Wednesday, 8 June 2011

Onde-Onde

Teringin pulak nak makan onde-onde atau lebih dikenali buah melaka. Try buat dalam 2 cawan tepung. Menjadi jugak cuma ada tebal ada nipis. Tak konsisten lagi. Tapi senang jugak nak membuatnya. Cuma kena adjust tebal dan nipis. Kalau tebal agak kenyal sikitlah kuih ni. Kalau nipis tu sedap je masuk mulut. Resepi ni agak-agak sendiri je.

2 cawan tepung pulut
Segenggam tepung beras
Jus pandan atau pewarna + air
Kelapa parut putih + garam - untuk gaul
Gula melaka - potong kecil

Cara:
Gaul tepung dengan air sikit demi sikit hingga tidak melekat di tangan.
Ambik sedikit doh dan leperkan. Masukkan gula melaka. Gentel bulat.
Dah siap semua, masukkan dalam air didih. Bila timbul dipermukaan ambik dan sejat. Golekkan dalam kelapa. Siap.

Friday, 3 June 2011

Popia Kentang

Balik keje lepas masak untuk dinner aku try buat popia kentang ikut resepi kak sitidelima. Mula-mula buat tu tak pandai nak menggulung. Abes kuar segala isi perut popia. Cuba dan cuba lagi rupanya kena mula gulung dari sudut kulit popia. Oh, barulah ku tahu macam itu rupanya. Dapatlah dekat 30 biji popia. Aku goreng dalam 15 biji. Selebihnya aku frozenkan. Hasilnya sangat memuaskan. Next time boleh buat lagi banyak-banyak dan frozenkan. Senang kalau ada tetamu datang.

Popia Kentang (resepi setelah diolah ikut bahan yang ada)

5 biji kentang - rebus dan lecek
1 biji bawang besar -cincang
2 biji bawang putih -cincang
1/2 serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
1 sudu besar tepung + sikit air - untuk gam kulit popia

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika. Perasakan dengan sikit garam.
Masukkan kentang. Kecilkan api. Gaul rata. Tutup api. Sejukkan inti.
Gulung inti dalam kulit popia hingga habis. Goreng hingga kekuningan. Siap.


Untuk resepi asal sila ke blog www.sitidelima.com

Tuesday, 17 May 2011

Puding Laici

Minggu lepas dah tersilap terbuka satu tin susu cair untuk buat puding delima...Jadi untuk elakkan membazir takut susu tu rosak aku pun buatla puding laici memandangkan semua bahan ada kat rumah...Hmm...memang sedap..seperti biasa aku sorang je yang mengadap...

Sunday, 8 May 2011

Siakap 3 Rasa

Selalu sangat dah buat masakan ikan ni. Resepi asal aku ikut dayangjack yang memang terror masak lauk-pauk. Semua resepi dia yang aku cuba memang sedap. kalau ada tetamu berkunjung ke rumah bolehlah masak ikan macam ni. Mesti dapat pujianlah. Hehe.

Siakap 3 rasa Dayangjack

Bahan2
1 ekor ikan (digoreng hingga masak)
1 labu bawang besar (hiris dadu)
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
sedikit bancuhan tepung jagung
#hirisan nanas,epal,tomato,timun,cili benggala - option

Cara2
- panaskan minyak.Tumis bawang besar,bawang putih,bawang merah,hingga wangi
-Masukkan sikit air dan semua bahan sos secukupnya.Masukkan garam dan perasa
-Masukkan bahan2 bertanda # kacau seketika.Kalau nak pekat masukkan bancuhan tepung jagung.
-Curah atas ikan dan hidang.

Tuesday, 19 April 2011

Spagetti Carbonara

Selalu sangat dok buat spageti bolognese. Kali ni kita try buat lain pulak. Kebetulan tengah musim kawan blogger masakan dok buat spageti carbonara ni. So, aku pun tryla buat jugak. Tengok macam senang je. Bahan pun sikit je. Bila dah siap terus rasa semangkuk. Sedap. Pastu aku simpan je untuk makan sama-sama ngan Mr. Jay. Tup-tup bila dia bangun terus je habiskan semua sekali. taulah memang suka makanan macam tu tpai janganlah sampai lupa isteri. Huhu. Tak boleh nak marah sebab puas tengok dia makan habis licin. Tapi lainkali kalau buat kena ada side dish macam ikan bakar ke baru lebih ngam.


Bahan-bahan ( 3 Orang ) resepi dari MyResepi oleh Ayu

1/2 paket spaghetti - dimasak spt arahan dipaket
1 tin sos carbonara prego.
3 biji bawang putih - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5-7 ketul cendawan butang (nak lbh pun boleh) - dihiris sederhana nipis
10-15 ekor udang sederhana besar (nak lbh pun boleh) - aku tak letak sbb xde stok

1-2 batang celery - dihiris -tak letak juga
minyak utk menumis
lada sulah
garam (optional)
1/2 tin air (tin prego)


Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. 2.Masukkan sos pasta & air.biarkan sehingga hampir mendidih.jgn lupa utk mengacau supaya tak b'ketul
3.Masukkan udang & batang celery.
4.Masukkan lada sulah & garam.Bila dah mendidih padamkan api.
5.Boleh dihiaskan dgn parsley flake.siap utk dinikmati!!!