Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts
Thursday, 21 June 2018
Nasi Moi
Menu yang ni memang dah jadi kegemaran saya anak beranak. Memang sedap sangatlah. Makan daripada pagi sampai malam memang tak jemu. Berkali-kali menambah. Puas hati dapat masak dan makan menu ni. Asalnya resepi Terengganu ni.
Saya buat sempena kawan datang menziarah. Dia pun dah terjebak suka juga dengan menu ni hehehe
Untuk resepi boleh jenguk di sini
Monday, 20 February 2017
Nasi Ayam
Lama sangat dah tak buat nasi ayam. Resepi pun entah ke mana. Ingatan lagi la hilang terus. memang fail kalau masak benda yang tak tau pastu main memandai-mandai. Memang tak akan jadi. So, kita cari-cari kat FB. Jumpala resepi Nasi Ayam Simple by Rozlyn Farah Diana. Alhamdulillah walaupun simple tapi sedap. masak 3 pot nasi habis 4 beranak makan. Sup pun sedap. Semua sedaplah. Terima kasih pada tuan resepi.
Resepi Nasi Ayam
Didihkan air dalam periuk. Lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna jadi putih. Keluarkan ayam dari periuk.
Bahan untuk nasi ayam
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
Sedikit butter
Panaskan minyak. Cairkan butter. Tumis bahan bertanda *. Masukkan bahan tumis ini ke dalam periuk nasi. Letak daun pandan, kuib ayam, air rebusan ayam secukupnya dan sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning nasi. Gaulkan dan on rice cooker macam biasa.
Bahan untuk sambal
1 cili besar
7 biji cili padi
1 biji tomato
3 senduk air rebusan ayam
Blend semua hingga sebati. Campurkan gula, garam, cuka, perasa. Siap.
Bahan untuk perap ayam
Kicap manis
Sos tiram
Madu
Gaul semua bahan bersama ayam dalam 30 minit-1 jam. Goreng ayam dalam 5 minit. Tak perlu lama nanti jadi hitam. Ayam dah masak sebab rebus tadi.
Kicap perapan jangan buang. Boleh guna sebagai kicap nasi ayam.
Bahan sup
Air rebusan ayam tadi
4 rempah sekawan/ sup bunjut
1 kuib ayam
Garam dan perasa
Carrot - tambahan
Campur semua. Dah siap, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Siap dah nasi ayam simple.
Tuesday, 12 April 2011
Nasi Ayam Simple
Jumaat lepas keluarga belah Mr.Jay datang bertandang. Saya beli ayam seekor dan ikan siakap. Ayam tu plan nak buat nasi ayam untuk makan tengah hari Sabtu dan siakap pulak dah selamat buat stim dan tomyam udang serta kangkung belacan. Alhamdulillah, tetamu makan dengan kenyangnya dan habis...sedap atau tidak belakang cerita..heheh
Sabtu pagi saya goreng temosa frozen yang dibeli dari kawan sekolah yang dah 6 tahun tak jumpa...Alhamdulillah, nampaknya jodoh masih panjang...FB menemukan kami...
Tengah cuci ayam untuk buat nasi ayam, dorang kena balik pulak sebab salah seorang makcik ni kena jumpa kawan bisnesnya...adehh..sib baik baru cuci ayam...teruslah My.Jay hantar dan saya pun ikut sekali...lastnya kami hanya makan pizza BBQ Chicken...
Ahad pepagi lagi saya dah bangun dan prepare untuk masak nasi ayam...terusla menggodek di dapur sampailah jam lebih kurang 1 petang...siap semuanya dan terusla menjamu selera...Alhamdulillah, kenyang...resepi dapat di MyResepi...saya suka guna resepi ni sebab sangat mudah dan cepat dan rasanya pun sedap...terima kasih pada penyumbang resepi..
Nasi Ayam Simple (2 orang makan)
Bahan Sup:
1/2 ekor ayam
sup bunjut
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih}
1 inci halia}tumbuk
Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga wangi, tambah air, kuib, sup bunjut, ayam. Masak hingga ayam masak. Keluarkan ayam, perasakan sup dengan garam. (Sebelum tu ambik untuk masak nasi)
Ayam diperap dengan kicap, sos tiram, madu dalam 30 minit. Goreng.
Bahan Nasi:
Cuci beras 2 pot, ambik sup secukupnya dan masukkan ke dalam beras dan masak seperti biasa.
Bahan Cili:
3 biji cili merah
Gula dan garam
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit jus limau atau cuka
air masak secukupnya
Cara:
Blend semua bahan.
Bahan Kicap:
Ambil kicap dari lebihan perapan ayam, tambahkan sedikit sup ayam.
Siap dan hidangkan.
Sunday, 17 October 2010
Nasi Goreng Mentega
Lepas fikir punya fikir apa nak masak untuk malam ni dapat idea buat nasi goreng. Sejak dah pindah rumah belum pernah masak nasi goreng. Memang sesuailah kan dengan keadaan yang sekarang kena balik lewat sempena persidangan. Masak yang ekspress je. Yang penting sedap dan mengenyangkan. Kalau nak sedap kenalah tengok sifu-sifu masakan punya resepi. Kalau ikut resepi sendiri takut suamiku tak tergamak nak makan je...heheh...Hari ni (rasanya hari-hari) ikut resepi kak dayang. Thanks :)))
Bahan:
2 pinggan penuh nasi sejuk
mentega secukupnya
sedikit sayur campur
1 sk serbuk lada sulah
hirisan sosej -tak ada
1 biji telur
sedikit garam
Cara:
1- Cairkan mentega. Masukkan nasi. Kacau rata.
2- Masukkan bahan lain. Gaulkan.
3- Akhir sekali masukkan sosej.
4- Siap.

Friday, 8 October 2010
Nasi Ayam Madu
Semalam terlebih rajin masak nasi ayam. Guna resipi dari MyR yang dipost oleh Nadia yang sangat sedap dan mudah penyediaan. Sejam lebih dah siap dan boleh ngap. Alhamdulillah. Terima kasih pada tuan resipi yang sudi berkongsi.
Nasi ayam madu
Bahan-bahan ( 2 orang )
• 2 cawan beras
• 1/4 bawang besar
• 2 sudu mentega
• sehelai daun pandan
• 2 kiub ayam
• madu
• kicap pekat
• 1/2 ekor ayam
• 1 sup bunjut adabi
• sos tiram
• 1/2 sudu serbuk lada putih
• 1/2 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• [hiasan]
• daun bawang
• daun sup
• bawang goreng
• daun salad/timun
Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Untuk Sambal Cili :
• 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
• 1 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• 1 sb sos cili
• 1 sb sos tomato
• sedikit garam dan gula
• sedikit jus limau kasturi
• air masak secukupnya
Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat.

Thursday, 2 April 2009
Nasi Moy
Menjenguk ke blog kak izanman ternampak posting dia pasal nasi bubur. Baru teringat nak cerita sabtu lepas saya buat nasi moy atau ada jugak orang panggil nasi air. Dulu masa belajar kat Kuantan selalu nampak ada orang jual tapi tak pernah teringin nak makan atau beli. Bila dah pandai jenguk-jenguk blog orang pasal makanan ni terliur pulak tengok seorang blogger (lupa dah) tu makan nasi moy. Hmm...menyelerakan sungguh. Pertama kali buat last year. Memang sedap. Walaupun banyak step yang kena buat tapi hasilnya memang tiptop...
Sabtu lepas pagi-pagi lagi saya dah sediakan nasi moy nih...lama sungguh tak makan...Seharian saya sekeluarga tak makan benda lain dah. Pagi breakfast roti paratha instant. Lunch nasi moy, dinner pun nasi moy. Azroy pun boleh makan jugak. Kenyang...
NASI MOY
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
Nasi - dimasak sedikit lembik
Daging - 1/2 kilo
halia - 5 inch -ditumbuk lumat
cili padi (hijau atau merah) - segenggam
cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
garam,gula sesedap rasa
BAHAN TAMBAH
ikan bilis - digoreng garing
bawang goreng
bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
daun sup - dihiris halus-halus
limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
**bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
Cara-cara
Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa. Semua sudah siap.
Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-
kalau tak cukup pedas-tambah air lada .
TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

Subscribe to:
Posts (Atom)