Thursday, 29 November 2018
Persediaan Nak Ke Krabi dan Hatyai Menaik Kereta
Hari ni saya nak share beberapa persediaan saya nak ke Krabi dan Hatyai pada 26 November 2018 akan datang ni. Sebenarnya ni kali kedua saya ke Thailand dengan kereta. Sebelum ni pada 2016 kami ke Krabi - Phuket - Hatyai. Kali ni hanya ke Krabi - Hatyai saja. Tak larat nak drive jauh lagpun cukuplah sekali ke Phuket. Krabi tu nak pergi lagi sebab masa pergi dulu tak berpeluang nak snorkelling sebab masa tu waktu hujan. Kali ni harapnya ada rezeki nak snorkelling di Krabi dan makan pancake Krabi. Anak-anak pun rindu sangat nak makan pancake Krabi yang super sedap tu. Hatyai pulak memang rindu semua terutamanya bab makan. Memang rindu sangat la. Lepas tu Hatyai lebih banyak tempat nak berjalan berbanding Phuket dan Krabi.
Ok, back to our topic berkenaan persediaan saya nak ke Krabi dan Hatyai menaiki kereta sendiri. Memandangkan zaman teknologi ni, semua di hujung jari saja. Jadi kita beli siap-siap insurans dan roadtax kereta nak masuk Thailand secara online. Saya pilih NZ Northern Enterprise. Harganya semua sekali termasuk poslaju RM45. RM45 ni untuk insurans dan roadtax kereta 3rd party, white card (TM6), Borang TM2/3 dan juga poslaju dokumen ni semua pada kita. Servis company ni memang cepat. Hari ni saya whatsapp, bayar, esok dah sampai. Selesai bab insurans kereta.
Lepas tu saya booking hotel di Krabi dan Hatyai. Saya booking seminggu sebelum tarikh pergi. Kita boleh pilih ikut bajet kita, kawasan dan sebagainya. Elok kalau kita book siap-siap hotel ni bagi elakkan kecelaruan bila sampai sana. Sebab kalau dah book awal, senang sampai sana terus ke hotel. Takdelah baru nak cari-cari. Saya dah alami waktu pergi tahun 2016. Kononnya sebab ada kereta, kami decide sampai sana baru cari hotel dan akhirnya kami buang masa sejam lebih cari hotel. Waktu cuti sekolah, banyak hotel full. Konon nak hotel tepi pantai Ao Nang tapi akhirnya kami terpaksa ambik hotel di Bandar Krabi. Cuma dapat lebih murah lah. Waktu tu hotel di Bandar Krabi tak sampai RM100 untuk satu malam tapi selesa.
Kali ni book siap-siap di Oscar Villa Ao Nang Krabi. Jarak ke Pantai Ao Nang sejauh 3km. Okeyla, tak jauh mana sebab ada kereta sendiri nak bergerak. Harga hotel ni RM296.42 untuk dua bilik jenis Bedroom Villa satu malam. Yang ini dah bayar siap-siap secara online melalui Agoda.
Untuk Hatyai pulak saya pilih Grand Plaza Hotel. Harga bilik RM271.00 untuk dua bilik jenis Deluxe Double Room satu malam. Yang ini melalui Booking.com tapi bayar di hotel waktu check in. Jadi, jangan lupa aktifkan kad kredit atau kad debit sebelum ke sana. Cuma call pihak bank dan minta dia aktifkan.
Yang terakhir jangan lupa ambik travel insurans. Kita memang tak nak apa-apa berlaku tapi siapalah kita nak melawan takdir kan. Lebih baik kita ambik je insurans ni. Sebelum ni saya ke mana-mana memang tak pernah ambik insurans travel ni tapi bila baca banyak kejadian tak diingini berlaku kepada para pelancong kita, rasa perlulah saya ambik insurans ni. Harga pun tak mahal. Cuma RM66 untuk satu keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak)
Saya ambik AXA Smart Traveller sebab rasanya ini paling murah dan review dari orang lain yang kata senang untuk urusan claim. (Harapnya saya tak perlu claim)
Kos Setakat ini
Insurans Kereta : RM45.00
Insurans Perjalanan : RM66.00
Hotel Krabi : RM296.42
Hotel Hatyai : RM271.00
Total : RM678.40
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment