Wednesday 29 April 2009

Cucur Bilis Kembung

Semalam balik keje rasa nak makan kuih bergoreng. Teringat pulak resepi cucur bilis kembung dari MyR. Try lah buat semalam. Memang sedap dan memang kembung...Hehe...Next time kena banyakkan ikan bilis. Semalam tak berapa nak rasa ikan bilis sebab dan blend. Gambar tak snap sebab tak cantik. Tak pandai bulat-bulatkan...Ni resepi saya copy paste dari MyR...Tq...

Cucur Bilis Kembung
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
300g tpg gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bwg besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cawan air
taugeh jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara
blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga semua hancur
gaul tpg dan yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap lebih kurang 30 minit
jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili

Tuesday 21 April 2009

Ayam Masak Merah

Ahad lepas beli ayam sebelah untuk masak sup ayam special (Next time buat saya bagi resepi). Tapi tetiba Ma masak pulak sebelum dia pergi kerja. Tak jadilah saya masak. Makan apa yang Ma masak aje...hehe...Malamnya buat ayam goreng rempah tiga ketul. Seketul soranglah makan...Jangan membazir..Semalam kat ofis belek-belek resepi baru. Teringat pulak kat ayam dalam esbok. Nampak pulak ayam masak merah dari Choppy kat MyR. Balik je rumah semalam terus keluarkan ayam dan buat ayam masak merah. Sebelum ni pernah buat sekali guna resepi yang sama untuk pot luck kat ofis. Saya buat 2 ekor ayam. Semua kata sedap. Jadinya semalam buat lagi guna resepi yang sama untuk rumah pulak. Hari tu Jay tak merasa...huhu...Semalam dapatla makan puas-puas. Sedap...Thanks choppy..

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya (aku guna dalam tin)
Cara-cara
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Saturday 18 April 2009

Bundt Pan

Semalam beli non stick bundt pan kat Cael Deon. Dah lama teringin nak buat kek dalam loyang macam nih...Mesti cantik je...Baru semangat nak makan..hehe...Tapi tak tahulah betul ke tak non stick. Dulu ada beli loyang bentuk bear kat BWY. Dah dekat 3 kali guna kek tak boleh dikeluarkan. Akhirnya kena korek je untuk makan. Dah macam-macam cara buat. mula-mula sapu butter, melekat jugak. Pastu try lagi kali kedua guna minyak pulak melekat jugak. Kali ketiga sapu butter dan tabur tepung pun melekat jugak. Sekarang loyang bear tu dah melekat dalam kabinet je...

Thursday 16 April 2009

Puding Labu


Dah 3 hari labu dok bertenggek atas almari. Mulanya nak buat Isnin lepas tapi kebetulan Ma buat pengat pisang pulak. Takut membazir. Jadi postpone keesokannya tapi lain pulak dirancang. Esok dah jadi tulat...hehe...Hari ni baru berkesempatan nak menggodek labu. Dapat resepi dari MyR oleh AlongRoz. Thanks Along. Tapi bendanya masih atas dapur. Rumah ni takde mikrowave. Jadi saya kukus aje. Dah satu jam setengah tapi puding dalamnya belum keras. Jadi ke tak ek?...Takut pulak tak jadi...Asal guna santan je mesti saya fail...Kalau 8.30 tak keras kena tutup gak api. Kang labu nya pulak yang terlebih masak....
Resepi ni memang menarik. saya kebetulan makan dekat belakang chowkit tempohari kat sebuah gerai orang Thailand. Teruja betul tengok puding yang dorang buat. Macam-macam ada termasuklah labu ni. First time tengok dan tak sangka terjumpa resepi ni.
Sepatutnya labu tu dilapik dengan loyang tapi saya betul-betul terlupa. Selekeh betul lah...hehe...
Dah siap pun...sedap bangat...Alhamdulillah menjadi...

Bahan-bahan ( 1 biji labu kecil )
1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) - kalau tak masak nanti rasa isinya tawar & tak lemak
Agak2 1/2 peket santan intant (cukup utk saiz lubang labu) saya guna 150ml santan Kara
2 biji telur
2 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
1/4 sudu teh garam
Cara-cara
Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya.
Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang)
Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit.

Wednesday 15 April 2009

Sponge Kek

Ini plain sponge cake yang dibuat 1 April lepas. Nak upload tapi gambar tak diedit lagi. Baru hari ni edit semua gambar yang terkumpul. First time guna sponge mix ni. Beli di LMC Bukit Rahman Putra. Tak sangka sedap rupanya. Dahlah senang nak buat, murah dan sedap pulak tuh. Mula tuh buat separuh aje. Takut tak sedap nanti membazir tapi tak cukup pulak. Huhu...Yang paling banyak makan ialah Azroy. Sambil buat homework pun tangan sebelah pegang kek. Agaknya dia dah bosan mama asik buat kek coklat.
Oleh kerana tak penah buat ada juga berlaku kesilapan. ingatkan macam kek biasa. Aku pukul hingga sebati pastu terus bakar. Tapi sebenarnya kena pukul hingga kembang naik gebu sekali ganda. Kek menjadi tapi berat sikitlah. Yang perisa pandan dibuat seminggu lepas menjadi. Ringan je...Macam chiffon kek

Tuesday 14 April 2009

Kek Pisang Bercoklat

Semalam balik keje try buat kek pisang bercoklat resepi nor_67 dari MyR. Thanks kak nor. Memang sedap kek ni. Moist je. Lagipun coklatnya tu yang menambah keenakan kek ni. Buat pun senang. Bahan pun mudah didapati. Tapi semalam masa buat ada jugak silap...hehe... Lagipun resepinya saya tulis tangan aje. Nak cepat. Tak sempat print. Bila dah masuk sume bahan last sekali masukkan tepung dan kaup balik. Tapi tengok kering semacam je kek saya ni. Nape ek...Dah siapkan loyang nak masukkan adunan tetiba teringatkan telur. Patutlah kering, rupanya telur tak masuk lagi dan memang saya tak tulis dalam resepi yang saya salin tuh. Padahal 5 biji telur diperlukan...Huhu....Saya pun pecahkan telur 5 biji dan masukkan dan mixer je semua sekali. Tawakal jelah. Tak kan nak buang. Nasib baik menjadi. Naik elok je, cantik. Rasa pun sedap. Next time kena berhati-hatilah salin resepi.

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
250gm mentega/marjerin
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri/tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut/dicincang

Cara-cara
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
Ayak tepung.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati.
Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup
Selamat mencuba..

Sunday 12 April 2009

Kek Span Pandan

Semalam try buat kek span pandan guna sponge mix yang dibeli di LMC. Minggu sebelumnya buat separuh perasa vanila. Tapi kali ni try buat perasa pandan memandangkan pandan paste yang dibeli 3 minggu lepas tak digunkan lagi. Santan kara yang dibeli pun terbiar begitu saja dalam almari. Kali ni gunakan cara yang betul. Hari tu buat perasa vanila main hentam saja. Hasilnya sedap cuma tak gebu. Berat je keknya. Tapi habis jugak.
Semalam buat ikut resepi dapat dari cari.. Putar pun sampai betul-betul kembang baru masuk minyak. Hasilnya memang tip top. Kek sangat gebu, ringan dan hmmm....Rasa macam makan kek chiffon. (bila nak try buat kek chiffon) Pagi tadi tengok kek dah licin pun. Kena beli lagi lah mix tu...

Kek Span Pandan (aku buat separuh)

500g plain sponge mix (beli di bakery shop)
8 biji telur
50ml santan kotak
50ml air
1 tsp pandan paste
100ml minyak

Panaskan oven 160c dan gris loyang.
Satukan sponge mix, telur, santan dan air di dalam mangkuk pengadun. Putar kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu atau adunan menjadi berganda.
Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan minyak dan pandan paste sehingga sebati dan rata.
Bakar sehingga masak. Lebih kurang 40 minit ke atas.
Terbalikkan loyang di atas redai sebaik keluar oven. Biar sejuk sikit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.

Thursday 9 April 2009

Donut Sifu Suria

Semalam belek-belek resepi kuih. Tak tahu nak buat kuih apa tapi tengok pada bahan-bahan nak buat donut memang dah sedia ada kat rumah. Tengok punya tengok resepi Sifu Suria paling mudah dan memang ramai blogger kata sedap bangat...Tapi sebenarnya saya ni dah serik nak buat donut sebab dah dua kali tak menjadi. Tak tahulah yis yang dah expired atau saya yang tak reti...Last nya semalam cuba jugak dan alhamdulillah menjadi. Naik gebu je. Lepas goreng terus ngap untuk rasa...Masya-Allah, memang gebu dan sedap...Lembut sangat....Kalah King Confectionary...Haha....Satu adunan dapatla dalam 20 biji. Goreng dalam 10 biji dan selebihnya buat frozen.

DONUT SIFU SURIA
Sumber: Sifu Suria
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar shortening/marjerin
3 sudu besar gula pasir halus

Bahan B: 200 ml air suam*
2 sudu teh instant yeast*
20 ml air - sebagai tambahan jika perlu (tak guna pun)

Cara-caranya
Bancuh Bahan B, masukkan kedalam Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli sehingga doh licin dan lembut. Bentukkan menjadi donut dan tunggu sehingga doh naik lebih kurang 30 minit. Goreng dan salut dengan gula.

Monday 6 April 2009

Karipap

Semalam buat karipap untuk minum petang. Buat 500 gram tepung dapatlah dalam 30 biji karipap saiz sederhana. Goreng dalam 10 biji untuk minum petang semalam dan selebihnya frozenkan. Biasanya buat kelim sendiri. Tapi semalam guna mould karipap yang dibeli 3 minggu lepas. Senang dan cepat. Cantik pulak tuh. Sama je saiz sume. Sebelum ni main hentam saja. Ada yang besar ada yang kecil...


Tengah dok buat ada pulak little chef yang tak diiktiraf datang membantu...Macam biasa, mesti ambik segenggam doh untuk dia pulak buat eksperimen macam-macam...daripada buat bola sampailah jadi jam Ben10...

Thursday 2 April 2009

Nasi Moy

Menjenguk ke blog kak izanman ternampak posting dia pasal nasi bubur. Baru teringat nak cerita sabtu lepas saya buat nasi moy atau ada jugak orang panggil nasi air. Dulu masa belajar kat Kuantan selalu nampak ada orang jual tapi tak pernah teringin nak makan atau beli. Bila dah pandai jenguk-jenguk blog orang pasal makanan ni terliur pulak tengok seorang blogger (lupa dah) tu makan nasi moy. Hmm...menyelerakan sungguh. Pertama kali buat last year. Memang sedap. Walaupun banyak step yang kena buat tapi hasilnya memang tiptop...

Sabtu lepas pagi-pagi lagi saya dah sediakan nasi moy nih...lama sungguh tak makan...Seharian saya sekeluarga tak makan benda lain dah. Pagi breakfast roti paratha instant. Lunch nasi moy, dinner pun nasi moy. Azroy pun boleh makan jugak. Kenyang...

NASI MOY

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi - dimasak sedikit lembik
Daging - 1/2 kilo
halia - 5 inch -ditumbuk lumat
cili padi (hijau atau merah) - segenggam
cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
garam,gula sesedap rasa

BAHAN TAMBAH
ikan bilis - digoreng garing
bawang goreng
bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
daun sup - dihiris halus-halus
limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)

**bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara
Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.

Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa. Semua sudah siap.

Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-
kalau tak cukup pedas-tambah air lada .

TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.

CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

Wednesday 1 April 2009

Cream Puff dan Tart Swiss Hazel

Hampir seminggu tak membaking..last sekali buat lepat pisang isnin lepas. Itu pun bukan baking, kukus je...Semalam balik awal mulalah cari idea nak buat apa...Fikir punya fikir teringat nak buat cream puff jagung memandangkan ada baki setengah tin jagung lagi dalam esbok. Bahan memang dah ada kat rumah. Mulalah sediakan apa yang patut. Bila nak buat filling nya ambiklah jagung dalam esbok. Alamak...dah berkulat pulak...Puff nyer dah buat. Terpaksalah buat filling lain. Akhirnya buat je filling kastard dari resepi sos kastard puding roti. Okey jugak.

Sambil menunggu puff masak baru teringat baki adunan tart yang buat 2 minggu lepas. Masih ada banyak tapi tak tahu nak buat apa..Tu yang tersimpan je dalam esbok. Daripada buang baik buat sesuatu. Tengok punya tengok daripada bahan yang ada boleh buat tart swiss hazel. Hasilnya memang sedap. Lagipun nak try loyang yang baru beli kat Chow Kit 2 minggu lepas. Bagus pulak loyang tuh. Tak melekat langsung. Senang je nak keluarkan tart tapi masa keluarkan patah pulak sebab tart tu lembut. Aku main terbalik kan aje...huhu....

Pagi ni bawak ke ofis. Letak kat rumah pun sure tak habis....Ntah-ntah tak berusik langsung.