Rabu lepas beli cendawan tiram dengan jiran yang mengusahakan ladang cendawan ni. Ni kira hasil kali pertama lah. Dia terus hantar ke depan pintu rumah. Banyak senang zaman sekarang. Dahla order secara online. Tup-tup barang pun sampai. Hehe...
Sebab ni kali pertama hasilnya jadi dia jual murah-murah saja. RM1.00 untuk satu pek yang biasa dijual RM2.00 untuk satu pek kalau kat pasar malam. Saya beli tiga pek. Tengok besar-besar dan segar cendawannya. Beli banyak kang nak buat apa pulak. Membazir je. Cendawan ni kan tak boleh disimpan lama. Nanti berbau dan basah. Dah tak sedap untuk dimakan.
Esoknya ingat nak buat tomyam. Tapi terbuat sup ikan pulak. So, dapat idea nak goreng je cendawan tu celup tepung.
Dah siap basuh, kita toskan cendawan tu. Kalau basah sangat nanti susah nak lekat pulak tepungnya. Lepas tu kacau dua biji telur macam nak goreng telur dadar. Letak tepung Serbaguna Kentucky dalam pinggan supaya senang kita nak golekkan cendawan. Dah celupkan dalam telur tu golekkan pulak cendawan tadi dalam tepung. Buat semua sekali sampai siap. Lepas tu goreng dnegan api perlahan supaya tak hangit. Sebab cendawan ni cepat masak. Dah warna kuning keemasan tu angkat. Cicah dengan sambal kicap. Memang marbeles! Ayam KFC pun out. Hehe
Friday, 22 February 2013
Monday, 18 February 2013
Bihun Sup Simple
Semalam malas pulak nak masak nasi. Dalam esbox ada rangka ayam. Bihun pun ada lagi separuh. Terusla sediakan bahan-bahan untuk buat Bihun Sup. Saya buat yang simple aje tapi insya-Allah sedap dan menyelerakan. Buktinya bertambah dua kali husband makan.
Pastu malam tu ajak jiran dua tiga orang datang makan. Kebetulan dorang nak tengok baju. Sambil tu menjamu selera sekali lah. Selalu dorang datang tengok baju tak hidangkan apa-apa pun walaupun segelas air. Hehe...Tengok dorang makan pun bertambah dua kali, maknanya lulus lah rasanya tuh. Alhamdulillah.
Pastu malam tu ajak jiran dua tiga orang datang makan. Kebetulan dorang nak tengok baju. Sambil tu menjamu selera sekali lah. Selalu dorang datang tengok baju tak hidangkan apa-apa pun walaupun segelas air. Hehe...Tengok dorang makan pun bertambah dua kali, maknanya lulus lah rasanya tuh. Alhamdulillah.
Wednesday, 13 February 2013
Laksa Penang
| Saya tak suka bahan hiasan lain kecuali salad dan telur rebus |
Resepi laksa ni saya dapat di MyResepi tapi maaflah dah lupa siapa tuannya. Dulu semua resepi yang di copy saya tak simpan nama tuannya. Cuma sejak 2-3 tahun kebelakangan ni barulah ada kesedaran nak menyimpan nama tuannya sebagai ucapan terima kasih di atas kesudian berkongsi resepi. Namun siapa pun pemiliknya saya ucapkan ribuan terima kasih.
Resepi ni simple tapi memang sedap. Inilah resepi yang saya guna kalau nak buat laksa. Memang menepati citarasa. Dah siap tu dapatlah bagi pada dua jiran bagi mengganti pemberian mereka pada saya. Lega rasa hati selesai hutang. Hehe...
Bahan Kuah:
1/2 kilo ikan sardin - rebus }
1 biji bawang besar}
5 biji bawang merah}
Belacan sebesar ibu jari}
Segenggam cili kering (lebihkan kalau nak pedas)}
1 tin kecil sardin}blend
5 keping asam
3 biji bunga kantan (belah 2)
Daun kesum
Laksa - rebus
Hiasan:
Bawang besar
Nenas
Salad
Timun
Lada
Telur rebus
Ikan dibersihkan dan direbus. Asingkan tulang dan isi. Isi dikisar halus bersama bahan-bahan lain.
Tulang dikisar bersama air rebusan dan tapis.
Masukkan semua bahan dalam periuk dan tambahkan air ikut kesesuaian. Kacau sebati sehingga mendidih. Tambahkan perasa. Hidangkan bersama laksa dan bahan hiasan.
Kerabu Sotong
Bahan:
4 ekor sotong - rebus sekejap
3 batang serai - hiris nipis
2 bunga kantan - hiris nipis
Daun kesum
1 biji tomato - potong dadu
5 biji cili api
7 biji limau kasturi - ambil airnya
1 biji bawang besar - mayang
Garam, gula dan perasa
Sotong dibersihkan dan direbus sekejap. Potong kecil-kecil.
Campurkan semua bahan dan gaul. Siap.
Wednesday, 30 January 2013
Sotong Szechuan
Hari ni saya berpuasa ganti. Selasa dah mula puasa. Ingat nak habiskan terus mengganti puasa. Tak nak jadi macam tahun-tahun lepas terkejar-kejar nak mengganti bila masa dah makin suntuk. Sendiri yang lelah. Heheh.
Bila dah habis mengganti puasa awal-awal tahun ni bolehlah puasa sunat pulak kalau rajin, insya-Allah.
Semalam berbuka kat rumah Ma je. Ma masak asam rebus ikan tilapia. Fuuhhh...sedap sungguh hingga menjilat jari. Tapi hari ni Ma keje shift petang. So, tak dapatla menumpang makan kat rumah Ma. Kenala masak sendiri. Memandangkan dah lamaaaaa sangatttt saya tak update blog jadi sebab nak cari resepi-resepi best saya bukalah blog. Terjumpa pula resepi kat arkib yang berlambak-lambak disimpan yang hanya menunggu masa untuk dicuba.
So, hari ni saya decide nak cuba resepi Sotong Szechuan. Tapi terlebih dahulu nak mohon maaf sebab saya lupa dari blog mana saya copy resepi ni. Kalau ada tuan punya resepi lalu di sini harap halalkan ye. Terima kasih.
Dah siap masak, bau pun sedap. Tak sabar nak makan. Tunggu azan maghrib terus rasa sotong. Walla, memang sedap. Kena dengan selera. Husband pun suka. Walaupun asas bahannya kicap tapi tak sama dengan sotong masak kicap. Memang berbaloi mencuba.
Bahan-bahan
6 ekor sotong
3 ulas bawang putih - dicincang
6 tangkai cili kering - potong serong (kalau suka pedas tambahkan lagi)
1 labu bawang besar - belah lapan
1 sudu besar kicap sotong (tak ada)
2 sudu besar kicap hoisin (tak letak sebab tak ada saya tambah 2 sudu besar kicap manis)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 batang daun bawang-potong 1 inci
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan
1. Sotong dipotong melintang dan dikelar isinya.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering dan kacau hingga garing.
3. Masukkan sotong, kicap hoisin, kicap pekat, sos tiram dan kicap manis. Kacau hingga rata dan biarkan hingga sotong empuk.
4. Masukkan bawang besar, daun bawang, garam dan gula. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang semasa masih panas.
Subscribe to:
Posts (Atom)
