Wednesday 16 December 2015

Churros Again and Again


Start dari hari Sabtu membawa ke Isnin malam. Tak jemu-jemu anak-anak makan Churros. Lapar + memang suka sangat makanan macam tu. Nasib baik buat nya sangat mudah, cepat dan bahan sikit aje. Kalau susah + payah mama memang malas nak layan....heheheh

Saya ikut resepi dapat di FB #DariDapurSeorangAmatur. Memang best FB ni. Ownernya rajin share macam-macam resepi sekali dengan cara buat. Saya buat churros ni lembik. Tak jadi macam owner ni buat. Patutnya tak melekat kat tangan bila kita dah uli. Tapi saya baca komen-komen lain kata masih boleh digoreng. So, saya masukkan dalam piping bag dan paip terus ke dalam kuali. Memang menjadi. Sedap. Tabur gula or coklat memana ikut citarasa sendiri. Bolehlah buat makan-makan anak beranak.

Churros

1 cawan tepung
1 sudu makan gula
1 sudu  makan butter
Secubit garam
1 biji telur - pukul sikit

Masak guna kuali yang tak melekat. Bagi gula dan butter cair. Tutup api, masukkan tepung. Gaul sebati. Masukkan telur. Pindahkan dalam bekas lain senang nak uli. Dah suam-suam tu uli sebati hingga tak melekat. Masukkan dalam piping bag. Guna nozzle bintang. Kalau tak ada nozzle, guna acuan semperit pun boleh. Goreng. Tabur gula or dip dengan coklat. Siap

Wednesday 2 December 2015

Homemade Mcflurry Oreo




Alhamdulillah akhirnya tertunai gak perjanjian dengan anak-anak nak buat aiskrim ni. Naik bingit telinga mama bila abang asik tanya bila nak buat. Asal teringat je tanya, asal terfikir je tanya. Bukan takmo buat tapi selalu lupa nak beli bekas plastik kecik-kecik ni. Nak buat dalam bekas besar boleh je tapi kan lagi cantik dan senang nak makan kononnya. Maka tertunailah janji mama kepada anak-anaknya....Sedap tau sama macam kat McD tu. Sekali adunan ni dapat 15 bekas plastik macam dalam gambar ni. Ambil masa tak sampai 24 jam untuk dihabiskan oleh budak 2 orang kat rumah hahahah...


Mcflurry Oreo

1 liter susu segar full cream
1 tin susu pekat
1 pek oreo - blend jangan halus sangat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette

Mixer kan semua bahan kecuali oreo sampai kembang. Dah kembang, masukkan oreo yang dah di blend tadi separuh. Mixer sekejap je hanya nak bagi sebati. Masukkan dalam bekas. Taburkan lebihan oreo tadi. Masukkan dalam freezer. Esok dah boleh menikmatinya.

Tuesday 1 December 2015

Kek Batik Nestum


Memang sedap. Mudah pulak tu nak buat. Sebelum ni pernah try resepi lain tapi yang ni lagi sedap dan senang. Lagipun kejadiannya tak comot. Elok je bersih. Nak makan pun senang. Thanks namee roslan yang share resepi. Saya cuma tambah nestum sebab  kebetulan memang ada stok. Baik kita habiskan sebelum ia berkulat heheheh.

Kek Batik Nestum

Bahan:

1-1/2 cawan air suam
2-1 cawan milo
3-1/2 cawan susu pekat
4-1 biji telur
5-3 sudu besar serbuk koko/nescafe
6-250g butter - potong kecik
7-1 cawan nestum
8-1 pek biskut marie - patahkan 4

Cara:

Masak semua bahan 1, 2, 3, 4, 5 sampai sebati dalam kuali guna api perlahan. Kacau sentiasa bagi hilangkan ketulan. Sambil tu masukkan butter sikit-sikit. Jangan berhenti kacau. Masukkan nestum. Dah sebati semua tutup api. Lepas tu masukkan biskut marie. Kacau, sebatikan. 

Tuang dalam bekas/loyang yang dilapik dengan plastik atau baking paper. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3-4 jam. Siap. Boleh makan.


Tuesday 17 November 2015

Coklat Nestum Rasa Macam Kitkat



Serius tak tipu memang rasa macam kitkat. Dapat resepi kat group FB Masak Apa Hari Ini. Sebab senang sangat terusla buat. Sanggup gi kedai memalam semata-mata nak beli nestum. Nampak tak kerajinan yang membuak-buak tu. Kalau datang malas, bahan dah cukup lengkap pun buat tak tahu je kan.

Nak buat coklat ni cuma guna 2 bahan aje. Memang senang. Jadi jajan anak-anak la. Makan sejuk-sejuk sedapnyaaaa



Coklat Nestum

250g Compound Chocolate 
150g Nestum original


Cairkan coklat secara double boiled atau microwave
Campurkan ke dalam nestum. Kacau rata. Tekan-tekankan dalam loyang. 
Potong. Masukkan dalam peti bagi keras dalam 30 minit. Dah siap boleh makan.


***Saya masukkan dalam pinggan ikea je tapi kena buat 2 pinggan la. Kang tebal sangat keras pulak nak makan.

Puding Roti Kukus

Sejak dok layan FB Masak Apa Hari Ini tu mood nak memasak kembali tapi macam biasala saya memang lebih suka masak kuih daripada masak lauk-pauk. Banyak resepi dah disimpan. Hanya tunggu masa dan ketika nak dilaksanakan je. 

Sabtu lepas buat Puding Roti Kukus. Bahan-bahan semua dah ada kat rumah. Tu yang rajin nak buat. Sejam dah siap. Sedap. Tak payah makan dengan sos sebab memang dah moist. 



Puding Roti Kukus

6 keping roti - potong kiub
2 cawan susu segar/cair
1 sudu besar butter
2 biji telur - pukul dengan garfu
1/4 sudu kecil garam
1 cawan gula kastor
Sedikit kismis
1 sudu kecil esen vanila

Cara

Panaskan susu jangan sampai mendidih. Campurkan dengan roti. Masukkan gula, garam dan butter, Biarkan sejuk. Lepas tu masukkan telur. Kacau rata. Taburkan kismis.

Kukuskan selama lebih kurang 45 minit. Siap.


Wednesday 15 July 2015

Biskut Red Velvet

Berjaya buat biskut ni. Walaupun rupa tak cun tapi rasa memang terbaik. Bahan pun ringkas je. Terima kasih pada tuan punya FB Dari Dapur Seorang Amatur. Memang best resepi dan tips dia bagi. Terbaik. Kat rumah takde acuan lain. So, saya bulat-bulatkan, letak atas loyang pastu penyekkan dengan garpu. Siap.


RED VELVET COOKIES
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
125g butter (setengah buku buttr)
50g gula perang (brown sugar)
25g gula castor
1 bj telur kuning B
120g tepung gandum*
1 sudu besar tepung susu*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar serbuk koko*
1 sudu besar pewarna merah
Hiasan:
100g badam cincang
100g choc chips
Bahan2 bertanda * diayak bersama trlebih dahulu.
Cara:
1. Pukul butter, gula perang dn gula castor hingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang yee...
2. Masukkn kuning telur dn pukul sebati.
3. Masukkn bahan2 ayak bertanda * sedikit demi sedikit sambil GAUL sebati. Gaul pkai spatula atau senduk... tak payah guna mixer. Doh yg amat lembut akan terhasil.
4. Masukkn doh ke dlm piping bag... paip ats dulang yg dh di gris... Hiaslah dgn badam cincang dn choc chips ikut suka hati sis2.
5. Bakar suhu 170°c, api ats dn bwh selama 15 - 20 mnt... atau ikut keadaan oven masing2.

Monday 6 July 2015

Bubur Som Som



Resepi terpendam entah berapa tahun. Hari tu cuti lama berderet-deret pulak public holiday. Dok umah je asik lapar. Macam-macam la timbul rasa nak makan. Teringat pulak bubur somsom. Terusla cuba buat. Hmmm sedap. Walaupun simple je bahan dan cara buat tapi menepati citarasa saya. Kalau ada tetamu nak datang pun boleh hidang ni sebab buatnya cepat dan mudah janji bahannya cukup. Thanks pada yang share resepi. 

BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau – opt

Cara:
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka

SIRAP GULA MELAKA
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul
Masak sirap gula hingga larut dan tapis. Ketepikan.


Mee Kari Kak Yati

Dulu pernah sekali lama sangat dah cuba buat mee kari. Tak ingat ikut resepi siapa. Kejadiannya sedap jugak tapi tak seperti selera saya. Kali ni beranikan diri cuba lagi tapi guna resepi lain. Tengok resepi ni macam senang je lagipun Kak Ita jamin sedap. Hehehe. Balik rumah terus cuba. Alhamdulillah inilah mee kari yang menepati selera saya macam kat kedai. Tak pekat sangat, tak cair sangat, just nice. Cuma terpedas sikit. Next time tak perlu masukkan cili mesin cukup dengan serbuk kari tu yang memang dah rasa pedas. Thanks Kak Ita sudi share resepi.


MEE KARI KAK YATI
By: Kak Yati (kakak ipar ita)
Sumber azlitamasammanis.com

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cwn udang kering - direndam n dikisar
1 cawan rempah kari daging - ita guna BABAS
1 biji santan
2 inc halia - dititik
2 inc lengkuas - dititik
2 btg serai - dititik
3 kpg asam keping
garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging - tak letak
10 ekor udang - yg besar
fish ball
kerang
tauhu sponge yg dah goreng - tak letak. saya gantikan dengan fishcake

Bahan2 yg dimakan bersama

Mee kuning
Timun dihiris halus - tak letak
Tauge - tak letak
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi - tak ada
Cili Jeruk - jika suka - tak ada

Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Masukkan rempah kari daging yg tlh dibancuh dgn air, halia,lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia didih. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk (jika tak pakai daging batang pinang rebus daging terlebih dahulu n masukkan dgn air rebusan sekali). Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Siappp!!

Mee Kari ni di makan bersama mee kuning, timun, tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun sup n daun bawang. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yg enak... kalau nak lagi pedas bolehlah dimakan bersama cili jeruk.

Puding Sumi



Ini kejadian puasa pertama. Abang sibuk ajak masak-masak. Lama dah simpan resepi ni. Asik tertangguh je. Jomlah kita buat. Tapi kejadian tak berapa nak menjadi rupa parasnya sebab sumi dah bertempiaran lari bila puding dituang. Rasanya sedap. Next time kena masukkan sumi lama sikit dalam peti ais sebelum tuangkan puding. Thanks pada yang share resepi. 


Bahan-Bahan:-
10 gm  serbuk agar-agar  (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya
sedikit esen vanila
pewarna jika suka


Cara- Caranya

1. Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.

2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.

3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.

4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.

5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.

6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.

**Bila nak lapis adunan puding, biarkan beku sedikit, kelar2kan sikit permukaan barulah tuangkan adunan yg seterusnya supaya puding melekat cantik. 

Monday 16 February 2015

Tips Cuci Oven

-TIPS CUCI OVEN-
Saya share dari Facebook

Bahan diperlukan:
● Air
● Botol Spray
● Baking Soda
● Kain Buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik
Caranya:
1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven
2. Camporkan 2 sudu teh baking soda dng air dalam mangkuk tadi. Tujuan utk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.
3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven hangpa, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.
4. Biarkan 12jam untuk bg dia jadi magik heheh ini serius tau.
5. Cukup 12jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.
6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yg masih ada saki baki baking soda tu.
7. Kemudian lap dengan kain buruk.
8. Letak kain buruk tadi dalam oven.
9. On oven dng temperature rendah lbh kurang 10-15 min dan biar ia kering.
10. Settle...
Permukaan kaca (pintu) oven:
1. Ulang langkah 1 tadi.
2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.
3. Biar 30 minit.
4. Guna kain buruk untuk lap.
'
Dah settle... hasil dapat mcm dalam gambaq... Kalau nak lagi clean, beli laa baru memang clean sangat... selamat mencuba


Thursday 5 February 2015

Back to Nature: Berkhemah di Sungai Congkak

Lepas berkhemah di Janda Baik hari tu mood nak berkhemah tak pernah padam. Memang seronok sekali sekala keluar daripada kebiasaan. Kali ni cuba berkhemah di Sungai Congkak pulak. Saya pilih di Congkak Eco Resort. Dorang caj RM10 untuk satu tapak khemah dan RM5 untuk parking kereta. Chalet pun banyak bagi yang tak minat nak berkhemah. Sungai dia memang sesuai untuk anak-anak sebab tak dalam sangat, air pun slow je. Saya pergi waktu cuti Thaipusam. Orang tak berapa ramai mungkin semua balik kampung cuti panjang bersambung dengan Hari Wilayah.



Kawasan ni best jugak, banyak tempat nak pilih sama macam Janda Baik. So, baik uols pusing habis dulu baru buat keputusan nak port kat mana. Kang menyesal pulak tengok port lain lagi best. Hehehe...Saya pilih sini je sebab sesuai nak berkhemah. Bila nak berkhemah ni yang penting dekat dengan kemudahan toilet, dekat jugak dengan sungai supaya anak-anak sentiasa boleh diawasi. Nampak depan mata kata orang.

Waktu keluar dari rumah tak sempat nak breakfast. Sampai sini cepat-cepat pasang khemah, terus masak. Memang cergas kali ni laki bini. Maklumlah dah kebulur. Sikit lagi nak pitam. Anak-anak pulak turun kereta je kata nak makan. Tapi bila nampak sungai semua dah lupa. Mandi dulu. Bagusla. Boleh mama masak dengan tenang. Kali ni masak simple je. Sardin, telur dadar dan nasi. Air koko panas. Bertambah dua kali makan. Hehehe...Petang pulak macam biasalah makan menu wajib waktu berkhemah iaitu megi. Sardin pun kira menu wajib tu tapi masa kat Janda Baik tak masak sardin sebab dah bawak bekal kari ayam dari rumah.








Cuma kali ni banyak pulak barang tertinggal. Banyak nak kena menyinggah beli barang. Lepas ni nak kena update list barang-barang wajib ada waktu berkhemah. Cadangnya nak khaskan barang-barang tu untuk berkhemah je. Senang waktu nak pergi tinggal angkat saja.

Laluan nak ke sini ada jugak tempat nak view suasana bandaraya Kuala Lumpur. Waktu saya pergi takde orang, nampak sunyi tapi waktu balik dalam jam 6 lebih gitu penuh orang siap ada gerai makan macam pasar malam. Bagi yang berkesempatan bolehlah singgah.

Agaknya lepas ni ke mana pulak destinasi pilihan berkhemah saya ye...hmmm tempat dah ada tinggal nak pegi ajeee...

Sebelum mengakhiri cerita berkhemah part 2 ni saya cuma nak komen tempat ni best sebenarnya tapi kurang penjagaan dari segi kebersihan. Banyak sampah macam plastik dan botol dalam sungai, pengunjung pulak lepas makan-makan just buang gitu aje sisa makanan dan sampah sedangkan tong sampah besar ada disediakan. Sedih sikitlah tengok. Persekitaran masih tak boleh lawan Janda Baik. Kebersihan tiptop.


Wednesday 4 February 2015

Donut

Lamanya tak bersiaran. Sekarang banyak buah malas je...Sesekali tengok orang update resepi kat FB baru datang buah rajin. Tu pun kena segera dilaksanakan, kalau tak memang berkubur gitu aje..hehehe

Disebabkan cuti lama dari hari Sabtu, Ahad, Isnin sempena Hari Wilayah dan Selasa sempena Thaipusam perut ni memang lapar aje. Daripada dok termenung baik buat sesuatu yang boleh di ngap. Bahan dah ada, terus jelah buat. Lama dah tak mendonut sebenarnya. Ingat-ingat lupa dah semua. Tapi resepi kan ada. Kita ikut je step by step. Tak tau buat cara tak tau, jangan nak memandai-mandai hahahaah...

Alhamdulillah akhirnya menjadi. Separuh salut gula, separuh lagi salut coklat. Dapat dalam 20 biji, habis semua. Bagus, kalau macam ni buah rajin akan selalu menjelma hehehe...

Next time nak cuba dengan sosej pulak. Tengok macam sodap jeee...

DONUT SIFU SURIA
Sumber: Sifu Suria

Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu - aku guna susu anak aku jer..hehehe
3 sudu besar shortening/marjerin
3 sudu besar gula pasir halus

Bahan B:
200 ml air suam*
2 sudu teh instant yeast*
20 ml air - sebagai tambahan jika perlu (tak guna pun)

Cara-caranya :
Bancuh Bahan B, masukkan ke dalam Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli sehingga doh licin dan lembut. Bentukkan menjadi donut dan tunggu sehingga doh naik lebih kurang 30 minit. Goreng dan salut dengan gula.


Cara Seindah Salju 

1. Bancuh Bahan B dan masukkan ke dalam Bahan A.
2. Masukkan air tambahan jika perlu.
3. Ulu doh hingga licin dan lembut - aku uli lama sikit la...
4. Perap doh selama 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.
5. Kemudian, tumbuk2 doh tue bagi angin keluar. Uli sekejap.
6. Bentukkan menjadi donut menggunakan acuan atau buat jer pakai tangan.
7. Tunggu hingga doh naik lebih kurang 30 minit.
8. Goreng dan salut dengan gula - guna api sederhana

Untuk donut sosej :
1. Uli doh menjadi tali yang pantang - ikut kepanjangan sosej ye
2. Lilitkan keliling sosej dan biar doh naik. - sosej x perlu rebus, just basuh sajer.
3. Goreng sekejap sajer.