Wednesday 16 December 2015

Churros Again and Again


Start dari hari Sabtu membawa ke Isnin malam. Tak jemu-jemu anak-anak makan Churros. Lapar + memang suka sangat makanan macam tu. Nasib baik buat nya sangat mudah, cepat dan bahan sikit aje. Kalau susah + payah mama memang malas nak layan....heheheh

Saya ikut resepi dapat di FB #DariDapurSeorangAmatur. Memang best FB ni. Ownernya rajin share macam-macam resepi sekali dengan cara buat. Saya buat churros ni lembik. Tak jadi macam owner ni buat. Patutnya tak melekat kat tangan bila kita dah uli. Tapi saya baca komen-komen lain kata masih boleh digoreng. So, saya masukkan dalam piping bag dan paip terus ke dalam kuali. Memang menjadi. Sedap. Tabur gula or coklat memana ikut citarasa sendiri. Bolehlah buat makan-makan anak beranak.

Churros

1 cawan tepung
1 sudu makan gula
1 sudu  makan butter
Secubit garam
1 biji telur - pukul sikit

Masak guna kuali yang tak melekat. Bagi gula dan butter cair. Tutup api, masukkan tepung. Gaul sebati. Masukkan telur. Pindahkan dalam bekas lain senang nak uli. Dah suam-suam tu uli sebati hingga tak melekat. Masukkan dalam piping bag. Guna nozzle bintang. Kalau tak ada nozzle, guna acuan semperit pun boleh. Goreng. Tabur gula or dip dengan coklat. Siap

Wednesday 2 December 2015

Homemade Mcflurry Oreo




Alhamdulillah akhirnya tertunai gak perjanjian dengan anak-anak nak buat aiskrim ni. Naik bingit telinga mama bila abang asik tanya bila nak buat. Asal teringat je tanya, asal terfikir je tanya. Bukan takmo buat tapi selalu lupa nak beli bekas plastik kecik-kecik ni. Nak buat dalam bekas besar boleh je tapi kan lagi cantik dan senang nak makan kononnya. Maka tertunailah janji mama kepada anak-anaknya....Sedap tau sama macam kat McD tu. Sekali adunan ni dapat 15 bekas plastik macam dalam gambar ni. Ambil masa tak sampai 24 jam untuk dihabiskan oleh budak 2 orang kat rumah hahahah...


Mcflurry Oreo

1 liter susu segar full cream
1 tin susu pekat
1 pek oreo - blend jangan halus sangat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette

Mixer kan semua bahan kecuali oreo sampai kembang. Dah kembang, masukkan oreo yang dah di blend tadi separuh. Mixer sekejap je hanya nak bagi sebati. Masukkan dalam bekas. Taburkan lebihan oreo tadi. Masukkan dalam freezer. Esok dah boleh menikmatinya.

Tuesday 1 December 2015

Kek Batik Nestum


Memang sedap. Mudah pulak tu nak buat. Sebelum ni pernah try resepi lain tapi yang ni lagi sedap dan senang. Lagipun kejadiannya tak comot. Elok je bersih. Nak makan pun senang. Thanks namee roslan yang share resepi. Saya cuma tambah nestum sebab  kebetulan memang ada stok. Baik kita habiskan sebelum ia berkulat heheheh.

Kek Batik Nestum

Bahan:

1-1/2 cawan air suam
2-1 cawan milo
3-1/2 cawan susu pekat
4-1 biji telur
5-3 sudu besar serbuk koko/nescafe
6-250g butter - potong kecik
7-1 cawan nestum
8-1 pek biskut marie - patahkan 4

Cara:

Masak semua bahan 1, 2, 3, 4, 5 sampai sebati dalam kuali guna api perlahan. Kacau sentiasa bagi hilangkan ketulan. Sambil tu masukkan butter sikit-sikit. Jangan berhenti kacau. Masukkan nestum. Dah sebati semua tutup api. Lepas tu masukkan biskut marie. Kacau, sebatikan. 

Tuang dalam bekas/loyang yang dilapik dengan plastik atau baking paper. Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3-4 jam. Siap. Boleh makan.