Hari ni saya nak share pasal camp site ni bagi yang
berminat. Tempat ni memang best, masih mengekalkan alam semulajadi, tak banyak
kemajuan / perubahan / pembangunan yang dilakukan. Mana yang nak bercuti dengan
selesa, aircond, tidur atas tilam empuk, ini bukan tempatnya.
πTeksi dari airport ke
Jeti Marang RM50.00. Perjalanan lebih kurang 30-40 minit.
π€Bot pergi balik sorang
RM40.00 dewasa / RM25.00 kanak-kanak. Kaunter bot dia nombor 14. Di bahagian
belakang. Perjalanan dari jeti ke pulau lebih kurang 10 minit.
Boat schedule
Marang Jetty to Kapas Island
9:00am, 11:00am, 1:00pm and 3:00pm 5:00pm
Kapas Island To Marang Jetty
9:30am, 11:30am, 1:30pm and 3:30pm 5:30pm
Marang Jetty to Kapas Island
9:00am, 11:00am, 1:00pm and 3:00pm 5:00pm
Kapas Island To Marang Jetty
9:30am, 11:30am, 1:30pm and 3:30pm 5:30pm
Tapi semuanya boleh dirunding. Call je no 017-965 2968 ni
⛺️Khemah RM15.00 sorang / khemah
sendiri RM10.00 sorang
π½Makan minum sendiri.
Boleh bawa bekalan makanan untuk memasak sendiri. Kemudahan tempat memasak
semua ada disediakan. Kalau tak bawa boleh makan di kafe sebelah Koko
Restauran. Makanan sedap, tempat cantik, bersih. Harga pulau tapi takla
melampau sangat. Sedang-sedang saja harganya. Tapi lagi best kalau dapat masak.
Orang puteh pun masak tau. Style open kitchen. Share dengan semua orang. Kalau
rajin, bawakla dapur sendiri.
π’ππ π¦Snorkeling RM25.00 sorang unlimited time. Dia hantar
kita kat area snorkeling lepas tu dia ambil kita semula ikut masa yang kita nak
balik jam berapa. Best sangat macam dalam aquarium, banyak ikan. Puas hati.
Jangan lupa bawa roti, kamera waterproof. Lupakan sunburn. Benda boleh hitam,
kenapa nak putih πππ
π±Caj henfon mulai dari
jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam je. Maka pandai-pandaila korang berjimat
cermat bateri henfon tu. Powerbank jangan lupa bawa. 2-3 ketul bawak lagi
bagus. Takyah caj henfon sebab tempat caj tu kat dapur. Bukan dalam khemah
heheh
πBawakla sleeping bag
untuk keselesaan. Kalau tak bawak, boleh mintak tilam tapi tak sure harga
berapa. Sebab tengok pak arab sebelah mintak tilam.
π¦Torch light untuk
kegunaan di malam hari. Tapi saya guna henfon aje. Tak berkeperluan sangat
lah sebab kat toilet, dapur, tempat makan ada lampu. Nak guna waktu dalam
khemah kalau nak cari barang je waktu malam.
πΏπ½asing lelaki
perempuan tapi jenis toilet terbuka. Maksudnya mandi beramai-ramai. Toilet nak
membuang je ada pintu. Nak mandi kena di ruang mandi beramai-ramai macam kat
asrama. Bawakla kain basahan
ππ‘ Baju
mandi, selipar jangan lupa bawak. Kalau tak, memang jahanam la kasut. Kalau
takde, boleh beli kat jeti. RM5.00 je sepasang. Kedai kat pulau ada tapi jauh
sikit dari campsite.
πππͺπ₯π₯Makanan ringan dan air mineral pun bawakla
sebab bila camping ni memang asik lapar. Tambah yang bawak anak. Dorang kerja
nak mandi laut je pastu balik khemah lapar. Pi main pasir, balik khemah lapar
hehehe
πAkhir kata, tempat
best, bersih, kelengkapan cukup, berbaloi dengan bayaran, staf (mungkin tuan
punya) pun bagus, sangat membantu, boleh dibawa berunding, tak berkira bab
bayaran ni. Kita pulak cari dia nak bayar. Risau terlupa je kan π
Ini dulu setakat ni. Kalau ada apa lagi saya tambah.
Toilet |
No comments:
Post a Comment