Friday, 28 January 2011
Tanaman Herba
Dah bertambah koleksi tanaman tapi lom hias-hias lagi. Plannya nak letak pagar plastik dan batu-batu sungai tuh...Wah..dah macam nak buat landskap...Pokok terbaru yang ada pokok limau purut dan keladi hiasan. Limau purut tu untuk ambik daunnya masak tomyam. Kat rumah aku ni seminggu mesti 2-3 kali masak tomyam. Jadi senangla lepas ni petik je depan rumah.
Keladi hiasan tu pulak ambik kat ofis. Tuan pokok dah pencen, pokok pun dah kering gitu je. Tak de sape nak jaga. Daripada semak dalam bilik tu aku pun ambik bawa balik rumah. Tukarkan pasu yg cenonet sangat tu dan letak pancang beli kat nursery RM5. Sekarang dah menghijau, cantik...
Minggu lepas semai biji benih tomato dan cili yang beli kat MAHA tu. Elok dah tumbuh anak-anak tomato tapi takde rezeki pulak. Semalam masa nak alihkan ke tepi rupanya kotak semaian tu dah bocor. Abeslah bedebus tanah-tanah dan pokok-pokok tertimbus...Aduhai...Kenalah semai lagi.
semalam sempat semai benih salad, tomato, sawi. Semuanya aku semai dalam kotak aje...Dah besar nanti transfer je dalam pasu. Mudah-mudahan berjaya la projek pertanian aku nih...heheh Sempat gak semaikan daun kesum kawan ofis. hari ni kena semai lagi 2 pasu untuk jiran-jiran pulak. Seronok pulak kongsi-kongsi hobi dengan orang lain.
Pagi tadi lepas breakfast melawat ke nursery ofis sekejap. Dapatla anak keladi hiasan sikit. Cantik bangat daunnya, berkilau macam minyak....Tak sabar nak balik tanam...
Friday, 14 January 2011
Kari Kepala Ikan
Tak suka pun makan kari sebenarnya tapi sajalah try pelbagai masakan. Tak akan asik nak masak benda sama kan...Menu ni guna resepi dari blog favourite resipi. Thanks ye. Sedap sangat. Lainkali boleh cuba lagi.
Kari Ikan Tenggiri
Bahan-bahan:
6 ketul ikan tenggiri - dibersihkan
4-5 sudu makan rempah kari ikan
1-2 sudu makan cili serbuk
5 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
6 biji bendi (atau 2 biji terung bulat - dibelah enam)
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua
1 cawan santan
1 cawan air asam jawa
sedikit daun kari
sedikit halba campur
sedikit minyak masak
Cara memasak:
1. Serbuk rempah kari ikan dan cili serbuk dicampur dan dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur.
3.Bila bahan tumis telah garing, masukkan pes serbuk kari dan cili serbuk. Kacau hingga naik bau. Jika agak kering, bolehlah tambah sedikit air.
4. Masukkan bendi/terung diikuti dengan santan.Biarkan mendidih.
5. Bila telah mendidih masukkan ikan diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
7. Masak lagi hingga mendidih. Sebelum diangkat dari api, masukkan garam.

Wednesday, 5 January 2011
Hobi Baru - Home Gardening
Anak pokok cili yang diberi kawan ofis- kak yati Harap hidup subur. Dah transfer ke pasu pun. |
Pokok daun kesum beli kat MAHA, senang nak buat asam pedas dan laksa. Dah transfer ke pasu jugak.
Pokok daun pandan. Beli kat MAHA. Balik tu terus transfer ke pasu dan kerat daun.
3-4 hari selepas tu mula cambah pucuk baru. Sekarang dah ada 4 pucuk baru!!
Alhamdulillah dah siap semua urusan pemindahan ke rumah baru. Tinggal nak touch up masukkan perabot/alatan yang perlu. Plannya sabtu ni nak ke Ikea cari barang bilik Azroy. Kalau ada bajet lebih nak cari barang untuk kitchen cabinet pulak. KC dah siap tapi tempat gantung kuali, tempat sabun dsb banyak yang tak ada lagi.

Sebelum pindah lagi dah survey hobi baru ni. Sebab hobi yang suka masak ni perlukan macam-macam bahan dalam masakan. Baru terfikir tak akan kerana secekak daun kesum nak kena pergi kedai, tak akan kerana sebatang serai nak kena pergi kedai. Kalau simpan stok selalunya memang kering dan terus buang aje. Mulalah terfikir nak menanam sendiri pokok-pokok yang perlu untuk masakan ni. Bila dah dapat kunci rumah kebetulan ada MAHA pulak. Ajak Jay pergi dan mula cari pokok yang perlu. Jumpala pokok pandan, kesum dan biji benih tomato, cili, daun sup. Dah transfer pun ke pasu dan alhamdulillah nampak baik je.
Lepas tu semai benih cili tapi nampak macam tak sihat pulak. Mungkin sebab aku lupa nak buat lubang pada plastik beras tu. Kena mulakan balik projek semaian. Tanah pun ada 2 pack lagi. Sekarang tengah study pasal nak menanam sayur-sayuran pulak. Insya-Allah nak tanam sawi, bayam, bendi dan kangkung. Tapi hobi baru ni sama macam hobi masak gak pelrukan sikit modal untuk permulaan macam nak beli pasu, benih, tanah, baja. Walaupun cuma tanam kat balkoni tapi penjagaan kena betul untuk dapatkan hasil yang baik. Moga aku dapat manfaat dari hobi baru ni.
Tuesday, 4 January 2011
Ayam Panggang ala kenny rogers
Sabtu lepas panggil orang datang kemas rumah. Tak larat rasanya kemas sendiri. Lagipun kain-kain yang menimbun itu buatkan takde mood nak kemas rumah. Sambil-sambil tengok dia kemas rumah sambil tu jugak buat soto. Bolehla ajak dia makan sekali. Beli ayam seekor tapi besar betul ayam. Potong 4 dan saya hanya guna 2 bahagian untuk buat soto tu.
Sedang dibakar |
Semalam cuti sempena hantar Azroy sekolah tadika 6 tahun. Balik sekolah tu terus fikir nak buat ayam bakar. Cari punya cari resepi semua kata Ayam Panggang ala Kenny Rogers sedap. Saya pun nak buat jugak tapi banyak bahan yang tak cukup. Akhirnya buat aje resepi sendiri diolah dari resepi Ayam ala Kenny Rogers tu yang diambil kat blog kak hana jepun. Thanks.
ni resepi setelah diolah:
setengah ekor ayam-dibersihkan
3 biji bawang besar}
4 biji bawang putih}
1 sb cukup rasa}
2 sb madu}
serbuk lada hitam}
1 1/2 st garam} blend semua
kicap cair
kicap pekat-campurkan dalam bahan blend
-lumurkan pada ayam dan perapkan selama lebih kurang 1 1/2 jam
-sapukan butter pada ayam dan bakar
-setengah jam kemudian sapukan lagi bahan blend untuk elakkan ayam kering
-45 minit kemudian balikkan ayam. Lumurkan lagi bahan blend.
-agak-agak dah masak boleh diangkat dan hidang bersama kentang goreng/sos lada hitam/kentang putar.
-saya makan dengan nasi aje sbb semua takde...tapi sedap

Subscribe to:
Posts (Atom)