Wednesday 7 December 2011

Puding Roti Marble

Sedap betul puding roti resepi dari Kak Hana ni. Dulu dah pernah buat sekali. Lepas tu resepinya dah hilang. baru-baru ni tengok satu blog buat terus ingat pasal resepi sedap ni. Kebetulan ada roti lebih bolehlah buat. Balik keje Isnin lepas sebelum gi i-City bawak anak-anak dan anak buah berjalan saya buat puding ni dulu. Terus godek-godek kat dapur, siap. Memang cepat dan mudah. Dalam 15 minit dah siap. Bahan pun tak banyak. Makan sejuk bertambah sedap. Thanks kak Hana. Saya mohon share kat sini pulak ye.


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) saya guna 1 sudu besar emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Thursday 24 November 2011

Telur Rebus Warna-Warni

Tadi saya cek e-mail dan dapat e-mail ni dari seorang kawan. Nampak macam menarik dan ada kena-mengena pulak dengan dunia masakan dan makanan. Jadi saya pun kongsikan kat sini pulak.











Monday 21 November 2011

Bahulu Senyum

Saya buat ni semalam untuk minum petang. Tetiba rasa rajin pulak nak menggodek. Tanya Azroy nak makan kuih apa, jawabnya "nak makan kuih warna-warni". Itu tak lain tak bukan mesti nak makan apam. Saya pun cari resepi apam yang lama-lama. Terjumpa resepi Bahulu Senyum yang saya dapat di blog Masam Manis. Tengok bahan pun semua ada kat rumah. Memang sesuailah untuk saya cuba.

Buatnya senang, sekejap je. Saya guna emulco coklat dan perasa strawberry. Memang sedap. Rasanya macam apam jugak sebenarnya. Saya guna paper cup saiz S, dapatlah dalam 70 biji. Tapi yang peliknya bahulu saya ni tak tersenyum macam bahulu kak ita lah. Hehe. Rasanya sebab saya kukus guna api sederhana. Tapi tak apa, sebab walaupun tak senyum kejadiannya tetap cantik dan nampak menyelerakan. Thanks pada kak ita yang berkongsi resepi menarik.

Bahan:
1 cawan gula halus
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sb ovalet
1 st esen vanila
2 biji telur sejuk
3/4 cawan susu segar
1 st baking powder

1 sb emulco coklat
1 sb perasa strawberry

Cara:
Campur semua bahan kecuali perasa. Pukul hingga adunan berwarna putih.
Bahagikan adunan. Campurkan perasa pada setiap bahagian. Maskkan dalam piping bag. Picitkan ke dalam paper cup 3/4 penuh. Kukus selama 15 minit. Siap.

Friday 18 November 2011

Ikan Masak Kicap

Lauk ni dah biasa saya masak. Resepi ni ikut Kak Dayang kita kat sini. Kak Dayang kalau masak lauk pauk memang hebat. Semuanya menyelerakan. Biasanya kalau nak masak lauk pauk memang saya akan rujuk blog kak DJ. Resepi kali ni saya tak masukkan cili mesin sebab kehabisan stok. Tapi rasanya tetap sedap. Anak-anak pun suka. Thanks kak Dayang. Saya mohon copy paste resepi kat sini ye.


Ikan Masak Kicap Sedap
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kembong besar (digoreng seperti biasa)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • sedikit hirisan cili benggala 
  • sedikit cili giling
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
bahan-bahan kisar :
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan air secukupnya. 
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang goreng dan cili benggala. Gaul-gaulkan selama lebih kurang 1 minit. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan.
  4. Setelah sebati, tutupkan api. 

Wednesday 16 November 2011

Pengat Labu

Teringin pulak nak cuba buat pengat labu lepas tengok kak ita kita buat kat sini. Memang mengancam. mangkuk pun cantik. Kalau jumpa mesti nak kena beli mangkuk macam tuh. Labu ni saya beli kat pasar. Seeblah je belinya. Takut nak beli banyak sebab saya sorang je pun yang makan. Jay memang tak berapa gemar makanan manis-manis. Sebelum ni saya penah try masak pengat ubi kayu. Sedap, tapi masa tu mak yang ajarkan. Kali ni plan nak ikut resepi kak ita tapi time nak buat internet problem pulak kat rumah. Dahla lupa nak print. Akhirnya saya ikut je cara saya sendiri ingat-ingat lupa time buat pengat ubi kayu tuh.

Dah siap dadukan labu tu saya rendam jap. Pastu saya pegi kedai beli santan. Balik tu saya terus rebus labu tu. Air tenggelam. Bila dah mendidih saya ambik labu tu try sikit sama ada dah empuk atau belum. Bila dah empuk saya buang air dalam periuk tu. Pastu tambahkan gula melaka sebelah, garam dan santan sampai menutup labu. Pastu saya simpulkan daun pandan. Kejap je dah mendidih. Saya kacau sampai gula melaka tu larut. Pastu termanis pulak. Saya tambahkan air sikit. Pastu dah okey semuanya saya tutup api. Hmm..sedap..Sungguh menyelerakan. Walaupun ikut cara sesuka hati saya entah betul entah tidak tapi rasanya masih lagi pengat labu. Hehe...

Bahan:
Setengah biji labu saiz sederhana - potong dadu
Santan dari sebelah biji kelapa
2 helai daun pandan
Setengah biji gula melaka
Secubit garam
Air secukupnya

Cara:
Rebus labu hingga empuk. Buangkan air. Masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau perlahan hingga mendidih. Kalau perlu tambahkan air. Siap.

Thursday 10 November 2011

Seafood Tomyam

Ni antara masakan lauk yang selalu sangat saya masak. Sebab saya memang suka makan tomyam. Biasanya saya guna perencah tomyam putih yang dibeli kat kedai runcit. Nanti tambahlah sendiri bawang besar, serai, daun limau purut, bawang putih dan kalau nak pedas tambahlah cili api tapi saya jarang boleh makan pedas sebab husband tak suka pedas dan anak-anak pun kecik lagi. Tapi walaupun tak pedas sedap jugak guna perencah tomyam putih tu.

Masa raya Aidilfitri tempoh hari saya berkesempatan melawat negara jiran kita Thaliand. Jadi peluang tu saya gunakan untuk cari perencah tomyam sebab Thailand kan negara asalnya masakan tomyam ni. Saya jumpa dengan paste cili tomyam. Sekarang tiap kali masak tomyam saya akan tambahkan sesudu besar paste ni. Rasa lagi ummph dan pedas-pedas sikit.

Wednesday 9 November 2011

Apam Aiskrim Soda


Buat lagi Isnin lepas untuk dihidangkan pada tetamu yang berkunjung. Berkunjung bukan sempena raya pun tapi saja menyinggah rumah baru katanya. Kebetulan kedai semua belum bukak lagi. Air aiskrim soda minggu lepas masih ada. Jadi nak senang cerita saya pun buat je apam ni lagi. Katanya sama macam kuih kat kampung dia (Indonesia) cuma nama yang lain dan saya buat cantik sebab berjalur-jalur. Kalau kat kampung cuma warna putih. Hehe. Saya jawab sebab orang Malaysia kreatif. Untuk resepi boleh tengok kat sini.

Monday 7 November 2011

Ikan Siakap Stim Simple

Balik Jumaat lepas singgah kedai ikan. Tengok ikan semua tak best. Tak tau nak masak apa. Akhirnya ambik je ikan siakap. Buat stim je senang. Kawankan dengan kangkung belacan. Hmm..sedapnya. Siakap stim ni guna resepi sendiri je. Ikut dari resepi Ma tapi saya skipkan beberapa bahan. Buat simple je tapi rasanya tak mengecewakan. Sedap.

Siakap Stim Simple

1 ekor ikan siakap
2 batang serai
Halia sikit
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Sos tiram

Cara:
Ikan dibersihkan. Lumurkan dengan garam. Letak dalam bekas.
Bahan-bahan lain dimayang halus. Tumis hingga layu dan masukkan sos tiram sikit.
Tambah air kalau nak berkuah. Tutup api. Taburkan atas ikan. Stim lebih kurang 20-30 minit. Siap.

Tuesday 1 November 2011

Apam Mekar

Resepi apam ni pun antara kuih yang saya try masa mula-mula belajar buat kuih. Resepi ni saya dapat di fotopages Kak Hanieliza. Ada buat dua tiga kali jugak dulu. Lepas dah pindah ke rumah sewa takde buat lagi sampailah dah duduk rumah sendiri. Sekarang mood nak update blog dah kembali. Jadi banyaklah idea nak cuba resepi-resepi yang ada. Minggu lepas dah buat Apam Icecream Soda. Minggu ni kita try buat apam mekar pulak.

Inilah rupa apam benyek
Sebab dah lama sangat tak buat saya pun dah lupa sepatutnya apam ni kena lapik dengan bekas acuan tat papernya. Mula-mula saya just letak paper cup tu terus dalam loyang. Bila kukus tu semua jadi benyek. Huh, barulah teringat kena lapik ngan acuan tat. Tapi walaupun benyek habis jugak Azroy ngan Iris makan. Rupa tak cantik tapi rasanya memang sedap. Sebelum makan tu Azroy siap terkejut lagi. Kenapa kuih mama teruk? Heheh....Teruk dari segi rupa tak apa Azroy sebab masih boleh makan. Kalau teruk dari segi rasa alamatnya ke tong sampah jelah.

Ada yang malu kucing nak mekar
Kukus round kedua tu dah lapik dengan acuan tat. Barulah jadi cantik dan mekar setaman. Dapatlah dalam 30 biji guna papercup saiz M. Pagi ni saya tengok dalam bekas tu adalah lagi 4 biji. Lagilah bertambah semangat nak menggodek kuih kalau jadi kesukaan keluarga.

APAM MEKAR

Bahan

250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar (saya guna susu cair)
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

Monday 31 October 2011

Red Velvet Cake

Dah lama berhajat nak try buat kek ni walaupun musimnya macam dah nak habis. First time try makan masa majlis aidilfitri kat ofis saya tempohari. Kawan saya yang buat sendiri. Memang sedap. Suka pulak saya makan RVC ni. Balik Jumaat lepas terus godek-godek kat dapur ikut resepi yang kawan saya bagi. Kejap je nak buatnya. Lepas tu saya biarkan sejuk.

Esoknya pagi-pagi saya terus cream kan kek tu. Hmm...sedap jugak cuma kek saya ni lembap sikitlah. Rasanya sebab saya pukul telur dengan butter tak betul-betul kembang. Tu yang kek jadi berat. Lagipun soda bikarbonat pun takde. Patutnya saya guna je tepung self rising flour. Tak payahlah nak letak baking powder ngan soda bikarbonat tu. Sepatutnya yang saya makan tu kek ni jenis gebu. Tapi walau tak berapa nak menjadi pun sekejapan je dah habis. Azroy ngan Iris pun suka sangat. Lepas tu saya bagi jiran yang kebetulan datang rumah petang tu nak ambik barang. Lepas tu bawak sikit ke rumah jiran yang baru bersalin.


Red Velvet Cake

Bahan-bahan:
2 1/2 cup tepung kek (saya guna tepung superfine)
2 cup gula castor
125g butter
1 cup buttermilk/ 250 ml susu segar + 2sb cuka biarkan 10 minit baru guna
2 biji telur
2 tbsp serbuk coco
1tbsp pewarna merah
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Cara-cara:

Pukul butter dan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Bila dh kembang masukkan serbuk koko dan pewarna merah. kacau sebati.
Lepas tu masukkan tepung yg dh diayak bersama baking powder berselang seli dgn buttermilk. Kacau sebati.
Last sekali masukkan soda bikarbonat. Pastu dibakar dlm oven bersuhu 175 - 200 (ikut oven masing2) selama 20 - 30 minit. (saya bakar dekat sejam)
Sejukkan sebelum di letakkan cream cheese.


Cream Cheese Frosting
bahan-bahan
125 grm cream cheese
70 grm butter
1 cup gula icing

cara-cara
pukul cream cheese ngan butter smpi kembang and masukkan icing sugar sedikit demi sedikit...kacau sebati sehingga gebu.
dh siap bley dh sapu kat cake...

Friday 28 October 2011

Apam Aiskrim Soda


Lama betul tak buat kuih apam ni. Apam ni saya buat masa mula-mula kenal dunia blog masakan. Masa tu memang rjain try segala jenis resepi tapi masa tu takde blog sendiri lagi. Jadi takdela gambar kenangan masakan tu semua. Apam ni senang jugak nak buat lagipun bahan-bahan yang digunakan pun tak remeh. Yang paling penting sedap sangat. Sekali adunan tu kalau saya buat memang habis saya sekeluarga je.

Resepi saya dapat dari Chome. Saya dah lupa sama ada dalam MyR atau forum cari. Apa pun terima kasih pada penyumbang resepi yang mudah dan sedap ni. Kalau tetamu nak datang kiranya memang sempatlah nak godek jap. Angkat panas-panas hidangkan, huh...best betul...

Apam Aiskrim Soda

3 cawang tepung gandum
2 cawan gula (saya letak 1 setengah cawan)
4 biji telur
1 cawan air asikrim soda
1 sudu teh ovalette
perasa strawberry (saya letak esen vanila)
pewarna pilihan (saya guna 2 warna)

Cara:
Pukul telur dan gula hingga kembang. Campurkan tepung. Pukul sebati. Masukkan air aiskrim soda, esen vanila, ovalette. Pukul sebati.
Bahagikan adunan dan letakkan pewarna pilihan. Sendukkan secara berselang seli ke dalam loyang hingga habis. Kukuskan selama lebih kurang 20 minit. Balut tutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam loyang.

Pokok Kari Membesar Dengan Jayanya

Siap bercabang lagi pucuk baru tuh

Selasa lepas dapat peluang balik rumah awal sikit sebab Dewan bercuti sempena sambutan Deepavali. Dapatla buat kerja rumah dan paling penting dapat rehatkan mata depan pokok-pokok saya. Sekali terkejutla pulak tengok pokok kari yang baru dua hari tak dijenguk tu dah bercambah pucuknya. Dahlah bercabang pulak tuh. Wah...sungguh teruja. Best betul. Tak sangka cepat betul membiak. Saya cuma taburkan baja dua minggu sekali dan siram dengan air beras 2-3 hari sekali. Memang nampak ketara sangat pembesaran pokok ni. Yang dua hari lepas boleh tengok kat sini.

Pokok pandan pun dah mula keluarkan dua tiga anak pokok. Tapi pelik sikit sebab daunnya tak besar sangat dan panjang macam yang dijual kat kedai. Tapi tak apa sebab masih boleh guna. Cerita daun pandan nanti saya share lain kali.

~Bye

Friday 21 October 2011

Bagusnya Kalau Ada Alat Ini

Tadi saya bukak email tetiba terjumpa benda ni. Teruja la pulak kan. Best betul kalau memang ada jual kat Malaysia kan. Sambil tengok tv boleh kupas kentang. Takdelah berdiri sorang-sorang kat dapur. Sambil layan drama sambil buat keje dapur. Bestnya. Baru betul-betul multiple...Heheh...

Tuesday 18 October 2011

Pokok Daun Kari

Dua minggu lepas singgah nurseri pokok kat tepi highway Sungai Buloh tu. Plannya nak beli pokok daun kari. Tapi biasalah bila dah menyinggah tu ada je benda lain yang tersangkut sama. Ternampak pokok hijau comel-comel. Ambikla sepasu buat hiasan kat balkoni tu. Pokok kari tu saya beli RM5.00 sepasu. Masa beli tu daunnya takde lah elok sangat. Mungkin dorang tak berapa jaga. Sebab pokok-pokok macam ni bukan selalu orang cari pun kan. Dah balik tu saya terus tukar dalam pasu. Siram hari-hari dan letak baja. Minggu lepas saya tengok dah bertunas yang baru. Ahad tu gembur-gemburkan tanahnya dan tengok dah besar tunas. Wah, seronoknya. Pastu sempatla guna setangkai daun kari tu buat masak ayam goreng berempah. Hmm, sedapnya. Hehe...

Pokok daun pandan yang saya tanam dulu pun dah mula keluarkan anak.

Pokok limau purut pun dah banyak daunnya. Rasa tenang je bila mengadap pokok-pokok ni semua.

Monday 17 October 2011

Donut Sifu Suria

Cik Donut tengah tunggu untuk digoreng
Buat donut ni semalam lepas buat breakfast mee goreng udang. Macam biasalah kalau buat donut mesti saya guna resepi Sifu Suria sebab memang menjadi resepi ni. Lagipun tak pernah saya cuba resepi lain lagi. Takut pulak nak cuba. Takut ke tong sampah pulak nanti. Sebenarnya donut ni atas permintaan pekerja kakak saya kat uptown. Dah dekat setahun dia dok minta saya buatkan. Akhirnya semalam baru saya ebrjaya tunaikan permintaan dia tuh. Saya pun dah penat dengar dia merungut. Asal nampak muka saya je asyik tanya pasal donut. Geram jee...Hehe...

Buat semalam dapatlah dalam 25 bijik. Orang kat rumah makan sikit je. 5 biji bagi pada kawan mengaji Azroy. Selebihnya semua bagi pada pekerja kakak tuh. Biar dia makan puas-puas. Takdela dia merungut lagi...

Thursday 29 September 2011

Spageti Bolognese

Ni masakan masa hari malas melanda. Daripada tak masak apa-apa okey jugakla masak macam ni. Hehe. Ayat penyedap hati bagi orang memang malas. Suka cari alasan kan. Resepi simple, semua pun tau buat. Rasanya budak darjah enam pun boleh buat kot. Dulu memang tak pandai jugak buat. Tapi bila dah dengar orang ajar macam tu, macam ni, kita pun try lah sendiri buat kat rumah. Laa, rupanya macam ni je. Ingatkan susah sangat tapi sedap atau tidak tak tau lah pulak ye. Sendiri yang makan boleh je. Kalau bagi tetamu tu tak taulah.

Biasanya kita guna sos spageti mushroom dalam tin jenama Prego. Pastu tambahkan daging kisar dalam semangkuk kecil, tomato puri tin kecil. Kadang-kadang tambahkan seleri, tomato, cendawan butang yang dipotong dadu. Tapi bagi kita seleri lagi sedap daripada cendawan butang tuh. Ada jugak orang lain yang letak meatball. Tapi kita tak pernah try lagi sebab jarang pulak jumpa meatball lagipun sebab dah ada daging cincang dalam tuh kan. Apa pun terpulanglah pada selera masing-masing.

Thursday 18 August 2011

Serbuk Agar-agar

Pi Tesco hari tu ambik serbuk agar-agar yang plastik purple tuh. Sekali tengok sebelahnya ada serbuk agar-agar cap Tesco pulak dan harga lagi murah cuma RM1.49. Kalau yang plastik purple tu dah RM2.10. Aku pun ambillah 5 plastik simpan buat stok. Senang nanti nak buat puding time raya.

Wednesday 17 August 2011

Tools Baking Baru

Sabtu lepas pegi Tesco. Belek-belek kat barangan bahagian dapur terjumpa pulak banyak tools comel kat sana. Wah, teruja kejap. Rasanya semua nak ambik. Harga murah jugak. Silicon pan cuma RM5.00. Macam-macam jenis ada. Aku ambik bentuk bear.
Lepas tu beli paper cup sebab coraknya menarik. Yang sedia ada kat rumah cuma plain. Pastu ternampak paper cup bentuk hati (love).

Teruslah ambik jugak. Dah plan nak buat apam polka dot dalam ni. Mesti comel. Ni pun harga RM5.00. Tapi mungkin paper cup ni sebenarnya untuk coklat sebab macam aluminium sikit. Tapi sebab comel sangat aku ambik jelah.

Tuesday 16 August 2011

Mee Udang

Mee Udang tanpa aksesori kecuali udang dan bawang goreng
Buat untuk buka puasa hari keempat belas. Ikut resepi dari Kak Dayang. Tapi resepi asal dari Kak Iza MyR. Apa pun memang sedap cuma pedaslah. Next time kena kurangkan cili kepada dua sudu aje.

Mee Udang
Resepi : Che' Iza@Myr

Bahan-bahan: ( 3-4 org )
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L 
4 sb lada boh / lada giling - aku guna cili mesin
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering -aku blend
*1/2 inci halia
1 sb petis -aku guna belacan bakar
3 sb sos tomato
1 sb sos cili (DJ letak lebih sket)
keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam
taugeh n sawi -tak letak
daun bawang n bawang goreng

Cara-cara
Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Saturday 13 August 2011

Spagetti with Creamy Mushroom Sauce

Puasa kelapan Jay dah complaint sebab asik menu nasi. So, puasa kesepuluh kita berbuka dengan menu western pulak. Resepi dapat dari blog Hasue tapi resepi asal dari AlongRoz. Sangat sedap. Memang sesuai bagi penggemar makanan western. Buat dalam 15 minit dah siap. Kalau ada tetamu yang tetiba datang bolehlah hidangkan menu istimewa ni.

Spagetti with Creamy Mushroom Sauce
Resepi:
AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2:
1 peket Spageti - rebus & tapis ->hasue guna pasta angel hair
4 sb Minyak Zaitun
1 bj Bwg Besar*
4-5 ulas Bwg Putih* (* cincang)
1 tin besar Campbell Creamy Mushroom Soup
1 tin besar Air-guna tin campbell
1 tin besar Cendawan Butang - blend separuh lumat & separuh kasar
Serbuk Lada Hitam
Parseley
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak zaitun & tumis bwg besar & bwg putih sehingga layu.
Masukkan cendawan & kacau sebentar.
Masukkan sup cendawan, air, parseley & garam.
Kacau sehingga menggelegak.

2. Hidangkan dgn pasta kegemaran & tabur dgn parmesan cheese.

Wednesday 10 August 2011

Apam Polka Dot

Buat ni untuk buka puasa hari ketujuh minggu lepas. Sajala buat untuk anak-anak. Dorang suka makan apam ni. Azroy panggil muffin dot dot. Sekali makan dekat 10 bijik. Dia memang suka. Siap request warna lagi. Resepi ni saya dah lupa dapat dari mana tapi yang pasti dari kawan-kawan blog masak. Terima kasih sudi syer resepi.


Apam Polka Dot - dapat dalam 120 biji paper cup paling kecil
275 tepung gandum}
3 sudu teh baking powder}ayakkan
3 biji telur
150ml susu segar- aku guna susu cair
200g gula halus
Pewarna pilihan
Perasa pilihan-kaya paling sedap

Cara:
Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan perasa. Pukul dengan kelajuan maksima lebih kurang 6-8 minit.
Bahagikan kepada tiga bekas. Campurkan pewarna bagi setiap bekas. Masukkan dalam paper cup separuh. Isikan kaya. Masukkan lagi separuh hingga lebih kurang 3/4 paper cup. Pastu dot-dot kan.
Kukus dalam 8-10 minit. Gunakan api kecil.

Tuesday 9 August 2011

Puding Roti Gulung Strawberry

Puding ni dibuat sebagai desert untuk berbuka puasa. Aku dapat resepi ni dari blog kak ummizaihadi. Buat tak susah sangat, bahan pun senang je. Rasa pun sedap. Kak ummi guna blueberry, aku guna strawberry. Nak abeskan jem tu sebab ada lagi sikit je. Minta izin kak ummi share resepi kat sini pulak.


PUDING ROTI GULUNG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

7 keping roti putih
jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
3 biji telor
40 gm gula kastor
200 ml susu cair/susu sejat
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
30 gm hirisan badam/secukupnya
aku gantikan kismis
sedikit mentega untuk dilenser pd loyang

Cara Menyediakan:-

Buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
Pukul telor bersama gula hingga sebati.
Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
Taburkanbadam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
Hidangkan bersama sos kastad jika rajin...kalau malas picitkan jek Hershey's Syrup. SELAMAT MENCUBA....mudah dan cepat...!!

Monday 4 July 2011

Rendang Ayam

Tetiba hari ni teringin nak makan rendang ayam. Lepas telefon mak tanya resepi rendang teruslah kita goedek kat dapur. Rupanya senang je buat rendang. Bolehlah buat time raya nanti. Rendang ni saya makan dengan pulut kuning. Rendang ayam berjaya dimasak dengan cemerlangnya tapi pulut kuning kena belajar masak lagi sebab tak berapa cemerlang. Hehe.

Resepi Rendang Ayam My Mom

Seekor ayam
Kisarkan:
7 biji bawang merah
Sebiji bawang besar
5 biji bawang putih
Lengkuas sebesar ibu jari
Halia sebesar ibu jari
3 sudu besar cili mesin

3 batang serai diketuk
1/2 cawan Kerisik
Garam dan perasa
1 cawan santan
2 helai daun kunyit

Cara:

Tumiskan bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan ayam. Biar air kering.
Masukkan santan. Kacau biar rata. Dah mendidih masukkan kerisik. Ayam dah masak perasakan dengan garam. Masukkan daun kunyit. Masak seketika dengan api kecil. Siap.

Wednesday 8 June 2011

Onde-Onde

Teringin pulak nak makan onde-onde atau lebih dikenali buah melaka. Try buat dalam 2 cawan tepung. Menjadi jugak cuma ada tebal ada nipis. Tak konsisten lagi. Tapi senang jugak nak membuatnya. Cuma kena adjust tebal dan nipis. Kalau tebal agak kenyal sikitlah kuih ni. Kalau nipis tu sedap je masuk mulut. Resepi ni agak-agak sendiri je.

2 cawan tepung pulut
Segenggam tepung beras
Jus pandan atau pewarna + air
Kelapa parut putih + garam - untuk gaul
Gula melaka - potong kecil

Cara:
Gaul tepung dengan air sikit demi sikit hingga tidak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh dan leperkan. Masukkan gula melaka. Gentel bulat.
Dah siap semua, masukkan dalam air didih. Bila timbul dipermukaan ambik dan sejat. Golekkan dalam kelapa. Siap.