Tuesday, 16 January 2018

Casa Bonita Hotel di Melaka Memang Berbaloi



Kali ni pergi Melaka bukan nak jalan-jalan cari  makan tapi pergi kenduri kahwin. So try cari hotel kononnya takut penat drive. Bukak booking.com survey hotel terdekat dan murah. Dapatlah Hotel Casa Bonita ni. Kenapa saya pilih hotel ni sebab murah, cantik dan baru.

Bila sampai sana wahhh  memang terkejutlah. Memang cantik, senang nak cari, tepi jalan je, parking pun banyak dan paling best harga murah termasuk sarapan. Memang puashati dan berbaloi. Hotel ni pun ada outdoor swimming pool tau. Bagi yang bawak anak tu jangan lupa bawak baju mandi. Saya tak sempat pun nak pergi berenang sebab sibuk pusing-pusing kawasan sekitar.

Hotel ni dekat dengan Pantai Klebang. Jangan lupa singgah beli Coconut Shake Klebang ye. Sepanjang jalan kawasan hotel ni banyak sangat tempat makan. Hotel ni pun dekat dengan Dataran 1Malaysia. Lebih kurang macam Dataran Putrajaya depan Masjid Merah tu ada aktiviti keluarga yang sesuai untuk anak-anak. Ada sewa roller blade, basikal, kereta control.

Susun atur bilik hotel ni pun saya suka. Bilik besar, cantik. Bilik pun ada connection door dengan bilik sebelah. Kadang datang ramai-ramai, kita lagi suka ada donnection door macam ni kan. Jarang hotel ada. Saya dapat bilik ni RM135 di booking.com untuk semalaman dan sarapan untuk 2 orang.


Connection door

Kafe yang selesa

Toilet




Berkenannya dengan almari ni. Husband kata almari seksi hehehe

Pemandangan dari tingkap bilik hotel

Monday, 15 January 2018

Apam Mekar


Lama sangat dah tak buat apam ni. Padahal inilah kegemaran anak-anak. Kali ni buat sebab kebetulan ada orang order untuk minum petang majlis penyampaian beg. Fikir punya fikir apalah kuih yang senang nak buat. Teringat pulak apam ni. Alhamdulillah menjadi. Takut gak buat time orang order ni kan kadang saja je tak jadi lah, tak cukup bahanlah. Menguji kesabaran betul hehehe. 1 adunan ni dapat dalam 25-30 bijik apam. Saya guna cup sederhana besar dan isi 3/4 cup tu. Jadi dia mengembang cantikla. Mula-mula isi separuh tapi tak kembang cantik. Untuk resepi boleh tengok kat sini dan sini.


Friday, 12 January 2018

Blueberry Cheese Tart


Lupa pulak nak lukis-lukis atas cheese tart tu. Dah masuk oven baru perasan tapi malas dah nak keluarkan. Jadilah walau tak lukis, laku keras jugak. Semua cakap gebu gebas nampak filling tu. Heheh...Cheese tart montok namanya. Boleh tengok kat sini untuk resepi


Thursday, 11 January 2018

Bihun Sup Rangka Ayam


Saya kalau makan ayam memang suka yang bahagian tulang je. Isi memang tak suka sangat. Jadi selalunya kalau jumpa rangka ayam segar yang dijual kat pasar, memang akan beli untuk buat bihun sup atau sup ayam makan dengan nasi. Memang layan lah makan sup macam ni. Anak-anak pun suka. Paling penting, buatnya senang.

Bihun Sup Rangka Ayam

2 ekor rangka ayam potong kecil
5 bijik Bawang besar (sederhana) - blend
5 ulas Bawang putih - blend
Halia sebesar ibu jari - diketuk
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
1 kiub ayam
Fishball
Fishcake

Hiasan
Daun sup
Bawang goreng

Panaskan minyak sikit. Masukkan rempah empat sekawan. Masukkan bahan blend sampai naik bau. Masukkan rangka ayam. Kacau sebati. Masukkan air ikut banyak mana yang nak. Dah mendidih tu, masukkan fishcake, fishball, kuib ayam, garam. Sebelum tutup api, taburkan daun sup dan bawang goreng. Siap.

Celur bihun, masukkan sup ayam tadi dan cili kicap. 


Wednesday, 10 January 2018

Kek Gula Hangus


Lama sangat dah tak buat kek ni. Pernah dulu buat mungkin 5-6 tahun lalu. Memang menjadi sarang nya. Elok je berlubang. Lepas tu ada try lagi buat dah tak jadi. Memang rasa sedap tapi tak jadi berlubang. Terus malas nak buat.

Baru-baru ni jiran up di FB buat kek ni. Elok je menjadi. Terus mintak resepi. Datang mood rajin, kita pun trylah buat. Alhamdulillah menjadi. Takyah peram pulak tu cuma kena pukul telur lama sikit. Saya pukul lebih kurang 10 minit. Terima kasihlah kat jiran sudi share resepi.

Saya lapik baking paper terus sebab kek ni jenis melekat
Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

A
1 cawan gula
1 cawan air panas
2sb marjerin

Masak gula sampai cair dan jadi gold brown. Masukkan air. Kacau sekejap, masukkan marjerin, kacau sebati.

B
4 biji telur
1 cawan tepung
2 st soda bikarbonat
1 cawan susu pekat
1 st esen vanila

Ayak tepung dengan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu dan pukul lagi.
Masukkan esen vanila, tepung sikit-sikit dan pukul lagi.
Masukkan gula hangus tadi dan kacau sebati.
Bakar 160c lebih kurang sejam api bawah. Siap.