Tuesday 4 January 2011

Ayam Panggang ala kenny rogers


Sabtu lepas panggil orang datang kemas rumah. Tak larat rasanya kemas sendiri. Lagipun kain-kain yang menimbun itu buatkan takde mood nak kemas rumah. Sambil-sambil tengok dia kemas rumah sambil tu jugak buat soto. Bolehla ajak dia makan sekali. Beli ayam seekor tapi besar betul ayam. Potong 4 dan saya hanya guna 2 bahagian untuk buat soto tu.
Sedang dibakar
Semalam cuti sempena hantar Azroy sekolah tadika 6 tahun. Balik sekolah tu terus fikir nak buat ayam bakar. Cari punya cari resepi semua kata Ayam Panggang ala Kenny Rogers sedap. Saya pun nak buat jugak tapi banyak bahan yang tak cukup. Akhirnya buat aje resepi sendiri diolah dari resepi Ayam ala Kenny Rogers tu yang diambil kat blog kak hana jepun. Thanks.
ni resepi setelah diolah:
setengah ekor ayam-dibersihkan
3 biji bawang besar}

4 biji bawang putih}
1 sb cukup rasa}
2 sb madu}
serbuk lada hitam}
1 1/2 st garam} blend semua
kicap cair
kicap pekat-campurkan dalam bahan blend

-lumurkan pada ayam dan perapkan selama lebih kurang 1 1/2 jam
-sapukan butter pada ayam dan bakar
-setengah jam kemudian sapukan lagi bahan blend untuk elakkan ayam kering
-45 minit kemudian balikkan ayam. Lumurkan lagi bahan blend.
-agak-agak dah masak boleh diangkat dan hidang bersama kentang goreng/sos lada hitam/kentang putar.
-saya makan dengan nasi aje sbb semua takde...tapi sedap

No comments:

Post a Comment