Friday 3 June 2011

Popia Kentang

Balik keje lepas masak untuk dinner aku try buat popia kentang ikut resepi kak sitidelima. Mula-mula buat tu tak pandai nak menggulung. Abes kuar segala isi perut popia. Cuba dan cuba lagi rupanya kena mula gulung dari sudut kulit popia. Oh, barulah ku tahu macam itu rupanya. Dapatlah dekat 30 biji popia. Aku goreng dalam 15 biji. Selebihnya aku frozenkan. Hasilnya sangat memuaskan. Next time boleh buat lagi banyak-banyak dan frozenkan. Senang kalau ada tetamu datang.

Popia Kentang (resepi setelah diolah ikut bahan yang ada)

5 biji kentang - rebus dan lecek
1 biji bawang besar -cincang
2 biji bawang putih -cincang
1/2 serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
1 sudu besar tepung + sikit air - untuk gam kulit popia

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika. Perasakan dengan sikit garam.
Masukkan kentang. Kecilkan api. Gaul rata. Tutup api. Sejukkan inti.
Gulung inti dalam kulit popia hingga habis. Goreng hingga kekuningan. Siap.


Untuk resepi asal sila ke blog www.sitidelima.com

No comments:

Post a Comment