Thursday 20 February 2014

Puding Roti


Buat puding roti ni Sabtu lepas masa nak melawat mak mertuaku yang datang dari Johor. Kebetulan memang ada roti teruslah buat. Kali ni lain sikit sebab saya bakar dalam Grill pan Vantage. Terkejut jap sebab cepat benar masaknya. Kurang dari 15 minit dah masak. Sedap dok tengok tv tiba-tiba bau semerbak puding roti dalam rumah. Pegi jenguk tengok dah masak. Bawahnya pun dah hitam. Nasib baik tak pahit. Mak mertuaku cakap yang hitam tu yang sedap. Heheh. Pandai mak mertuaku.

Puding roti ni memang roti je semata sebab kismis dah kehabisan stok. Tapi makan dengan sos kastard memang terasa nikmatnya. Ada jugak yang makan dengan aiskrim tak pun sos coklat Hershey's pun sedap jugak.






PUDING ROTI 
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan: 
A: 
500 ml susu segar/fresh milk 
8 keping roti (gardenia/high 5) 

B: 
4 sudu besar gula halus 
2 sudu besar butter 
2 biji telur ayam 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar tepung jagung 

C: 
2 sudu besar kismis hitam 

Sos Kastad 
1 tin susu cair 
2 s/b tepungkastad 
2 s/b gula 

CARA: 
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam 
2. Kacau dan gaul rata bahan B. 
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang. 
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. 
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar. 
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. 

NOTA: 
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. 
ataupun cream coklat. 

No comments:

Post a Comment