Wednesday 5 February 2014

Roti Jala Mudah

Memang mudah dan sedap. Lembut je. Lepas ni senanglah nak menjala. Bahan pun yang mudah-mudah aje. Saya terlebih rajin buat roti jala ni sebab ada tetamu kat rumah. Sempena CNY tu family dari JB datang berjalan. Saya masak kari ayam untuk tengah hari. Tengok masih ada lebihan dua tiga ketul ayam saya pun menjala untuk minum petang. Amalkan berjimat cermat kononnnya. Jangan membazir. Hehehe

Asal boleh je corak yang jadi. Janji kenyang :)

Posing atas pinggan Arcopal yang dibeli kat car boot sale
Tengok resepi pun mudah je. Teruslah buat. Paling istimewa sebab kali ni tak guna acuan roti jala yang dibeli kat kedai tapi kita buat sendiri punya. Tengok kat youtube. Cuma perlukan botol air mineral, paku yang dipanaskan. Lepas tu tebuklah lubang kat penutup botol tu. Siap. Masukkan batter roti jala dan bolehlah mula menjala. Senang sangat membuatnya. Toksah kalut dok beli acuan dah.

Roti Jala Mudah (Dapat dalam 20 keping)
Sumber: MyResepi

Bahan:
150g tepung gandum
1 biji telur
150ml air
150ml susu segar atau santan
3 sudu mentega cair - saya letak minyak
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit

Blend semua bahan. Tapiskan. Masukkan dalam acuan. 
Panaskan kuali leper. Letakkan minyak sikit dan mulalah menjala. Siap!


No comments:

Post a Comment