Esoknya pagi-pagi saya terus cream kan kek tu. Hmm...sedap jugak cuma kek saya ni lembap sikitlah. Rasanya sebab saya pukul telur dengan butter tak betul-betul kembang. Tu yang kek jadi berat. Lagipun soda bikarbonat pun takde. Patutnya saya guna je tepung self rising flour. Tak payahlah nak letak baking powder ngan soda bikarbonat tu. Sepatutnya yang saya makan tu kek ni jenis gebu. Tapi walau tak berapa nak menjadi pun sekejapan je dah habis. Azroy ngan Iris pun suka sangat. Lepas tu saya bagi jiran yang kebetulan datang rumah petang tu nak ambik barang. Lepas tu bawak sikit ke rumah jiran yang baru bersalin.
Bahan-bahan:
2 1/2 cup tepung kek (saya guna tepung superfine)
2 cup gula castor
125g butter
1 cup buttermilk/ 250 ml susu segar + 2sb cuka biarkan 10 minit baru guna
2 biji telur
2 tbsp serbuk coco
1tbsp pewarna merah
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
Cara-cara:
Pukul butter dan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Bila dh kembang masukkan serbuk koko dan pewarna merah. kacau sebati.
Lepas tu masukkan tepung yg dh diayak bersama baking powder berselang seli dgn buttermilk. Kacau sebati.
Last sekali masukkan soda bikarbonat. Pastu dibakar dlm oven bersuhu 175 - 200 (ikut oven masing2) selama 20 - 30 minit. (saya bakar dekat sejam)
Sejukkan sebelum di letakkan cream cheese.
Cream Cheese Frosting
bahan-bahan
125 grm cream cheese
70 grm butter
1 cup gula icing
cara-cara
pukul cream cheese ngan butter smpi kembang and masukkan icing sugar sedikit demi sedikit...kacau sebati sehingga gebu.
dh siap bley dh sapu kat cake...