Wednesday, 31 October 2018

Mandi-manda di Golfview Residence Club, Bandar Tasik Puteri, Rawang




Kejadian Sabtu lepas. Tempat ni dekat je dengan rumah saya tapi tak pernah tahu kewujudan kerana kurang diberi promosi. Tau pun dari kawan yang duduk area sini. Saya pun terus bawak anak dan anak-anak buah ke sini. Best jugak. Kebetulan baru lepas hujan, orang tak ramai. Bayaran masuk cuma RM10 bagi kanak-kanak dan RM15 bagi dewasa. Bayaran ni dikenakan kalau kita nak mandi je. Kalau setakat temankan anak-anak, tak perlu bayar pun. Bagus kan?

Kafe
Kat sini ada jugak kafe, gym, indoor playground. Bolehlah guna bagi yang berminat. Saya cuma duduk rehat-rehat sambil perhatikan anak-anak mandi. Seronok sangat dorang. Takyah pergi jauh-kauh kan.

Toilet
Tempat Tukar Baju

Locker
Toilet, tempat tukar baju pun ada, bersih dan selesa. Kira berbaloila dengan bayaran masuk tu. Kolam takla besar mana tapi ok je.


Tempat ni sebenarnya untuk buat event macam birthday party atau apa-apa yang sesuai untuk kapasiti orang yang sikit. Bayaran untuk majlis pun  murah. RM550 je. Untuk lebih  lanjut uols call la sendiri ye heheh. Kang salah bagi info pulak kita.

Tuesday, 30 October 2018

Kek Coklat Kukus Mini


Malam tadi rasa teringin sangat nak buat kek coklat kukus ni. Dah dekat seminggu dok simpan resepi dapat kat FB. Kebetulan free dan kerajinan sangat, kita terus buat. Senang sangat buatnya. Letak semua bahan, mix je. Pastu kukus. Sedap pun ye. Kurang manis. Just nice. Makan pagi ni lagi sedap sebab dah rasa pahit-pahit lemak coklat tu.

Satu adunan dapat dalam 120 biji cup kecil. Masa kukus letak paper cup dalam acuan lompang baru dia cantik. Adunan bubuh penuh baru dia membukit. Kalau buh 3/4 je dia tak membukit.


Resepi kata kukus tiga minit je tapi saya kukus 10 minit baru masak elok. Jadi terpulang pada kukusan masing-masing kot. Pandai-pandailah adjust.

Kek Coklat Kukus

Resepi :
3 bj telur
1 cwn susu pekat
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cwm serbuk koko
1 cwn air panas
1 penutup esen vanila

Cmpur Semua bahan di atas dan mix 5 mnt
Sudah sebati masukkan
2cwn tpg gndum
1 sudu teh soda
1sudu baking powder
Sebatikan..
Masuk dlm acuan
Kukus slma 10 mnit
Kredit Resepi : rozi yani via mahn

Monday, 29 October 2018

Waffle Lembut Gebu


Sebenarnya dah lama tak buat waffle. Lepas tu Iris selalu lah beli kat depan Speedmart tu sekeping RM3.00. Padahal mama buat dapat berkeping-keping kan. Akhirnya mama rajin malam ni. Terjadilah waffle ni. Saya lebihkan sikit susu segar dan dapatlah waffle lembut yang sedap.

Waffle

3 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
1 1/2 cawan fresh milk
1 cawan gulan
1 cawan butter cair
2 biji telur gred B
1 st esen vanilla / esen waffle

Campur semua, mix sebati. Bakar dalam acuan waffle. Siap


Friday, 26 October 2018

Kek Marble Harimau Malaya Rasa Oren dan Coklat


Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Tapi saya guna butter biasa aje. Bukan pure butter macam yang dicadangkan dalam resepi. Tapi sedap. Siapa yang suka kek oren mesti suka ni. Gebu pulak tu. Saya ikut resepi Cikgu Azlina Ina di FB.

Terlebih adunan koko


Kek Marble Harimau Malaya

Bahan-bahan

250g pure butter 
1 1/4 cawan gula halus / 180g cawan 
6 bijik telur ayam gred B
2 cawan tepung self rising/200g tepung self rising
4sb susu segar
1sk emulco oren 

1sk emulco lemon
2sb serbuk koko

1 biji buah oren - sagat dan untuk hiasan

Mix butter, gula dan emulco oren hingga kembang.
Masukkan telur sebijik-sebijik. Mix slow dulu bagi sebati. Dah masuk semua baru lajukan mixer.
Matikan mixer, masukkan 2 senduk tepung yang telah di ayak selang seli dengan susu. 
Dah habis semua tepung, parutkan kulit limau oren sikit bagi wangi. Kacau sebati.

Bahagi dua adunan. 1 adunan tambah serbuk koko. Kacau sebati.
1 adunan lagi tambah emulco lemon dan pewarna oren. 
Lapik baking paper dan masukkan adunan berselang seli sampai habis. Potong buah oren nipis dan hiaskan di atas adunan untuk hiasan.
Bakar suhu 180 api atas bawah. Siap.




Thursday, 25 October 2018

Cubaan Membuat Pastry Fruit Cake Viral

Asik lalu lalang kat wall FB. Mana boleh tahan. Rasa macam kek ni paling kuat penangan viral dia. Semua dok buat. Kawan-kawan yang jarang buat kek pun terjebak. Mula tu bertahan lagi sebab stok strawberry dan blueberry susah nak dapat di kawasan rumah saya. Kena pergi Tesco baru ada. Malas lah nak pegi semata-mata nak beli tu kan. 
Pastu kakak pulak rajin tolong belikan. Murah katanya. Ala yang Tesco buat clearance stok tu. Tapi masih elok. Semua half price. Okeylah kita pun buat. Terjebak la akhirnya kan.


Sebelum di bakar

BAHAN-BAHAN
###########
125gm butter cair (Ciknad guna microwave)
150gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
200gm tepung superfine + 1st baking powder
100gm sourcream
Utk hiasan :
Strawberry, blueberry, pic.
CARA-CARA
#########
1)Satukan gula castor, telur, esen vanilla dan susu pekat. Hand whisk semuanya hingga sebati. (Jangan guna mixer)
2) Masukkan butter cair dan sourcream, hand whisk lagi hingga sebati. Make sure kacau hingga sourcream larut, tidak berketul-ketul.
Dah sebati cukup, jgn over mix.
3)Kaup balikkan tepung dalam adunan. Sebatikan semuanya.
4)Tuang dlm tray 9". Susun buah2 hiasan diatas cake. Jangan tekan ya, letak slowly. Satu lagi, make sure semua buah kering utk elakkan buah tenggelam. Boleh lap sikit guna kitchen tissue.
5) Bakar160°c, 45 minit atau hingga masak sempurna.
6) Selepas keluar dari oven, biar kek sejuk sikit then ayak Snow powder diatasnya.