Wednesday 29 October 2014

Print Gambar Online

Semua nak kerja senang je. Dunia IT ni print gambar pun hanya klik-klik dah siap. Memang memudahkan. Yang tak berkesempatan nak singgah kedai tu bolehlah print secara online je. Lagipun boleh menelaah sebanyak mana masa yang kita nak untuk pilih gambar. Lama dah nak print gambar-gambar ni sume sebab selalu sangat hilang. Tiap kali tukar komputer mesti ada gambar yang hilang. Sayang betul. Paling sayang gambar kami sekeluarga pergi USS. Memang hilang semua masa format komputer. Nampaknya kena pergi lagi sekali la USS...eh :)

Nak cara senang print gambar secara online boleh jenguk website EOE. Memang mudah. Cuma online, lepas tu pilih-pilih gambar mana kita, lepas tu ikut je arahan seterusnya dan bayar. 3-4 hari gitu dah sampai depan pintu.

Paling best poslaju free ye untuk pembelian RM35 dan ke atas. Alahai gambar beribu-ribu tu mesti lebih daripada RM35 punya lah. Macam saya sebab gambar banyak sangat jadi saya target tiap bulan saya cuci dalam bajet RM35 - RM50. Dapat 100 lebih keping gambarla tiap bulan. Okeylah tu. Kecuali yang ada bajet lebih bolehlah print terus semua. Takde hal punya. Bulan ni kali kedua dah saya print gambar. Bulan pertama RM38. Bulan Oktober ni RM48.00. Lama-lama siapla print semua. Kualiti gambar pun sangat  baik ye tambah-tambah lagi yang guna kamera. Yang guna henfon pun cantik jugak kalau memang gambar tu cantik. Saya guna Samsung S3 kualiti memang cantik bila dah print.

Thursday 23 October 2014

Mangga Asam Boi

Dah cuci, tos pastu gaul sume

Fuhhh terliur tengok orang dok post sana sini dalam Facebook. Tak boleh jadi. Kita mesti nak try jugak. Benda senang pulak tu. Kita kan memang suka buat yang senang-senang je. Heheh. Maka terhasillah sewaktu cuti umum Diwali. Bawak datang ofis dah selesai. Alhamdulillah.

Ini kejadian lepas dah gaul, masukkan dalam bekas

Ni kejadian lepas dah semalaman dalam peti. yummyy!!!

Mangga Asam Boi

4 biji mangga epal
7 sudu besar gula
10 biji asam boi 
2 biji cili - potong 

Mangga dikupar kulit, dicuci dan toskan.
Campurkan gula, asam boi dan cili. Gaul rata. 
Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Siap

Tuesday 14 October 2014

JJCM: Genting Strawberry Leisure Farms


Kalau rasa malas nak pergi Cameron Highlands petik strawberry bolehlah datang sini aje. Dekat je dari KL. Tempat ni berdekatan dengan roundabout nak ke tempat kereta kabel tu. Parking pun free saja. Memang berbaloi. Nak masuk tempat ni pun free. Cuma nak petik strawberry kena bayarlah. Macam biasalah bayar ikut berapa banyak yang kita petik. Dia akan caj RM8.00 untuk setiap 100 gram. Setakat nak bagi anak-anak merasa pengalaman memetik buah strawberry bolehlah kan. Saya bagi Iris petik lima biji dan Azroy lima biji. Cukuplah bagi seronok-seronok. Dah petik buah, dah bergambar bolehlah pergi bayar. 10 biji tu saya dicaj RM8.60. Heheh. Ini perbelanjaan berhemah namanya. Kalau nak beli strawberry baik beli yang memang dorang tu jual tu sebab besar-besar. Yang kita petik ni kecik je dan banyak bentuk tak macam strawberry pun.






Lepas dah jadi petani berjaya bolehlah gi melawat ladang lavender. Memang cantik. Lepas tu boleh teruskan perjalanan ke cafe dia. Ada banyak jual makanan. Teh Strawberry macam kat Cameron pun ada. Saya order waffle coklat, strawberry blended dan teh strawberry. Harga agak mahal sikit tapi okeylah sesekali berjalan. Kalau semua nak berkira tak seronok jugak kan. Anak-anak pula pantang nampak aiskrim mesti nak.

Sebelah cafe ni jugak ada parrot dan ular sawa untuk kita bergambar. Setiap gambar dorang caj RM20 untuk single, RM40 untuk family photo. Saya tak bergambar je. Lalu dan tengok je. :)

Tempat ni lepas kita masuk je kena melalui kedai-kedai. Start daripada tempat petik buah tadi sampailah tempat keluar. Semua kedai jual barang-barang souvenir, mainan, baju, makanan. Sayur-sayuran pun ada. Tempat penanaman cendawan pun ada. Kira okeylah jugak kan sebab masuk adalah percuma tapi kita boleh tengok macam-macam dalam ni. Nak membeli pun boleh :) Sediakan duit dan pilih saja

Dah jalan lepas cendawan ni akan lalu kedai-kedai lagi. Saya cuma beli fridge magnet buat kenangan. Lepas tu jalan keluar jumpa balik tempat kita masuk tadi. Kami teruskan JJCM ke Genting naik kabel car. Orang tak ramai sangat pun. Time balik kami ikut Batang Kali sebab nak singgah sungai. Jumpala Sungai Kedondong. Cantik sangat dengan batu besar-besar dan air tejrun menderu laju tapi jauh menurun nak ke sungai tu. Letih sikitlah dan suasana macam sunyi sikit. 

Wednesday 1 October 2014

Paprik Seafood


Siaran ulangan. Lama dah tak buat paprik. Asyik ulang menu sama je. Sesekali kita try menu lain. Saya guna resepi DayangJack yang dah lama menyepi dari blog. Tak tahulah ke mana menghilangnya kak Dayang kita. Banyak resepi sedap-sedap dari Kak Dayang yang saya dah cuba. Salah satunya paprik ni. Memang sedap. Nak buat pun senang. Saya kan memang akan try resepi yang senang je. Hehehe. Kali ni carrot tu saya buat bentuk mickey. Laju la anak-anak makan.

Resepi Paprik Campur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus (saya guna udang)
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sedikit kicap manis/masin
sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
garam dan gula secukup rasa
4-5 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara :
Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.
Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati. 
Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.
Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.
Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.