Thursday, 24 November 2011

Telur Rebus Warna-Warni

Tadi saya cek e-mail dan dapat e-mail ni dari seorang kawan. Nampak macam menarik dan ada kena-mengena pulak dengan dunia masakan dan makanan. Jadi saya pun kongsikan kat sini pulak.











Monday, 21 November 2011

Bahulu Senyum

Saya buat ni semalam untuk minum petang. Tetiba rasa rajin pulak nak menggodek. Tanya Azroy nak makan kuih apa, jawabnya "nak makan kuih warna-warni". Itu tak lain tak bukan mesti nak makan apam. Saya pun cari resepi apam yang lama-lama. Terjumpa resepi Bahulu Senyum yang saya dapat di blog Masam Manis. Tengok bahan pun semua ada kat rumah. Memang sesuailah untuk saya cuba.

Buatnya senang, sekejap je. Saya guna emulco coklat dan perasa strawberry. Memang sedap. Rasanya macam apam jugak sebenarnya. Saya guna paper cup saiz S, dapatlah dalam 70 biji. Tapi yang peliknya bahulu saya ni tak tersenyum macam bahulu kak ita lah. Hehe. Rasanya sebab saya kukus guna api sederhana. Tapi tak apa, sebab walaupun tak senyum kejadiannya tetap cantik dan nampak menyelerakan. Thanks pada kak ita yang berkongsi resepi menarik.

Bahan:
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sb ovalet
1 st esen vanila
2 biji telur sejuk
3/4 cawan susu segar
1 st baking powder

1 sb emulco coklat
1 sb perasa strawberry

Cara:
Campur semua bahan kecuali perasa. Pukul hingga adunan berwarna putih.
Bahagikan adunan. Campurkan perasa pada setiap bahagian. Maskkan dalam piping bag. Picitkan ke dalam paper cup 3/4 penuh. Kukus selama 15 minit. Siap.

Friday, 18 November 2011

Ikan Masak Kicap

Lauk ni dah biasa saya masak. Resepi ni ikut Kak Dayang kita kat sini. Kak Dayang kalau masak lauk pauk memang hebat. Semuanya menyelerakan. Biasanya kalau nak masak lauk pauk memang saya akan rujuk blog kak DJ. Resepi kali ni saya tak masukkan cili mesin sebab kehabisan stok. Tapi rasanya tetap sedap. Anak-anak pun suka. Thanks kak Dayang. Saya mohon copy paste resepi kat sini ye.


Ikan Masak Kicap Sedap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kembong besar (digoreng seperti biasa)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit cili giling
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan air secukupnya. 
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang goreng dan cili benggala. Gaul-gaulkan selama lebih kurang 1 minit. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan.
  4. Setelah sebati, tutupkan api. 

Wednesday, 16 November 2011

Pengat Labu

Teringin pulak nak cuba buat pengat labu lepas tengok kak ita kita buat kat sini. Memang mengancam. mangkuk pun cantik. Kalau jumpa mesti nak kena beli mangkuk macam tuh. Labu ni saya beli kat pasar. Seeblah je belinya. Takut nak beli banyak sebab saya sorang je pun yang makan. Jay memang tak berapa gemar makanan manis-manis. Sebelum ni saya penah try masak pengat ubi kayu. Sedap, tapi masa tu mak yang ajarkan. Kali ni plan nak ikut resepi kak ita tapi time nak buat internet problem pulak kat rumah. Dahla lupa nak print. Akhirnya saya ikut je cara saya sendiri ingat-ingat lupa time buat pengat ubi kayu tuh.

Dah siap dadukan labu tu saya rendam jap. Pastu saya pegi kedai beli santan. Balik tu saya terus rebus labu tu. Air tenggelam. Bila dah mendidih saya ambik labu tu try sikit sama ada dah empuk atau belum. Bila dah empuk saya buang air dalam periuk tu. Pastu tambahkan gula melaka sebelah, garam dan santan sampai menutup labu. Pastu saya simpulkan daun pandan. Kejap je dah mendidih. Saya kacau sampai gula melaka tu larut. Pastu termanis pulak. Saya tambahkan air sikit. Pastu dah okey semuanya saya tutup api. Hmm..sedap..Sungguh menyelerakan. Walaupun ikut cara sesuka hati saya entah betul entah tidak tapi rasanya masih lagi pengat labu. Hehe...

Bahan:
Setengah biji labu saiz sederhana - potong dadu
Santan dari sebelah biji kelapa
2 helai daun pandan
Setengah biji gula melaka
Secubit garam
Air secukupnya

Cara:
Rebus labu hingga empuk. Buangkan air. Masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau perlahan hingga mendidih. Kalau perlu tambahkan air. Siap.

Thursday, 10 November 2011

Seafood Tomyam

Ni antara masakan lauk yang selalu sangat saya masak. Sebab saya memang suka makan tomyam. Biasanya saya guna perencah tomyam putih yang dibeli kat kedai runcit. Nanti tambahlah sendiri bawang besar, serai, daun limau purut, bawang putih dan kalau nak pedas tambahlah cili api tapi saya jarang boleh makan pedas sebab husband tak suka pedas dan anak-anak pun kecik lagi. Tapi walaupun tak pedas sedap jugak guna perencah tomyam putih tu.

Masa raya Aidilfitri tempoh hari saya berkesempatan melawat negara jiran kita Thaliand. Jadi peluang tu saya gunakan untuk cari perencah tomyam sebab Thailand kan negara asalnya masakan tomyam ni. Saya jumpa dengan paste cili tomyam. Sekarang tiap kali masak tomyam saya akan tambahkan sesudu besar paste ni. Rasa lagi ummph dan pedas-pedas sikit.

Wednesday, 9 November 2011

Apam Aiskrim Soda


Buat lagi Isnin lepas untuk dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Berkunjung bukan sempena raya pun tapi saja menyinggah rumah baru katanya. Kebetulan kedai semua belum bukak lagi. Air aiskrim soda minggu lepas masih ada. Jadi nak senang cerita saya pun buat je apam ni lagi. Katanya sama macam kuih kat kampung dia (Indonesia) cuma nama yang lain dan saya buat cantik sebab berjalur-jalur. Kalau kat kampung cuma warna putih. Hehe. Saya jawab sebab orang Malaysia kreatif. Untuk resepi boleh tengok kat sini.

Monday, 7 November 2011

Ikan Siakap Stim Simple

Balik Jumaat lepas singgah kedai ikan. Tengok ikan semua tak best. Tak tau nak masak apa. Akhirnya ambik je ikan siakap. Buat stim je senang. Kawankan dengan kangkung belacan. Hmm..sedapnya. Siakap stim ni guna resepi sendiri je. Ikut dari resepi Ma tapi saya skipkan beberapa bahan. Buat simple je tapi rasanya tak mengecewakan. Sedap.

Siakap Stim Simple

1 ekor ikan siakap
2 batang serai
Halia sikit
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Sos tiram

Cara:
Ikan dibersihkan. Lumurkan dengan garam. Letak dalam bekas.
Bahan-bahan lain dimayang halus. Tumis hingga layu dan masukkan sos tiram sikit.
Tambah air kalau nak berkuah. Tutup api. Taburkan atas ikan. Stim lebih kurang 20-30 minit. Siap.

Tuesday, 1 November 2011

Apam Mekar

Resepi apam ni pun antara kuih yang saya try masa mula-mula belajar buat kuih. Resepi ni saya dapat di fotopages Kak Hanieliza. Ada buat dua tiga kali jugak dulu. Lepas dah pindah ke rumah sewa takde buat lagi sampailah dah duduk rumah sendiri. Sekarang mood nak update blog dah kembali. Jadi banyaklah idea nak cuba resepi-resepi yang ada. Minggu lepas dah buat Apam Icecream Soda. Minggu ni kita try buat apam mekar pulak.

Inilah rupa apam benyek
Sebab dah lama sangat tak buat saya pun dah lupa sepatutnya apam ni kena lapik dengan bekas acuan tat papernya. Mula-mula saya just letak paper cup tu terus dalam loyang. Bila kukus tu semua jadi benyek. Huh, barulah teringat kena lapik ngan acuan tat. Tapi walaupun benyek habis jugak Azroy ngan Iris makan. Rupa tak cantik tapi rasanya memang sedap. Sebelum makan tu Azroy siap terkejut lagi. Kenapa kuih mama teruk? Heheh....Teruk dari segi rupa tak apa Azroy sebab masih boleh makan. Kalau teruk dari segi rasa alamatnya ke tong sampah jelah.

Ada yang malu kucing nak mekar
Kukus round kedua tu dah lapik dengan acuan tat. Barulah jadi cantik dan mekar setaman. Dapatlah dalam 30 biji guna papercup saiz M. Pagi ni saya tengok dalam bekas tu adalah lagi 4 biji. Lagilah bertambah semangat nak menggodek kuih kalau jadi kesukaan keluarga.

APAM MEKAR

Bahan

250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar (saya guna susu cair)
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..