Friday, 3 February 2017
Kek Pandan Gebu
Lama terperam resepi ni. Baru ada kerajinan nak buat. Memang sedap. Buat dekat sejam tapi makannya tak sampai 10 minit dah licin. Gebu, kurang manis. Just nice. Bahan pun sikit je. Next time kena double up resepi baru cukup.
Kek Pandan
4 helai daun pandan - potong kecil tuang 1/2 cawan santan kotak campur pewarna hijau sikit dan blend
Tapiskan dan ambil 1/4 cawan sahaja.
5 biji telur - asingkan kuning dan putih
Yang putih mix sekejap sampai putih. Masukkan 1/2 cawan halus. Mix lagi sampai kental (soft peak)
Telur kuning tadi, masukkan air pandan. Kacau. Masukkan 1 sudu besar yogurt plain - saya tak masukkan.
Masukkan 5 sudu besar butter cair. Kacau.
Ayak 3/4 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 2 sudu besar tepung jagung. Masukkan dalam bahan kuning telur tadi.
Ambil adunan putih sesenduk dan masukkan ke dalam bahan tadi. Balik kaup sampai habis.
Masukkan dalam loyang. Tinggalkan sesenduk. Letak pewarna hijau untuk lorekkan corak atas kek.
Bakar secara water bath selama lebih kurang 45-60 minit api atas bawah suhu 180.
No comments:
Post a Comment