Friday, 24 February 2017
Kek Gula Hangus
Cubaan kali ke berapa entah yang ini. Sarang tetap tak berapa nak menjadi. Dah ikut step by step pun tetap sama. Agaknya oven yang silap. Heheheh. Tapi walaupun tak bersarang, tetap sedap. Rasanya tetap ada.
Kek Gula Hangus
by Azlina Ina
1 cawan gula
1 cawan air panas
Masak gula hingga perang dan cair. masukkan air panas perlahan-lahan dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan
125g marjerin - cairkan - ketepikan
3 biji telur - kacau perlahan sehingga hancur. Masukkan 1/2 cawan susu pekat. Kacau bagi rata. Masukkan esen vanilla dan 1 cawan tepung gandum + 1 sdk soda bikarbonat yang telah diayak. Kacau dengan whisk perlahan-lahan sehingga tepung tak berketul. Last masukkan air gula hangus tadi dan kacau. Perap satu jam.
Bakar api bawah 20 minit dan api atas 20-25 minit hingga masak. Siap.
No comments:
Post a Comment