Monday, 20 November 2017
Piknik di Ulu Slim Eco Park, Tanjung Malim
Best sangat tempat ni. Kawasan besar, bersih, terjaga, kemudahan pun cukup lengkap. Sungai pun best. Boleh pilih nak cetek ke, dalam ke, yang berbatu ke. Ikut kita. Pondok dan wakaf pun ada banyak disediakan. Wakaf siap ada point plug, lampu. Memang sangat sesuai nak berpiknik. Siap boleh bawakla rice cooker ke apa.
Saya plan nak camping separuh hari sebenarnya. Siap bawak dah khemah dan semua peralatan tapi kali ni pergi dengan kawan perempuan dan anak-anak 6 orang. Memandangkan takde lelaki dewasa dalam group kali ni, malas pulak nak pasang khemah. Memikirkan nak pasang dan kemas balik tu yang sungguh la malasnya. Hehehe
Jadi kami duduk kat pondok je masak-masak dan makan. Anak-anak macam biasalah terus terjun sungai. Mandi tak ingat dunia sampai kecut kaki tangan. memang dah siap-siap pakai baju mandi dari rumah. Dalam kereta asyik tanya bila nak sampai, bila nak sampai. Perjalanan lebih kurang sejam setengah dari rumah saya di Sungai Buloh.
Walaupun tempat ni jauh ke dalam dan sunyi, tapi ada pengawal keselamatan yang jaga pagar 24 jam. Pagar pun sentiasa ditutup.
Bila sampai sini tengok macam best pulak kabin tempat penginapan yang disediakan. Sebab malas nak pasang khemah, kami pun booking la kabin 1. First time la masuk dalam kabin yang dibuat bilik. RM120 sebuah kabin tapi berbaloi la sebab ada 6 katil single, 6 towel, 6 sabun mandi. Ada toilet dalam kabin, aircond. Puas hati sangat la. Yang penting memang bersih dan terjaga. Landskap dorang pun cantik. Penuh dengan pokok bunga. Pastu nampak ada toilet untuk kegunaan orang awam yang dalam pembinaan.
Masa kami kat sini ada 2 buah kereta datang camping. Lepas tu ada dalam 3-4 buah kereta yang datang picnic macam kami. Bayaran untuk yang datang picnic sahaja dorang caj RM15.00 untuk satu kereta, yang camping RM25, kabin pulak RM120. Tapi ada kabin VIP yang ada katil queen dalam RM200 rasanya. Tak ingat pulak harga.
Yang tak pernah lagi sampai kawasan sini, bolehlah try. InsyaAllah berbaloi. Sebelum datang belilah semua keperluan sebab kat sini memang takde kedai makan. Lagi satu line Umobile memang langsung takde ye. Maxis pun slow. Tapi bagus juga takde sebab kurang gangguan dan dapat tumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak hahahahaha...
Labels:
Aktiviti,
Back to Nature,
Camping,
Sungai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menarik tempat ni
ReplyDeleteboleh walk-in je ke? ke kene book kalau nak stay kat dalam cabin tu?
walk in je blh. sy pun walk in je. takde booking pun
ReplyDelete