Monday, 30 March 2009

Lepat Pisang

Hari ni malas nak pegi kerja. Rasa cam ngantuk sangat lagipun alarm yang jam 5.45 pagi tadi tak dengar. 6.10 baru dengar. Mana sempat. Lagipun hari Isnin jalan jem. Memang kena keluar awal sekarang. Lepas hantar Azroy singgah kedai beli pisang nak buat lepat. Minggu lepas dah buat tapi dapat dalam 10 biji. Dapatla saya merasa dua biji sebab yang lain bagi kawan ofis yang suka sangat makan lepat. Hari ni saya buat dua adunan. Dapat 27 biji dan try letak inti kelapa. Sedap jugak. Lagipun sangat senang nak buat. Tak sampai sejam dah siap tapi kena tunggu sampai betul-betul sejuk baru boleh makan. Kalau tidak rasanya tak sedap. Walau apa pun, resepi lepat pisang kak hanieliza ni memang sedap...thanks kak...

Resepi lepat pisang Kak Hanieliza

2 cawan pisang lenyek (sya guna pisang berangan)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
secubit garam
2 sudu besar susu tepung
daun pisang secukupnya (direbus 30 saat untuk memudahkan melipat)

Cara:
Campur kesemua bahan hingga sebati.
Letakkan sesudu ke atas daun pisang dan lipat.
Susun dalam kukusan dan kukus dalam 15-20 minit.
Sejukkan baru dihidang.

Tuesday, 24 March 2009

Choc Chips and Almond Cake

Minggu lepas belek-belek archieve resepi kat Cari.com terjumpa resepi ni yang dipost oleh Maklang...Bahan-bahan pun semua ada kat rumah dan cara buat pun senang...Balik keje terus menggodek kat dapur dan hasilnya tidak mengecewakan....Sedap...Lagipun asyik buat kek coklat dah naik jemu...rasanya pun lain dari kek biasa yang pernah aku buat...Separuh saya bawak ke ofis jamu kawan-kawan...Separuh tinggal kat rumah...2 hari je dah langsai....

CHOCOLATE CHIPS & ALMOND CAKE
sumber : Jo's Deli & Bakery

INGREDIENTS: 175g butter/margarine
160g caster sugar
3 large eggs
225g all-purpose flour, sifted
2 tsp baking powder. sifted with all-purpose flour
40g badam cincang
2 tbsp susu tepung
100g chocolate chips, coated with flour
25g flaked almonds, coated with flour

METHOD:
Preheat oven at 180 deg C. Prepare a greased 8 inch cake tin.
Cream together the butter/margarine and sugar until light and fluffy. Add the eggs one at a time, beating well between each addition.
Fold in the flour, baking powder, ground almond and milk into cake batter.
Finally, fold in chocolate chips and flaked almonds.
Bake in the preheated oven for 50-55 minutes until golden brown and springy to touch.
Leave to cool in the tin for about 5 minutes before turning the cake onto a wire rack to finish cooling.

Friday, 20 March 2009

Popia Nestum

Dah dekat 2 minggu kulit popia bertapa dalam esbok...Memang dah ada cadangan nak buat apa tapi virus M sering melanda diri saya....huhu...Dah dekat 3-4 kali kuar masuk kulit popia tu dari dalam ke luar esbok...Balik keje macam nak buat tapi bila dah baring mulalah virus M melanda....Akhirnya takut terbuang macam tu aje, lagipun Jay yang beli..Kang bising pulak kawan tuh...
Bangun je dari tidur petang hari Ahad lepas terus berkobar-kobar nak buat popia nestum...Apa lagi teruslah menggulung sambil tengok Kisah labu-labi lakonan Nabil ngan Fizz Fairuz yang comel...Nak menghabiskan satu peket pun rasa nak muntah...Gulung punya gulung akhirnya siap....Azroy pun sempat menggulung dan menggunting juga...Nasib baik dia datang benda dah nak siap..Kalau tidak jadi belacan jelah...
Terus goreng dan masukkan dalam campuran gula ngan nestum dan rasanya....Ummmpphhh...Memang sedap...Lain dari yang lain...Very crispy....Sepeket yang ada 40 keping tu dapatlah sebalang kuih raya...

Wednesday, 18 March 2009

Kek African Marble

Dah lama simpan resepi ni tapi asyik tak terbuat sebab stok self raising flour dah habis. Tapi memang selalu simpan hajat nak buat sebab melihatkan komen-komen dari forumer memang memberangsangkan. Hari Ahad lepas balik kenduri saya telefon mak mertua sebab katanya nak datang KL ada kenduri kahwin anak jiran lama. Kebetulan masa call dia memang dah siap nak balik umah kak ngah Jay. Saya pun ajak Jay pergi lawat dia. Tapi nak masa sejam untuk bakar kek...heheh...Sempat lagi...

Sayau pun terus ke dapur dan menggodek resepi yang ada. Terfikir pulak pasal African Marble kek ni dan loyang love yang baru saya beli. Mesti cantik kalau buat dalam tuh...Saya gunakan tepung superfine aje menggantikan self raising flour. Ok jugak menjadi. Tapi kalau guna tepung self raising mungkin lagi lembut dan gebu...


African marble
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Tuesday, 17 March 2009

Kek Coklat Moist

Satu-satunya kek yang selalu sangat saya buat. Kek nilah jugak kek pertama yang saya pandai buat..huhu...Mulanya resepi G-ra yang bagi. Jauh saya belajar buat kek ni. Sedap memang sedap. Moist sangat. Sampai ramai yang mengorder kek ni dengan saya. Lepas tu bila saya dah kenal dunia internet ni banyak pulak resepi kek coklat yang lebih mudah selain daripada bahannya yang murah. Ada yang tak guna butter, ada yang kurang telur, ada yang guna tepung itu, tepung ini, macam-macam cara tapi hasilnya lebih kurang sama. Sedap. Asalnya resepi g-ra tu kukus tapi kebanyakan resepi yang saya cuba melalui internet ni bakar. Rasanya bakar lagi senang. Moist jugak. Sekarang saya stick pada satu resepi aje yg guna 2 biji telur dan minyak. Jimatlah sikit daripada guna butter dan 6 biji telur. Rasanya masih sama. Masih mendapat pujian orang kata...hahaha....

Minggu lepas ada 2 orang order kek coklat. Sebiji untuk hantaran kahwin. Sebiji lagi untuk makan-makan keluarga katanya. Saya dah cakap awal-awal yang saya memang tak pandai deco. Setakat toping dan tabur choc rice tu bolehlah. Dorang pun tak kisah asal sedap katanya. Orait. Dan hasilnya....

Choc Cake Moist
Bahan-bahan ( kek 1kg )
BAHAN A(ayak)
2 cwn tepung gandum
1 cwn koko powder
2 tea spoon soda bikarbonat
2 tea spoon baking powder
BAHAN B(putar)
1 1/2 cwn gula castor
2 biji telur ayam gred A
BAHAN C
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak sayuran@jagung
1 cwn air panas
Cara-cara
pukul telur dan gula until kembang masukkan susu pekat dan kacau masukkan pula bahan A then masuk bahan C kacau til sebati masukkan dalam loyang yg telah disapu dgn marjjerin and bake suhu 180 selama sejam