Kali ni pergi Melaka bukan nak jalan-jalan cari makan tapi pergi kenduri kahwin. So try cari hotel kononnya takut penat drive. Bukak booking.com survey hotel terdekat dan murah. Dapatlah Hotel Casa Bonita ni. Kenapa saya pilih hotel ni sebab murah, cantik dan baru.
Bila sampai sana wahhh memang terkejutlah. Memang cantik, senang nak cari, tepi jalan je, parking pun banyak dan paling best harga murah termasuk sarapan. Memang puashati dan berbaloi. Hotel ni pun ada outdoor swimming pool tau. Bagi yang bawak anak tu jangan lupa bawak baju mandi. Saya tak sempat pun nak pergi berenang sebab sibuk pusing-pusing kawasan sekitar.
Hotel ni dekat dengan Pantai Klebang. Jangan lupa singgah beli Coconut Shake Klebang ye. Sepanjang jalan kawasan hotel ni banyak sangat tempat makan. Hotel ni pun dekat dengan Dataran 1Malaysia. Lebih kurang macam Dataran Putrajaya depan Masjid Merah tu ada aktiviti keluarga yang sesuai untuk anak-anak. Ada sewa roller blade, basikal, kereta control.
Susun atur bilik hotel ni pun saya suka. Bilik besar, cantik. Bilik pun ada connection door dengan bilik sebelah. Kadang datang ramai-ramai, kita lagi suka ada donnection door macam ni kan. Jarang hotel ada. Saya dapat bilik ni RM135 di booking.com untuk semalaman dan sarapan untuk 2 orang.
Connection door |
Kafe yang selesa |
Toilet |
Berkenannya dengan almari ni. Husband kata almari seksi hehehe |
Pemandangan dari tingkap bilik hotel |