Thursday, 26 January 2012

Mee Goreng Udang dengan Fishball

Pertama kali buat masa kawan ofis saya datang beraya tahun lepas. Saya pun tak tahu nak masak apa. Fikir punya fikir saya nak cuba masak mee goreng. Saya malas nak buat makanan berkuah masa tu. Saya telefon mak tanya macam mana nak goreng mee. Lepas tu terusla pergi kedai beli bahan. Resepi mak saya ni simple je tapi Alhamdulillah rasanya boleh tahanlah. Saya suka je rasanya. Tak taulah bagi orang lain macam mana. Azroy pun suka makan mee goreng ni tapi mesti letak fishball banyak-banyak. Sekarang resepi ni dah jadi makanan kegemaran kami sekeluarga.

Mee Goreng Udang dengan Fishball


Sepeket mee kuning - cuci bersih dan toskan
15 ekor udang sederhana besar
2 peket fishball
6 biji bawang merah}
4 biji bawang putih}
1 biji bawang besar}
1 1/2 sudu besar cili mesin} kisar halus
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap biasa
1 cawan air
Garam dan perasa secukupnya


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan udang. Kacau hingga udang masak.
Masukkan kicap pekat, kicap biasa, garam dan perasa. Kacau.
Masukkan mee. Masukkan air 1 cawan. Kacau. Bila dah sebati semua masukkan fishball. Kacau sebati dan siap.


*Kalau mee belum lembut tambahkan air lagi.

Friday, 6 January 2012

Jus Terung Belanda Istimewa

   Saya dapat buah terung belanda ni dari seorang kenalan yang datang bertandang ke rumah minggu lepas. Dia bawak buah ni sebagai buah tangan. Biasanya dia bawak avokado tapi kali ni dia bawak terung belanda. Tadi terajin pulak nak buat jusnya. Terusla saya korek isinya dalam 4 bijik. Campurkan 3 sudu besar gula dan 2 sudu besar susu pekat. Campurkan sikit ketulan ais. Terus blend.

    Hmm...sedapnya. Memang istimewa. Rasa masam manis dan lemak-lemak. Kat sini saya tak pasti panggil buah apa tapi rasanya lebih kurang macam Vanilla Passion Fruit Blended kat J.Co Donuts. Lebih kurang macam tulah. Cuma kat J.Co yang saya minum tu warnanya kuning tapi yang ni warnanya pink. Mungkin memang buah passion. Tapi saya memang tak pernah jumpa kat pasar atau mana-mana tempat buah ni. Macam buah avokado yang selalu saya buat jus kalau kenalan dari Medan ni bawak pun memang lain dari buah avokado yang ada kat tempat kita. Kat tempat kita avokado cantik dan bentuknya bujur macam pear tapi kat Medan avokadonya dipanggil alpokat dan bentuknya bulat. Lebih kurang macam rupa jambu batu. Tapi bila dah buat jus avokado campur coklat memang terangkat.

   Kalau cerita pasal makanan memang tak akan habis ya. Petang ni saya sekeluarga nak ke Restoran Chan Abdullah di TTDI. Kali ni kita nak merasa makanan cina sempena dengan kedatangan CNY. Bukan nak meraikan pun cuma ini je rancangan yang paling best untuk gathering bersama keluarga buat masa ini.

Bye

Sunday, 1 January 2012

Asam Pedas Ikan Kembung

Kali ni saya masak masakan yang digemari rakyat Johor iaitu asam pedas. Asam pedas yang saya masak ni simple je tapi tetap menyelerakan. Saya guna resepi ikut mak mertua masak. Dia cuma cakap je hari tu tapi sebab sebelum ni dah pernah masak asam pedas guna resepi CMG so saya boleh agak-agakla kan jumlah bahan-bahan tu. Lagi pun  sekarang bila nak masak jarang dah berpandukan resepi kecuali untuk resepi baru. Bila dah selalu masak semua pun kita boleh agak. Bak kata pepatah practice make perfect. Tapi perfect di tekak saya sekeluarga jelah, belum tentu perfect di tekak orang lain ye tak. Hehe....


Asam Pedas


4 ekor ikan kembung sederhana
6 biji bawang merah}
3 biji bawang putih}
1 biji bawang besar sederhana}
Kunyit hidup sebesar ibu jari}
Halia sikit}
Sedikit belacan}
2 sudu besar cili mesin}
Lengkuas sikit} dikisar halus
Daun kesum
1 biji tomato belah 6
2 batang serai- ketuk
6 biji bendi
1 cawan air asam jawa


Cara:
Panaskan sikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air sikit. Kacau. Masukkan ikan.
Masukkan daun kesum, air asam jawa. Kacau.
Bila mendidih masukkan sayur bendi, garam, gula sikit.
Last sekali masukkan tomato. Siap.

Happy New Year 2012