Monday, 29 October 2018
Waffle Lembut Gebu
Sebenarnya dah lama tak buat waffle. Lepas tu Iris selalu lah beli kat depan Speedmart tu sekeping RM3.00. Padahal mama buat dapat berkeping-keping kan. Akhirnya mama rajin malam ni. Terjadilah waffle ni. Saya lebihkan sikit susu segar dan dapatlah waffle lembut yang sedap.
Waffle
3 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
1 1/2 cawan fresh milk
1 cawan gulan
1 cawan butter cair
2 biji telur gred B
1 st esen vanilla / esen waffle
Campur semua, mix sebati. Bakar dalam acuan waffle. Siap
Friday, 26 October 2018
Kek Marble Harimau Malaya Rasa Oren dan Coklat
Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Tapi saya guna butter biasa aje. Bukan pure butter macam yang dicadangkan dalam resepi. Tapi sedap. Siapa yang suka kek oren mesti suka ni. Gebu pulak tu. Saya ikut resepi Cikgu Azlina Ina di FB.
![]() |
| Terlebih adunan koko |
Kek Marble Harimau Malaya
Bahan-bahan
250g pure butter
1 1/4 cawan gula halus / 180g cawan
6 bijik telur ayam gred B
2 cawan tepung self rising/200g tepung self rising
4sb susu segar
1sk emulco oren
1sk emulco lemon
2sb serbuk koko
1 biji buah oren - sagat dan untuk hiasan
Mix butter, gula dan emulco oren hingga kembang.
Masukkan telur sebijik-sebijik. Mix slow dulu bagi sebati. Dah masuk semua baru lajukan mixer.
Matikan mixer, masukkan 2 senduk tepung yang telah di ayak selang seli dengan susu.
Dah habis semua tepung, parutkan kulit limau oren sikit bagi wangi. Kacau sebati.
Bahagi dua adunan. 1 adunan tambah serbuk koko. Kacau sebati.
1 adunan lagi tambah emulco lemon dan pewarna oren.
Lapik baking paper dan masukkan adunan berselang seli sampai habis. Potong buah oren nipis dan hiaskan di atas adunan untuk hiasan.
Bakar suhu 180 api atas bawah. Siap.
Thursday, 25 October 2018
Cubaan Membuat Pastry Fruit Cake Viral
Asik lalu lalang kat wall FB. Mana boleh tahan. Rasa macam kek ni paling kuat penangan viral dia. Semua dok buat. Kawan-kawan yang jarang buat kek pun terjebak. Mula tu bertahan lagi sebab stok strawberry dan blueberry susah nak dapat di kawasan rumah saya. Kena pergi Tesco baru ada. Malas lah nak pegi semata-mata nak beli tu kan.
Pastu kakak pulak rajin tolong belikan. Murah katanya. Ala yang Tesco buat clearance stok tu. Tapi masih elok. Semua half price. Okeylah kita pun buat. Terjebak la akhirnya kan.
![]() |
| Sebelum di bakar |
BAHAN-BAHAN
###########
125gm butter cair (Ciknad guna microwave)
150gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
200gm tepung superfine + 1st baking powder
100gm sourcream
###########
125gm butter cair (Ciknad guna microwave)
150gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
200gm tepung superfine + 1st baking powder
100gm sourcream
Utk hiasan :
Strawberry, blueberry, pic.
Strawberry, blueberry, pic.
CARA-CARA
#########
1)Satukan gula castor, telur, esen vanilla dan susu pekat. Hand whisk semuanya hingga sebati. (Jangan guna mixer)
#########
1)Satukan gula castor, telur, esen vanilla dan susu pekat. Hand whisk semuanya hingga sebati. (Jangan guna mixer)
2) Masukkan butter cair dan sourcream, hand whisk lagi hingga sebati. Make sure kacau hingga sourcream larut, tidak berketul-ketul.
Dah sebati cukup, jgn over mix.
Dah sebati cukup, jgn over mix.
3)Kaup balikkan tepung dalam adunan. Sebatikan semuanya.
4)Tuang dlm tray 9". Susun buah2 hiasan diatas cake. Jangan tekan ya, letak slowly. Satu lagi, make sure semua buah kering utk elakkan buah tenggelam. Boleh lap sikit guna kitchen tissue.
5) Bakar160°c, 45 minit atau hingga masak sempurna.
6) Selepas keluar dari oven, biar kek sejuk sikit then ayak Snow powder diatasnya.
Monday, 23 July 2018
Puding Roti
Saya buat ini sewaktu Jamuan Raya di pejabat. Saya double kan bahan untuk dapat potion yang banyak. Habis licin. Tak perlu kuah kastard.
Puding Roti Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis
Cara cara:
Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah
diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan
sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser
dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan
air panas untuk membakar secara steam bath.
Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia
untuk dihidangkan.
![]() |
| Sebelum bakar |
Friday, 20 July 2018
Hokkaido Cup Cake Mudah dan Sedap
Sejak akhir-akhir ni saya memang rajin sangat try macam-macam resepi kat Facebook. Cadangnya nak buat bisnes kecil-kecilan dari rumah memandangkan memang dah ada customer tetap cookies crunchy coklat chip tu.
Kali ni saya try Hokkaido Cup Cake resepi dari Azlina Ina. Tengok macam susah tapi bila dah buat senang rupanya. Alhamdulillah menjadi tapi macam biasala kena ada penambahbaikan dari segi rupa dan presentation kan kalau nak jual. Apa pun puas hati la mencuba resepi ni. Budak-budak pun suka sangat.
Ok langkah petama kite asing kan
4 bijik telur kuning dan putih
So yg kuning ni kite campur dgn
3sb gula ina blender gula kasar jd halus ikut petua ni jgn maleh nau
1sk esen vanila
Ok kacau2 je gune whisk ke senduk ke smpai sebati
Sementara tu putih telur td 4 bijik kan tambah kan 4sb gula yg diblender juge ina mmg manis kan sbb inti ade masam2 sket so balance dan 1sk cream off tartar atau 1sk perahan lemon mana2 yg ade mix 20 mnt hight speed smpai jd merengue bukan mereng hee
Sementara tu ayak tepung gandum 1/2 cawan+1/2sk baking powder
Dan sedikit garam halus+2sb tepung jagung atau custard
Bebalik pd telur kuning td boleh masukkn susu cair 1/2 cawan sket2 dan kacau rata
Minyak 1/4 cawan atau dalam 5sb kacau jugak
Masuk tepung sket2 smbil kacau
Ok amik 1 senduk merengue td msuk dalam adunan dan kaup balik bukan mcm kacau dodol plak kang adunan cair xjd
Dan seterus smpai abis smpai adunan jd cam ni last sekali gebu bukan cair egt tu
Masuk dalam cup 3/4 atau hampir penuh
Panaskan oven 180 5 mnt masukkn cup kek nye dan turun kann
suhu 160 atau 170 masa 20 hngga 25 mnt atau smpai permukaan perang cucuk lidi kua berseh
Ok bile dah masak biakan 5 mnt dalam oven sbb die chiffon mmg die akan turun 20% xyah la nak nangih tepi bucu oven xpe nye
Filling die
125 g cream cheese
3sb atau nak manis lebihkan gula icing
Mix smpai kembang+sedikit perahan lemon kalau nak masam sket xnak xyah
2sb whipping /susu cair bg filling leleh2 sket
pilihan xnak letak xpe
Mix sebati masuk piping beg gunting ujung die dan paip kan cupkek
Tabur gule icing dan letak hiasan
![]() |
| Sebelum bakar. Next time kena bubuh tinggi lagi adunan tu |
![]() |
| Masak elok tapi dia memang turun lepas dah sejuk |
![]() |
| Lepas dah isi filling cream cheese dan tabur gula icing |
Subscribe to:
Posts (Atom)












