Thursday 2 April 2009

Nasi Moy

Menjenguk ke blog kak izanman ternampak posting dia pasal nasi bubur. Baru teringat nak cerita sabtu lepas saya buat nasi moy atau ada jugak orang panggil nasi air. Dulu masa belajar kat Kuantan selalu nampak ada orang jual tapi tak pernah teringin nak makan atau beli. Bila dah pandai jenguk-jenguk blog orang pasal makanan ni terliur pulak tengok seorang blogger (lupa dah) tu makan nasi moy. Hmm...menyelerakan sungguh. Pertama kali buat last year. Memang sedap. Walaupun banyak step yang kena buat tapi hasilnya memang tiptop...

Sabtu lepas pagi-pagi lagi saya dah sediakan nasi moy nih...lama sungguh tak makan...Seharian saya sekeluarga tak makan benda lain dah. Pagi breakfast roti paratha instant. Lunch nasi moy, dinner pun nasi moy. Azroy pun boleh makan jugak. Kenyang...

NASI MOY

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi - dimasak sedikit lembik
Daging - 1/2 kilo
halia - 5 inch -ditumbuk lumat
cili padi (hijau atau merah) - segenggam
cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
garam,gula sesedap rasa

BAHAN TAMBAH
ikan bilis - digoreng garing
bawang goreng
bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
daun sup - dihiris halus-halus
limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)

**bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara
Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.

Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa. Semua sudah siap.

Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-
kalau tak cukup pedas-tambah air lada .

TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.

CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

No comments:

Post a Comment