Wednesday, 30 January 2013

Sotong Szechuan


Hari ni saya berpuasa ganti. Selasa dah mula puasa. Ingat nak habiskan terus mengganti puasa. Tak nak jadi macam tahun-tahun lepas terkejar-kejar nak mengganti bila masa dah makin suntuk. Sendiri yang lelah. Heheh.

Bila dah habis mengganti puasa awal-awal tahun ni bolehlah puasa sunat pulak kalau rajin, insya-Allah.

Semalam  berbuka kat rumah Ma je. Ma masak asam rebus ikan tilapia. Fuuhhh...sedap sungguh hingga menjilat jari. Tapi hari ni Ma keje shift petang. So, tak dapatla menumpang makan kat rumah Ma. Kenala masak sendiri. Memandangkan dah lamaaaaa sangatttt saya tak update blog jadi sebab nak cari resepi-resepi best saya bukalah blog. Terjumpa pula resepi kat arkib yang berlambak-lambak disimpan yang hanya menunggu masa untuk dicuba. 

So, hari ni saya decide nak cuba resepi Sotong Szechuan. Tapi terlebih dahulu nak mohon maaf sebab saya lupa dari blog mana saya copy resepi ni. Kalau ada tuan punya resepi lalu di sini harap halalkan ye. Terima kasih.

Dah siap masak, bau pun sedap. Tak sabar nak makan. Tunggu azan maghrib terus rasa sotong. Walla, memang sedap. Kena dengan selera. Husband pun suka. Walaupun asas bahannya kicap tapi tak sama dengan sotong masak kicap. Memang berbaloi mencuba. 


Bahan-bahan
6 ekor sotong
3 ulas bawang putih - dicincang
6 tangkai cili kering - potong serong (kalau suka pedas tambahkan lagi)
1 labu bawang besar - belah lapan
1 sudu besar kicap sotong (tak ada)
2 sudu besar kicap hoisin (tak letak sebab tak ada saya tambah 2 sudu besar kicap manis)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 batang daun bawang-potong 1 inci
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan
1. Sotong dipotong melintang dan dikelar isinya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sotong, kicap hoisin, kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga rata dan biarkan hingga sotong empuk.
4. Masukkan bawang besar, daun bawang,  garam dan gula. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang semasa masih panas.

Thursday, 13 September 2012

Paprik Udang

Memang sedap. Berbaloi sungguh mencuba resepi Kak DJ. Memang cukup rasa semuanya. Alhamdulillah. Boleh masuk sebagai resepi simpanan menu keluarga. Hehe. Thanks Kak DJ yang sudi share resepi. Nampak bahan banyak tapi sebenarnya senang nak buat dan semuanya memang ada je kat dapur kita kan. Anak-anak pun boleh makan sebab tak pedas sangat.


Resepi Paprik Campur
by : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam atau daging rebus (saya guna udang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit kicap manis/masin
  • sedikit sayur campur (karot, kacang panjang, bunga kobis, jagung muda dll)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4-5 biji cili padi (diketuk)
Cara-cara :
  1. Goreng udang, sotong dan isi ayam/daging hingga 3/4masak. Kemudian, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan tadi, tumis bawang putih hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap dan sedikit air. Kacau sebati. 
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua sayur campur, bawang, daun limau purut, cili padi, dan bahan-bahan selebihnya. Gaul-gaulkan hingga sayur hampir masak.
  5. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan isi ayam/daging tadi. Kacau sebati hingga masak.
  6. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

Monday, 3 September 2012

Kari Ayam Tanpa Santan




Minggu lepas try buat kari ayam tanpa santan. Alhamdulillah menjadi. Saya guna resepi yang dah berkurun disimpan dan saya pun tak pasti siapa pemilik resepi tersebut. Harap tuan resepi halalkan ye. Lepas cubaan guna resepi ni berjaya rasanya saya lebih suka makan kari tanpa santan macam ni sebab tak muak. Saya pernah 2-3 kali je buat kari dengan santan tapi ada sekali tercair sangat sampai langsung tak boleh makan. Ada sekali tu terpekat sangat pulak macam rendang tapi boleh makan dan sedap. Lepas tu setahun tak buat kari dah. Kali ni cuba menjadi pulak. Memang seronok. Lepas ni senangla nak buat kari guna resepi ni je.

KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar cili mesin*- bahan bertanda * blend bersama
  • 2 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
  • 1 biji buah tomato - dipotong menjadi kiub-kiub kecil (saya tak letak)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan serbuk rempah kari ayam
  • 2 batang daun kari
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah 4 (saya tak letak)
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Biar seketika.
  2. Masukkan bahan blend dan biar hingga wangi dan layu. Kemudian masukkan bawang merah yang dihiris nipis bersama buah tomato dan juga daun kari. Biar lagi dan kacau sesekali supaya tidak hangit.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air sambail dikacau-kacau. Agak-agaklah bila masukkan air tu ye. Jangan banyak sangat. Cukup sekadar menjadikan serbuk kari tu pes. Biar di atas api hingga pecah minyak. Sambil tu, sesekali kacau agar tidak hangit.
  4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air agar tidak kering. Biar hingga daging ayam sedikit kecut.
  5. Masukkan air asam jawa dan air biasa hingga mencukupi. Masukkan juga ubi kentang. Biar hingga kentang empuk dan gulai mendidih serta pekat.
  6. Masukkan garam mengikut citarasa dan juga gula. Tutup api.

Friday, 31 August 2012

Puding Roti Marble



Buat puding ni untuk jamu sedara datang bertandang kat rumah beraya. Tengok ada roti kat dapur bolehlah buat. Bahan lain memang ada je kat dapur tu. Buat pun senang. Lagilah mood rajin tu cepat je datang. Sekali hidang terus habis je. Rasa lemak-lemak manis tu memikat selera. Tak cukup makan sepotong. Hehe. Thanks pada tuan punya resepi.

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) saya guna 1 sudu besar emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

 

Tuesday, 5 June 2012

Mushroom Soup

Ini permintaan dari sepupu. Dia memang suka sangat makan mushroom soup ni. Biasanya beli je kat food court tempat dia kerja. RM4.00 dapat semangkuk sup dan dua keping onion bread. Dah dia tanya pandai ke tak buat, saya pun cubalah cari resepi. Dah jumpa ni teruslah buat. Bagi dia rasa. Katanya sedap. Bertambah-tambah dia makan. Tapi cicah dengan roti putih biasa je. Sebab spread onion tu saya takde. Itu kena cari kat Tesco lah. Kedai Acheh memang takde benda tu. Tapi tetap sedap, puas makan.





Mushroom Soup
Resepi:
Minami133@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 org )

1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum


Cara-cara

potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.