalnya resepi g-ra tu kukus tapi kebanyakan resepi yang saya cuba melalui internet ni bakar. Rasanya bakar lagi senang. Moist jugak. Sekarang saya stick pada satu resepi aje yg guna 2 biji telur dan minyak. Jimatlah sikit daripada guna butter dan 6 biji telur. Rasanya masih sama. Masih mendapat pujian orang kata...hahaha....
Minggu lepas ada 2 orang order kek coklat. Sebiji untuk hantaran kahwin. Sebiji lagi untuk makan-makan keluarga katanya. Saya dah cakap awal-awal yang saya memang tak pandai deco. Setakat toping dan tabur choc rice tu bolehlah. Dorang pun tak kisah asal sedap katanya. Orait. Dan hasilnya....
Choc Cake Moist
Bahan-bahan ( kek 1kg )
BAHAN A(ayak)
2 cwn tepung gandum
1 cwn koko powder
2 tea spoon soda bikarbonat
2 tea spoon baking powder
BAHAN B(putar)
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telur ayam gred A
BAHAN C
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak sayuran@jagung
1 cwn air panas
Cara-cara
pukul telur dan gula until kembang masukkan susu pekat dan kacau masukkan pula bahan A then masuk bahan C kacau til sebati masukkan dalam loyang yg telah disapu dgn marjjerin and bake suhu 180 selama sejam

Monday, 16 March 2009
Tools Baru
Sabtu lepas pegi cari loyang bentuk Love. Puaslah merayau sekitar belakang Chow Kit. Nasib baik jumpa. Ada beberapa lagi barang baru yang aku beli dah alang-alang ke sana. Kat umah aku susah pulak nak jumpa benda-benda ni. Kalau ada pun mahal sikit. Aku beli loyang bentuk Love, mould puding bunga ros, loyang untuk pie atau boleh jugak guna untuk tart dengan loyang bentuk kon. Ini semua memang bergunalah untuk aku buat apa-apa nanti. Lagipun sekarang boleh dikatakan setiap hari buat kek...
Setakat hari ni loyang love ngan mould puding tu aku dah guna. Yang lagi 2 tu esok lusa gunala....hehe
Lepas tu singgah kedai bakery beli butter satu tong. Senang beli dalam tong selain jimat tak yah masuk dalam esbox. Nak guna cedok je. Kalau tak sejam nak menunggu butter lembut.
Friday, 13 March 2009
Kek Lapis Betawi
Minggu lepas berkobar-kobar semangat nak mula buat kek lapis. Sebenarnya tak pernah buat pun tapi tengok kawan-kawan online semua dah lulus buat kek lapis aku pun nak cuba. Lagipun ada beli buku resepi Chef Noraini masa kelas puff pastry tu. Bahan-bahan pun dah beli Sabtu dalam kul 4.30 aku mula la sediakan bahan. Pastu bakar guna oven elektrik yang Jay belikan tuh. Lama dah tak guna. Selalu guna yang oven gas. Jimat sikit.
Lapisan pertama okey je masaknya. Tiba lapisan kedua habis berasap oven aku. Mungkin panas sangat. Aku adjust suhu dan turunkan loyang ke tingkat paling bawah. Buat masa 8 minit aje. Ikut buku 10 minit. Yang hangus tu terpaksa la ke tong sampah. Tapi aku tetap tak putus asa. Mana boleh putus asa, telur 15 biji beb....huhu
Seterusnya bakar asik jenguk oven la. Takut hangus lagi. Sampailah ke lapisan terakhir nak dekat pukul 8 malam dah....Aduila...Akhirnya siap dan masak elok. Sedap pulak tuh...
Yeah! Berjaya jugak aku menyiapkan kek lapis tuh. Minggu ni nak try buat yang bercorak pulak.
Thursday, 12 March 2009
Puding Roti Croisant
Saya dapat resepi ni dari fotopages mamafami kalau tidak silap. Tengok mamafami beriya-iya rekomen resepi saya pun try lah buat. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak tapi agak mahal jugak la. Hmm...sedapnya tak terkata. Lemak-lemak susu gitu. Memang marveles rasanya. Tak rugi buat. First time buat masa keluarga mentua abang saya bertandang ke rumah. Semua memuji siap nak order lagi. Malam tu jugak habis seloyang. Kalau masak elok dia akan keluar seketul gitu dan cantik je untuk hidangan. Tapi kalau tak berapa masak dia jadi lembik dan macam berair sikit. Bila keluarkan dia kadang-kadang hancur dan tak cantik untuk hidangan...Ada baiknya lebihkan masa masak tu. Biasanya saya lebihkan 10-15 minit. Tak pun bagi yang ada caserol cantik tu boleh guna masuk oven dan terus hidang. Saya ni ada loyang aje. Itupun mak punya...huhu
Resepi:
250 ml susu segar
200 ml whipping cream
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh vanila
Croissant dalam 4-5 biji dipotong
Bahan Hiasan:
Sedikit ceri merah dan kismis tabur diatas bahan sebelum dimasuk dalam oven.
Caranya:
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk kemudian masukkan gula dan kacau. Jangan dipukul.
Tambahkan vanila dan masukkan susu segar . Kacau lagi.
Masukkan whipping cream dan kacau.Tapiskan bahan di atas dan ketepikan.
Sapukan butter pada loyang.Masukkan croissant yang dipotong ke dalam loyang.Masukkan bahan yang ditapis tadi ke atas roti.
Bakar selama 40 minit (170 C) secaara double boiler.
Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan(saya terus hidang panas-panas pun sedap)
Tuesday, 10 March 2009
Rich Choc Puding
Dapat resepi ni dari Myresepi. Saja try sebab bahan memang ada kat rumah dan senang pulak membuatnya. Tak sangka teramatlah sedap...rasa coklat yang memang sangat rich...for those yang belum try cepat-cepatlah try..tak rugi dan aku pasti korang mesti akan buat selalu lepas tu...(macam aku)
Resepi:
Bahan-Bahannya:-
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu tepung
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung (cornstarch)
4 1/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk Jelly(sepeket kecil)
3 camca besar mentega
Bahan Lain:-(aku tak buat)
Susu cair secukupnya
Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya
Cara membuatnya:-
1. Satukan semua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan wisk sehingga semua larut. Tapis adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga hingga bancuhan menjadi pekat. Padamkan api.
2. Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan biarkan beku lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...

Mee Goreng Basah
Semalam macam malas nak makan nasi. Lagipun Jay dah komplen asik makan nasik...Bosan je...Biasalah mat saleh celup sorang tu memang tak suka makan nasi. Sanggup tak makan satu hari daripada makan nasi. Kat ofis saya dah belek-belek resepi mee. Tak pernah buat mee goreng sepanjang hidup ni. Nak try lah kali nih. Mana tau menjadi pulak. Sumber resepi kali ni dapat di FRD. 2-3 minggu lepas Diana ada rekomen satu resepi mee goreng. Katanya sedap sangat. Lagipun mee goreng basah. Memang kegemaran sayalah. Balik je terus menggodek kat dapur. Pukul 6 dah siap, terus makan panas-panas. Hmm...sedap...semua ada rasa...Masam, manis, pedas...Kuah pun banyak dah jadi macam mee hailam pulak...Buat sebungkus mee tapi tak habis...Dapat banyak jugak. Boleh dimakan 4-5 orang lagi. Lainkali kena buat separuh je...
MEE GORENG KAK IZAH
Sumber: Kak Izah dari FRD - yang dalam kurungan tu apa yang aku buat
Bahan-bahannya
500 gram mee kuning (sebungkus)
100 gram daging, dipotong nipis
7 ekor udang, dibersihkan
200 gram kobis, dihiris lebar ½ inci (tak letak)
1 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
1 kiub ikan bilis (Maggi)
3 biji telur (letak 2 biji je)
4 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak untuk menumis
secukup bawang goreng (tak letak)
secukup daun sup/ daun bawang (tak letak)
Bahan Sosnya
11 sudu makan sos cili
9 sudu makan sos tomato
7 sudu makan kicap (aku guna sos pekat)
Bahan untuk dihiris
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
3 batang cili hijau (tak letak)
1 batang cili merah (tak letak)
7 – 11 tangkai cili padi merah thailand (guna cili api je)
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan pecahkan telur. Digoreng scramble dan biarkan telurnya lembik-lembik sedikit jangan terlalu masak. Angkat dan ketepikan.
2. Letakkan secukup minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dirajang sehingga naik bau dan layu. Masukkan kuib ikan bilis dan juga daging. Tumis lagi sehingga dagingnya bertukar warna.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap bersama garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan selama 2 minit. Masukkan pula airnya.
4. Bila kuah hampir mendidih, masukkan udang, kobis dan sedikit bawang goreng. Masak selama 5 minit sehingga udang bertukar warna dan kobis pun telah layu sedikit. Rasakan kuahnya jika ada yang kurang tambah apa yang patut.
5. Masukkan pula mee kuning, sawi dan telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan reneh mee goreng selama 5 minit. Sedia untuk dihidang. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun sup atau daun bawang.

Monday, 9 March 2009
Apam Ice-cream
Apam ni dah lama aku buat dan dah banyak kali. Pernah juga dua kali bawa ke ofis sebagai pot luck. Semua kata sedap. Aku pun rasa macam tu jugak. Lagipun senang nak buat dan bahannya pun murah. Aku dapat resepi ni dari Chome di wmc. Thanks chome.
Resepi
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir -
3/4 cawan ice-cream soda -
1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
Pewarna-3 warna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Ovalette
Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
5. Bubuh adunan selang-seli.
Saturday, 7 March 2009
Kelas Puff Pastry
21hb Feb yang lalu saya join kelas puff pastry anjuran Chef Noraini di Batu Caves. Selain ajar puff pastry ada jugak ajar pelbagai jenis tat kecuali tat nenas la...Ok jugak kelasnya tapi saya dah tersalah pilih kelas lah. Actually benda ni tak sesuai untuk saya yang sekadar suka-suka untuk makan apa yang dah saya belajar tu. Ia lebih sesuai untuk yang rancang nak meniaga. Sebab puff pastry ni rumit sikit nak buat dan rasanya lebih jimat kalau beli aje ataupun guna instant puff yang terdapat banyak di supermarket.
Tapi takpelah. Mana ada ilmu yang merugikan malah banyak jugak yang saya pelajari hari tu termasuklah membentuk puff seperti bentuk-bentuk yang terdapat di pasaran. Jom kita layan gambar-gambar semasa saya join kelas.
Tuesday, 3 March 2009
Pau Gebu
Nyumm....
UNTUK DOH:-
240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
Cara-cara
Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin).
Perap doh selama 45 minit.
Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan.
Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti.
Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Resepi ni memang saya cadangkan sesapa nak buat sebab memang kena dengan namanya gebu sangat. Sedap pulak tuh. Korang mesti tak sangka dapat buat pau sesedap dan segebu itu. Hehe..resepi ni saya dapat dari Cik Mat Gebu di myresepi. Thanks Cik Mat.
Resepi Pau
Bahan-bahan ( 10 biji )UNTUK DOH:-
240 g tepung "Hong Kong", guna tepung pau pun ok
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)
Cara-cara
Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti.
Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin).
Perap doh selama 45 minit.
Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat2kan.
Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tgn, sudukan inti yg tlh sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti.
Bulat2kan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg tlh disapu dgn lemak sayur.
Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.
Kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
Roti Jala
Semalam sampai je rumah tengok ada kari daging yang masih panas. Mak aku baru siapkan. Memang aku ada request kari ngn dia sebab nak makan ngn roti jala setelah cubaan aku untuk buat kuah durian gagal. Huhu
Letak je beg terus tukar baju dan mulakan misi menebar jala di atas kuali...hehe...Alhamdulillah menjadi dan jalanya terbentuk lebih cantik berbanding pertama kali aku buat pada Sabtu lepas. Ingatkan nak bawa datang ofis sebagai bekal sarapan tapi tupperware semua tinggal di ofis tak jadilah nak bawak...lagipun tengok pagi tadi cuma tinggal 5-6 ketul. cukup-cukup untuk Jay breakfast aje. Next time aku buat banyak dan boleh jamu kawan-kawan sama...resepi ni aku dapat dari cari.com seorang forumer nama Long. Thanks a lot Long.
Resepi:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
Secubit garam
1/2 sudu teh kunyit/ pewarna
Cara:
Campurkan semua bahan dan kacau rata menggunakan senduk aje atau whisk
Tapiskan bahan supaya tidak berketul-ketul
Tebarkan menggunakan acuan ke atas kuali leper yang disapu sedikit minyak.
Siap.
Subscribe to:
Posts (Atom)