Pantai Remis ni salah satu tempat yang selalu sangat saya pergi. Biasanya pergi dengan tujuan nak makan ikan bakar. Dari rumah saya ke sini dalam 40 minit gitulah. Biasa makan ikan bakar sini memang makan ikan semata. Takde nasi or tomyam dan sebagainya. Sedap meratah ikan panas-panas waktu petang. Harga pulak berpatutan. Rasa sedap. Lagi sedap pada saya makan kat Bagan Lalang. Ikan bakar kat sana kering. Kalau kat Pantai Remis ni masih basah-basah. Paling sedap saya suka terubuk. Walaupun banyak tulang tapi sebab sedap, kenala pandai asingkan tulang tu.
Biasa saya pergi sekeluarga besar iaitu ma abah, family kakak dan family saya. Meriahlah meratah ikan. Selain daripada ikan ada juga sotong bakar, udang bakar, kerang rebus atau kerang bakar. Nak order benda lain pun boleh tapi kami memang tak pernah order selain dari bakar-bakar ni. Mungkin datang dah petang, perut masih kenyang.
Kalau nak datang sini kena gerak dari rumah jam 4.00 petang. Sedang elok sampai sana dalam jam 5.00 petang. Kalau tak bersesakla nak masuk lorong Pantai Remis ni. Parking pun penuh. Kedai ikan bakar pun penuh nanti. Kalau dah penuh almaklumlah order pun datang lambat. Pernah kami menunggu order hampir sejam baru sampai. Tapi sebab dah tau peel nya macam tu sabar jelah.
