Thursday 16 December 2010

Sizzling Yee Mee

Asik makan nasi je. Sekali-sekala kita tukar menu pulak. Nanti orang putih kat rumah tu bising. Tengok kat blog Kak nor teringin pulak nak try sizzling mee. Bahan-bahan pun semua ada. Paling penting senang nak buat. Sebab kalau masakan yang susah aku sendiri takut nak cuba. Takut ke tong sampah je. Hasilnya walaupun tak cantik tapi memang sedap. Cukup rasa semuanya cuma next time aku kena banyakkan bahan-bahan barulah lebih mengancam.



SIZZLING YEE MEE by Lilydvalley MyR

bahan:
2-3 sanggul (gulung) yee mee ~ k.nor guna mee segera cintan
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara2:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Monday 22 November 2010

Sup Sayur Simple

Kalau dah nak keje senang masak sayur inilah menu sayur yang selalu diguna. Memang mudah yang amat. Potong carrot, bunga kobis, cendawan, tomato. Didihkan air, masukkan kiub ayam, cili besar dan segala sayur-sayuran. Siap. Hmm...sedap

Friday 12 November 2010

Golden Oven Fried Chicken

Nampak teruja pulak tengok video ni. Cara buat pun senang. Bahan pun mudah. Saja nak try. Kalau menepati citarasa lain kali boleh buat lagi memandangkan orang kat rumah suka masakan western. Nasi-nasi ni agak kureng walaupun aku bersuamikan melayu tulen...heheheh. Pada yang nak cuba boleh tengok video dulu untuk lebih pemahaman. Balik keje terus godek kat dapur dan hasilnya hmm...sedap..rasa macam ayam original KFC...Azroy pun suka..Lain kali boleh buat lagi.

Resepi:
Ingredients
1 (3 lb) chicken, cut in pieces
1/4 cup oil
1/4 cup butter
1 cup flour
1 teaspoon paprika
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon seasoning salt
1/2 teaspoon black pepper
1/2 teaspoon garlic powder

Directions

Wash chicken and soak in salt water for about 20 minutes.
Use a large bowl and 1 teaspoon of salt.
Preheat oven to 425 degrees.
Place oil and butter in a shallow baking pan and set in the oven to heat and melt.
Combine the flour and seasonings and dredge the chicken in the flour mixture.
Remove hot pan from the oven and arrange the chicken in the pan skin side down,but do not crowd.
Place in the oven and bake for 30 minutes, turn chicken so that the skin side is up and continue baking for 20 to 30 minutes more, until nicely browned and juices run clear.
Remove onto a platter and let cool at least 10 minutes.

Monday 1 November 2010

Sago Gula Melaka

Permintaan dari kakak yang nak sangat makan sagu gula melaka. Mulanya malas nak buat tapi petang semalam keluar jalan-jalan terus singgah kedai beli sagu dan santan. Balik terus godek-godek di dapur dan siap. Malamnya dia sms suruh tapau sebab nak bawa ke tempat niaga. Aku tengah tidur dia sms "macam ni baru sedap sebab sagunya masak betul"..hehehe...Terima kakak ku atas pujian. Biasanya saya masak sagu tu kejap je sebab takut hangit. Rupanya kena masak lama-lama sampai yang berbintil putih dalam biji sagu tu hilang. Alhamdulillah selepas beberapa cubaan dah dapat buat yang terbaik.

Buku Panduan Asas Menghias Kek

Minggu lepas jalan-jalan ke blog zatidhati. Selalu jugak menjenguk ke sana tengok hiasan kek dan resepi terbaru. Berkenan pulak dengan buku panduan asas menghias kek yang ditulis sendiri oleh kak zatidhati. Harga pun murah juga berbaloi dengan isi kandungannya. Saya terus order dan datang ofis pagi ni dah sampai. Sukanya. Lepas ni boleh cuba buat cupcake dengan hiasan buttercream.

Friday 29 October 2010

Spagetti Bolognese

Pagi tadi sempat masak spageti untuk orang dirumah makan tengahari. Tengah rajin ni bolehla masak pepagi buta tu. Kang dah datang angin malas orang di rumah kena makan nasi bungkus je. Resepi asal ikut kak hanieliza tapi tadi ku main taram je hasil daripada campuran resepi beberapa orang...heheh...

Antara bahan diguna:
1 tin sos prego cendawan
1 tin kecil tomato puri
2 biji bawang besar{
1 biji bawang putih{ chopped
1 biji tomato-potong dadu
segenggam daging - kisar
2 sudu cili mesin
1/2 cawan air

Cara:
Tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan cili mesin. Kacau.
Masukkan daging kisar. Kacau sekejap.
Masukkan tomato puri, tomato. Garam dan perasa.
Masukkan air. Biarkan sekejap.

*Boleh tambah carrot, celery, cendawan dll. Aku buat ringkas je tapi tetap sedap.

Thursday 28 October 2010

Kek Kurma

Dah 2 hari tertangguh nak cuba resepi kek kurma yang aku dapat dari satu blog. Sebenarnya saja cari resepi ni sebab nak habiskan kurma yang dapat free masa bulan puasa hari tu. Sebelum tu dah campak satu kotak ke dalam tong sampah sebab dah penuh semut. Yang sekotak lagi ni takde plak semut berkenan. Tengok bahan buat kek kurma ni senang dan ada semua kat rumah bolehla buat. Kalau kena beli bahan-bahan lain malas jugak.

Malam tadi lepas siap prepare bahan untuk masak lauk esok (hari ni) terus ku godek kek kurma ni. Kejap je buatnya. Kul 11.30 malam dah siap semua dan aku pun zzzzz....Pagi tadi bangun tengok elok je keknya. Rasa nya okeyla, tak manis sangat, simple je. Cuma kurma nya takla rasa sangat. Kawan ofis kata rasa macam kek pisang pun ada...hehehe...Mana-manala asalkan boleh makan. Terima kasih pada yang share resepi.

KEK KURMA

A) 250 gm butter
160 gm sugar

B) 4 eggs

C) 150 ml fresh milk
230 gm kurma (buang dulu biji kurma baru timbang, nak guna prune pun boleh)

D) 230 gm flour (aku guna self raising flour, jd tak perlu tambah soda n baking powder)
2 tsps baking powder
1 tsp soda bikarbonate
½ tbsp chocolate paste (tak taruk pun tak pe)

Cara :-

1) Masak bhg A di dlm periuk dgn api kecil. Kacau sehingga gula cair dan sejukkan.

2) Kemudian masuk kan bhg B kedlm adunan butter. Kacau sebati.

3) Blend bhg C didlm blender sehingga kurma halus. Kemudian campur kan bhg C
kedlm adunan butter. Kacau lagi.

4) Gaul kan bahan2 bhg D didlm satu bekas. Kemudian campurkan bhg D kedlm
adunan butter sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga kesemua adunan sebati dan
tidak berketul. Masuk ke dlm loyang 8” x 8” dan bakar lebih kurang 45 mnt – 1 jam.

Gulai Udang

Menu untuk lunch hari ni. Balik keje semalam terus prepare bahan-bahan untuk masak esok paginya. Kul 5 dah bangun dan mulalah masak. 5.30 dah siap. Senang keje. Nanti Mr.Jay tinggal panaskan bila nak makan petangnya. Sian Mr.Jay dan Azroy asik makan nasi bungkus. Saya pulak tumpang sekaki bawak bekal ke ofis. Tengah hari takyah la fikir nak makan apa. Selain jimat masa, jimat belanja pulak....heheh...Resepi asal ikut Kak nor. Dah banyak kali buat sampai dah ingat dalam kepala je bahan-bahan. Senang je sebenarnya cuma dulu-dulu tak reti...huhu...Kak nor masukkan cendawan, saya masukkan kacang buncis je...nangka muda pun boleh jugak. Mana-mana yang adala kan...


Ni resepi asal dari Kak Nor
Sayur Lemak Nangka Muda

1 kpg nangka muda ~ sori ya K.Nor lupa nak timbang sebelum masak :)(gantikan kacang buncis)
Udang 10-15 ekor sederhana besar (yang aku tambah)
800ml santan ~ sederhana pekat
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
3 bj cili merah *
1/2 in kunyit hidup *
sedikit belacan *
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit ~ siat2kan (tak masuk pun)
garam dan sedikit gula

Potong nangka muda dan rebus hingga lembut, toskan.
Blend bahan2 bertanda * dan masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk.
Masak hingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya santan tak naik kepala.

Sunday 17 October 2010

Mee Suah

Balik keje semalam terus buat mee suah. Sebenarnya kali kedua dah buat tapi kali ni baru berkesempatan ambil gambar. Dapat resepi dari Bro Rozzan yang sangat rajin...Sedap juga macam mihun sup tapi cina style...rasa yang simple dan masak pun mudah. Sebungkus kecil mee suah dapat semangkuk besar yang pada perkiraan aku untuk 4 hingga 5 orang makan. Bahan pun tak banyak digunakan...murah, simple, cepat dan sedap....

SUP MEE SUAH (copy dari Bro Rozzan)
Bahan-Bahan
150 gm mee suah
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 -3 sudu makan udang kering (rendam & tumbuk)atau 2 kiub pati ikan bilis(hancurkan dgn sedikit air)
2 sudu makan minyak
5-6 mangkuk air (lebih kurang)
3-4 biji telur (utk dicemplok dlm kuah)
garam secukup rasa /jika perlu
sedikit daun sup/bawang (hiris)
sedikit bawang goreng
1 btg lada merah (hiris)Optional
1/2 btg lobak (potong ikut suka)
sedikit brocolli (potong kecil)
4 btg jagung muda (dlm tin atau yg segar)
sedikit fish ball/fish cake
1 potong tahu lembik (soft tofu)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering/kiub pati ikan bilis hingga bawang layu. Masukkan air dan garam (jika perlu) dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sayur-sayuran tadi bersama fish ball dan biarkan sebentar sehingga sayur layu sedikit.
Seterusnya, masukkan mee suah dan tahu lembik. Kacau sedikit saja agar tahu dan mee suah tak hancur. Kemudian pecahkan telur ke dalam sup ini dan masak sebentar.
Akhir sekali taburkan daun sup/bawang, bawang goreng dan lada merah hiris.
Biarkan kandungan 'kuah' sup ini banyak kerana apabila sejuk, mee suah tu nanti akan menyerap kebanyakan air/kuahnya

Sambal Kentang Ikan Bilis

Menu semalam untuk dimakan dengan nasi goreng mentega. Sebab nasi goreng tu memang tak banyak bahan dalamnya. Jadi saya terlebih rajin ni buatla sambal kentang ni. Baru berselera makan nasi goreng bila rasa pedas-pedas sikit. Pagi ni ada lebih bawak ke ofis. Resepi ni ikut kak Dayangjack jugak...Terima kasih sifu.

Nasi Goreng Mentega

Lepas fikir punya fikir apa nak masak untuk malam ni dapat idea buat nasi goreng. Sejak dah pindah rumah belum pernah masak nasi goreng. Memang sesuailah kan dengan keadaan yang sekarang kena balik lewat sempena persidangan. Masak yang ekspress je. Yang penting sedap dan mengenyangkan. Kalau nak sedap kenalah tengok sifu-sifu masakan punya resepi. Kalau ikut resepi sendiri takut suamiku tak tergamak nak makan je...heheh...Hari ni (rasanya hari-hari) ikut resepi kak dayang. Thanks :)))

Bahan:
2 pinggan penuh nasi sejuk
mentega secukupnya
sedikit sayur campur
1 sk serbuk lada sulah
hirisan sosej -tak ada
1 biji telur
sedikit garam

Cara:
1- Cairkan mentega. Masukkan nasi. Kacau rata.
2- Masukkan bahan lain. Gaulkan.
3- Akhir sekali masukkan sosej.
4- Siap.

Kek Coklat Moist


Sebelum ke Medan ada jiran order kek coklat. Alhamdulillah elok je menjadi . Kalau tak, selalunya ada je tak kena time orang order. Terlebih bakarla, tak cukup itu, ini...Terima kasih pada jiran yang order. Harap berpuas hati dan boleh order lagi...:))

Friday 15 October 2010

Baked Makaroni n Cheese


Dah kena tegur semalam badan makin berisi. Mana taknya hari-hari makan nasi. Dulu nasihatkan orang jangan selalu makan nasi. Tapi lepas bersalin ni selera makan nasi tu membuak-buak. Bila dah ada yang menegur kenala ambik ingatan kan. Thanks pada yang menegur tu...huhuh...Fikir punya fikir menu apa dapat ilham nak try ni. Semua dok kata sedap. Tengok bahan pun tak banyak sangat dan buat pun leh tahan mudahnya. Balik keje terus godek-godek kat dapur. Tapi siapkan kek coklat yang ditempah kawan ofis dulu. Rupanya kejap je membuat bake makaroni. Hasilnya walla....Memang sedap bagai dikata...Mr.Jay pun puji...:)))

Baked Makaroni n Cheese
Bahan:-
(A) Macaroni
• 1/2 paket macaroni - akak guna brand San Remo
• air secukupnya untuk merebus macaroni
• sedikit minyak zaitun
• sedikit garam
(B) Sos Merah:-
• 1 botol sederhana sos spaghetti Prego ( i used Prego traditional sauce)
• 1/2 paket (200 gm) daging cincang Ramly
• hirisan hot dog
• 2 keping daun bay (akak guna dried bay leaves)
• sedikit garam (akak tambah ni)
(C) Sos Putih:-
• 2 sudu besar mentega/minyak zaitun
• 2 sudu besar tepung gandum
• 600 ml susu segar
• 2 - 3 keping sliced cheddar cheese
• 1 sudu teh serbuk lada hitam
(D) Topping - Mozarella
Cara-Cara:-

(A) Makaroni -
1. Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
2. Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
3. Angkat dan toskan.
(B) Sos Merah:-
• Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan daging masak dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
• Panaskan mentega/minyak dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
• Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
Cara Melapis:-
1. Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).
2. Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.
3. Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.
4. Taburkan mozarella cheese.
5. Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
6. Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)

Wednesday 13 October 2010

Siakap Sup Berlengkuas

Menu hari Sabtu selepas balik photo shoot raya di FRIM. Tak tau nak masak apa tapi tetap kena masak. Kalau nak beli je pun tak tau nak beli makanan apa. Lepas tu tak habis dah membazir pulak. Fikir punya fikir, belek resepi nampak resepi ikan ni dari kak dayangjack. Tengok bahan dan cara buat pun senang. Orang tak pandai masak memang cari yang senag-senang je...heheh...Hasilnya mmm...memang sedap. Simple tapi sedap. Serius. Siapa yang tak cuba lagi boleh cuba resepi sifu kita ni. Mesti rasa nak makan selalu...

Siakap Sup Berlengkuas

Bahan-bahan :
• 1 ekor siakap XL (dibersihkan)
• 3 cawan air
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 5-6 biji cili api (diketuk)
• 2 biji tomato (dibelah 4)
• 2 batang serai (diketuk)
• 1 inci lengkuas (dihiris/diketuk))
• 1/2 inci halia (dihiris/diketuk)
• sedikit garam
• 2 sudu makan sos tiram
• 2 biji limau nipis (diambil jusnya)
• 1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
• sedikit hirisan daun sup
Cara-cara :
1. Didihkan air di dlm kuali besar. Masukkan serai, bawang, lengkuas dan halia. Biarkan ia mendidih seketika.
2. Masukkan sos tiram. Kacau perlahan. Kemudian barulah dimasukkan ikan, cili api, sedikit daun sup dan garam secukup rasa.
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan jus limau dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata2. Akhir sekali masukkan tomato.
4. Setelah masak, taburkan lebihan daun sup. Hidangkan panas2.

Tuesday 12 October 2010

Kek Coklat Moist

Malam tadi lepas masak nasi lemak dan sambal udang teringin pulak nak makan kek coklat. rasanya dah lama sangat tak buat kek coklat. 2 minggu lepas buat tapi ke tanah aje sebabnya tak sedap langsung. Sama ada aku yang buat tak jadi atau resepi yang tak betul. Hehe...Leh pulak menyalahkan resepi. Sebenarnya memang salah diri sendiri sebab tak sabar. Hasilnya mengecewakan. Malam tadi cuba lagi buat guna resepi lain pulak. Alhamdulillah, menjadi dan sedap. Toppingnya pun jadi cantik aje. Bawa ke ofis sebagai bekalan dan sempat juga bagi kengkawan merasa. Terima kasih pada tuan punya resepi kak izan dari MyR. Pada yang nak cuba silakan.


Bahan:
2 cawan tepung gandum }
2 sudu kecil baking powder} ayak 3 kali
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250 buttercup
2 sudu esen vanila
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara:
1- Masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas. Jerang atas dapur dengan api kecil. Kacau rata. Sejukkan. Tuangkan susu cair. Kacau rata.
2- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masuk telur sebiji-sebiji, esen vanila. Gaul rata. Masukkan tepung berselang-seli dengan pes coklat tadi. gaul rata.
3- Masukkan dalam loyang dan bakar dengan suhu 180c selama satu jam.

Friday 8 October 2010

Nasi Ayam Madu

Semalam terlebih rajin masak nasi ayam. Guna resipi dari MyR yang dipost oleh Nadia yang sangat sedap dan mudah penyediaan. Sejam lebih dah siap dan boleh ngap. Alhamdulillah. Terima kasih pada tuan resipi yang sudi berkongsi.

Nasi ayam madu
Bahan-bahan ( 2 orang )
• 2 cawan beras
• 1/4 bawang besar
• 2 sudu mentega
• sehelai daun pandan
• 2 kiub ayam
• madu
• kicap pekat
• 1/2 ekor ayam
• 1 sup bunjut adabi
• sos tiram
• 1/2 sudu serbuk lada putih
• 1/2 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• [hiasan]
• daun bawang
• daun sup
• bawang goreng
• daun salad/timun

Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Untuk Sambal Cili :
• 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
• 1 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• 1 sb sos cili
• 1 sb sos tomato
• sedikit garam dan gula
• sedikit jus limau kasturi
• air masak secukupnya
Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat.

Friday 23 July 2010

Puding Laici

Hari ni ada tetamu kat rumah. Memandangkan puding ni senang dibuat dan sangat sedap pulak tu saya buat lagi. Yang hari tu sebiji saya habiskan...huhu...

Tuesday 20 July 2010

Puding Laici

Hari ni try buat puding laici. Resepinya dapat di MyResipi post oleh wifemuda. Cara buat senang dan bahan pun sikit je. Rasanya memang sedap my mom pun puji dan makan bertambah. Pada yang nak try boleh tengok di MyR atau ikut aje resepinya. Thanks pada wifemuda yang sudi syer resipi sedap ini.

Puding Laici

Bahan:
1-Air 600ml (kurangkan dan gunakan sirap laici)
2-10g serbuk agar-agar
3-Gula 1 1/2 cawan
4-1 tin laici
5-1 tin susu cair
6-1 sudu besar biji selasih (rendam dengan air suam)
7-Ceri merah (masukkan dalam buah laici dan susun dalam loyang) - tak buat

Cara:
Didihkan air, serbuk agar-agar dan gula. Kacau hingga larut.
Masukkan susu. Tutup api dan masukkan biji selasih.
Tuangkan ke dalam loyang laici tadi. Sejukkan dan siap.

Monday 19 July 2010

Ayam Goreng Madu Perencah Maggi

Sesekali guna perencah yang dah siap. Hasilnya sedap juga. Cuma rasa rempah yang kuat yang aku tak berapa gemar. Penyediaan sangat mudah. Cuma goreng ayam, tumis bawang dan masukkan perencah maggi ayam madu. Siap. Lainkali boleh cuba perencah maggi jenis masakan lain pula.

Wednesday 7 July 2010

Waffle

Sejak dah beli waffle maker ni asyik ber"waffle" aje kat rumah ni. Azroy pun dah pandai mintak waffle. Asalnya Mak ngah nyer asyik membeli waffle. Belek resepi waffle ni takde la susah mana. Tengok ada pulak yang jual waffle maker ni secara online, tak yah susah-susah nak pi cari merata. Resepi nya pulak ikut resepi waffle mak pnut. Thanks to pnut yang sudi kongsi resepi waffle yang sedap dan sangat mudah ni. Waffle nyer versi lembut..nyum-nyum...

Resepi Waffle (mak pnut)

3 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
1 1/2 cawan fresh milk
1 cawan gula
1 cawan butter (pnut letak 4 sudu besar-so saya ikut) cairkan dan sejukkan dulu
2 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila atau esen waffle

Cara:
Campur semua dan blend. Dah sebati bakar dalam waffle maker lebih kurang 3- minit aje.
Sapukan jem pilihan dan ngap...hehe

Tuesday 6 July 2010

Puding Susu Cocktail

Dua tiga hari ni asyik rasa nak makan puding tapi baru hari ni dapat. Belek punya belek resepi puding yang mudah tertarik pula nak cuba resepi Kak Nor. Tengah hari tadi dah godek-godek di dapur dan sekarang dah boleh makan. Hmm...puas hati dapat makan setelah berhari-hari mengidam..Thanks to Kak Nor kongsi resepi yang sedap ni. Pada yang nak cuba boleh jenguk blog kak nor untuk resepi ya...
Puding saya ni jadi warna gitu sebab guna serbuk agar-agar warna merah...

Friday 19 March 2010

Burger Malaysia


Tengah tunggu mengembang
Balik keje semalam terus buat sambal ikan bilis. Cadangnya nak buat burger Malaysia. Teringat pulak zaman sekolah dulu selalu beli kat kantin. Dah siap semua, saya makan nasi dulu. Lapar la. Kat ofis tak sempat nak makan. Lagipun malas nak keluar time ada persidangan Dewan ni. Nanti parking jauh. So, tengah hari makan biskut cicah ngan milo aje.
Lepas makan teruslah menguli. Saya main campur semua sekali dalam besen. Terlembik sudah. Memandai-mandailah kan tambah tepung. Sib baik menjadi jugak. Elok kembangnya. Dah goreng pun tak berminyak. Sedap pulak tu. Pagi ni ada balance 2 biji bawa ke ofis. Thanks to Yani MyR untuk resipi yang sedap dan mudah ni.

Burger Malaysia
200 gram tepung gandum
140 ml air
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula halus
2 sudu kecil yis

Cara:
Uli semua bahan hingga tak melekat di tangan. Kalau melekat jugak tambah tepung lagi sikit-sikit.
Bulatkan doh dan biar naik 2 kali ganda. Lebih kurang sejam.
Lepas tu bulat kecil-kecil. Biar naik 2 kali ganda lagi.
Goreng api sederhana hingga kekuningan.
Sejukkan dan potong bahagian tengah. Jangan sampai putus.
Letakkan sambal ikan bilis dan timun.

Tuesday 23 February 2010

Pau Gebu



Susun dalan kukusan dan sedia untuk dikukus
Ahad lepas teringin sangat makan pau. Lepas keluar hantar Nabila dan Ayep cuba cari pau kat gerai tepi-tepi jalan tuh. Takde pulak pakcik tu meniaga. Balik rumah belek-belek resepi pau yang senang dibuat. Adalah satu resepi senang tapi shortening pulak tak ada. Tapi saya bantai je guna minyak masak sebab ada gak resepi yang guna minyak selain dari shortening. First time lah saya memandai ubah resepi. Biasanya memang ikut sebijik bagai ditulis.
 
Dah siap semua terus kukus dan tengok walla....naik menggebu. Rasa okey, sedap cuma bau yis kuat sangat. Sama ada yis tu yang berbau atau saya letak banyak sangat. Entahlah. Tak kisah, janji boleh ngap. Azroy makan sampai 3 biji. Aku makan 2 biji aje. Yang lebih simpan untuk Jay tapi dia tak makan pun. Tetiba je demam panas pulak. Thanks pada tuan punya resepi. Ikut resepi Cik Mat Gebu...

Tuesday 9 February 2010

Perfect Pancake

Walaupun rupa tak cantik tapi sangat sedap
First time buat pancake. Hehe...Tak sangka walaupun mudah buatnya tapi teramatla sedap rasanya. Aku tambahkan sket cheddar cheese. Hmm..bertambah sedap dan harum bau cheese...Azroy menambah-nambah sampai 3 keping. Papa Azroy tak payah cakapla...Memang gemar sangatla masakan ala western ni...Dia kan kononnya dari England..Haha...Resepi ni dari mrsdayat di MyR. Thanks kak untuk resepi yang sangat sedap ini...Dah banyak kali buat tapi tak pernah jemu...
 
Bahan:
170g tepung gandum
3 sudu besar gula halus
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
300 ml susu segar
3 sudu besar butter (dicairkan)
Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sekejap sampai tepung tak berketul.
Panaskan non stick pan. Letak satu senduk untuk 1 pancake.
Biar sampai bubble pada permukaan pancake tu almost takde dan keliling pancake almost kering.
Terbalikkan pancake, biar lebih kurang 1 minit.
Sedap di makan panas-panas dengan coklat sos atau honey.
 

Sunday 7 February 2010

Donut Sifu Suria

Lepas makan nasi tengah hari teringin pulak makan kuih. Nabila dan Ayep pun ada kat rumah. Sesuai sangatlah buat kuih-kuih ni sebab ada orang nak tolong perabiskan. Fikir punya fikir, belek punya belek buku resepi nampak gaya buat donut ajelah. Lagipun bahan senang, tak payah ke kedai. Cuma kali ni nak salut ngan coklat sebab selalunya salut ngan gula. Teringat pulak topping coklat dari Sue Rans yang sangat sedap itu dan donut dari resepi Sifu Suria. Uli ikut resepi tu dapatlah lebih kurang 25 biji saiz sederhana. Topping coklat pulak buat separuh adunan sahaja. Ngam-ngam pulak dengan donut. Senang, tak payah nak simpan-simpan lagi. Hasilnya sangat memberangsangkan. Habis licin kesemuanya. Alhamdulillah. Boleh buat lagi lain kali.

Monday 1 February 2010

Kuih Ketayap atau Kuih Gulung

Balik keje rasa nak makan kuih. Malas pulak nak menyinggah beli sebab yang ada kat area rumah tu semuanya jenis goreng-goreng saja. Pisang goreng, keledek goreng, karipap, dan semualah yang bergoreng. Saya tak berapa gemar kuih yang goreng-goreng ni. Jadi terpaksalah buat sendiri kalau nak makan kuih manis-manis tuh. Dalam peti masih ada inti kelapa buat kuih koci minggu lepas. So, paling senang saya buat aje kuih gulung ni. Sekejap dan mudah. Bahan pun semua ada kat rumah aje. 10 minit dah siap dan boleh ngap. Hehe...Buat dalam 6 ketul aje. Saya sorang perhabiskan sebab takde orang lain pun kat rumah. Semua keje...