Monday, 28 February 2011

Pais Ikan kembung

Dah siap dilumur

Siap sedia untuk dibakar

Dah siap
Sedap juga makan ikan pais. Macam ikan bakar tapi penuh dengan rasa rempah-rempah. Ikut resepi mudah aja memandangkan tak banyak bahan ada kat rumah. Hasilnya bolehla tahan cuma kena bakar lebih lama lagi sebab yang saya buat ni terlalu basah. Sebab dah lapar sangat, tak sabar nak menunggu. Hampir sejam juga membakar tapi guna oven aje. Kalau dapat guna api bara lagi sedap agaknya.

Pais Ikan Kembung (terima kasih pada penyumbang resepi)
- boleh gantikan dengan apa juga ikan yg sesuai utk dibakar. Cth: Ikan Sanma, Ikan Pari atau juga Ikan yg mcm ikan kembung tu … lupa la pulak nama dia..
Bahan Asas:
5 ekor ikan kembung atau apa2 juga jenis yg lain, dibersihkan
20 biji lada kering, direndam dengan air panas dan dibuang biji }
5 ulas bawang merah } di kisar dengan 1/2 cawan air hingga lumat
4 ulas bawang putih }
2.5 cm halia }
1 cm kunyit }
2 batang serai }
4 helai daun kunyit, dihiris halus-halus
1 sudu teh garam
daun pisang, dipotong 18 x 22 cm bergtg pd saiz ikan
lidi kelapa spjg 3 cm, ditajamkan hujungnya.
Cara memasak :
1. Campurkan bahan-bahan yg telah dikisar tadi dengan garam dan daun kunyit. Bahagikan kepada 5 bahagian (mengikut bilangan ikan)
2. Ambil 1 ekor ikan dan gaul bersama i bahagian bahan yg telah dikisar tadi. Bungkus dengan daun pisang dan sematkan dengan lidi kelapa.
3. Ulang langkah 2 hingga habis.
4. bakar ikan sehingga masak ( 15-20 min)
* Nota - Kalau tak de daun pisang, balut dgn daun kunyit pun boleh.. kalau dah tak de jugak bakar guna non stick pan.. dengan api yg perlahan. Sebabnya kalau bakar atas pembakar ikan yg biasa tu karang… berjujuranlah bahan2 kisar tu.

Jejari Ketam (Crabstick)

Terliur pulak tengok sifu-sifu blogger dok buat crabstick goreng ni. Kita pun buatlah juga dari lebihan crab stick lepas buat bebola ketam masa BBQ bersama keluarga dari Johor tempohari. Senang je buatnya tapi hasilnya boleh tahan. Sedap. Anak suka, suami pun suka, diri-sendiri pun suka. Bolehla buat untuk menu simple minum petang. Sekejap je buatnya dah siap. Resepi ikut Cik Mat Gebu. Terima kasih.

Jejari Ketam Rangup

Crab stick secukupnya
Tepung jagung/tepung ubi
Breadcrumb
Telur - pukul sikit

Salut crab stick dengan tepung, celup ke dalam telur dan salutkan dengan breadcrumb. ulang langkah 2 dan 3 untuk salutan yang tebal. Lepas itu goreng. Jangan lama sangat nanti crab stick lembik dan kurang sedap. Siap.

Friday, 28 January 2011

Tanaman Herba


Dah bertambah koleksi tanaman tapi lom hias-hias lagi. Plannya nak letak pagar plastik dan batu-batu sungai tuh...Wah..dah macam nak buat landskap...Pokok terbaru yang ada pokok limau purut dan keladi hiasan. Limau purut tu untuk ambik daunnya masak tomyam. Kat rumah aku ni seminggu mesti 2-3 kali masak tomyam. Jadi senangla lepas ni petik je depan rumah.

Keladi hiasan tu pulak ambik kat ofis. Tuan pokok dah pencen, pokok pun dah kering gitu je. Tak de sape nak jaga. Daripada semak dalam bilik tu aku pun ambik bawa balik rumah. Tukarkan pasu yg cenonet sangat tu dan letak pancang beli kat nursery RM5. Sekarang dah menghijau, cantik...
Minggu lepas semai biji benih tomato dan cili yang beli kat MAHA tu. Elok dah tumbuh anak-anak tomato tapi takde rezeki pulak. Semalam masa nak alihkan ke tepi rupanya kotak semaian tu dah bocor. Abeslah bedebus tanah-tanah dan pokok-pokok tertimbus...Aduhai...Kenalah semai lagi.
semalam sempat semai benih salad, tomato, sawi. Semuanya aku semai dalam kotak aje...Dah besar nanti transfer je dalam pasu. Mudah-mudahan berjaya la projek pertanian aku nih...heheh Sempat gak semaikan daun kesum kawan ofis. hari ni kena semai lagi 2 pasu untuk jiran-jiran pulak. Seronok pulak kongsi-kongsi hobi dengan orang lain.
Pagi tadi lepas breakfast melawat ke nursery ofis sekejap. Dapatla anak keladi hiasan sikit. Cantik bangat daunnya, berkilau macam minyak....Tak sabar nak balik tanam...

Friday, 14 January 2011

Kari Kepala Ikan

Tak suka pun makan kari sebenarnya tapi sajalah try pelbagai masakan. Tak akan asik nak masak benda sama kan...Menu ni guna resepi dari blog favourite resipi. Thanks ye. Sedap sangat. Lainkali boleh cuba lagi.

Kari Ikan Tenggiri
Bahan-bahan:

6 ketul ikan tenggiri - dibersihkan
4-5 sudu makan rempah kari ikan
1-2 sudu makan cili serbuk
5 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
6 biji bendi (atau 2 biji terung bulat - dibelah enam)
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua
1 cawan santan
1 cawan air asam jawa
sedikit daun kari
sedikit halba campur
sedikit minyak masak

Cara memasak:

1. Serbuk rempah kari ikan dan cili serbuk dicampur dan dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur.
3.Bila bahan tumis telah garing, masukkan pes serbuk kari dan cili serbuk. Kacau hingga naik bau. Jika agak kering, bolehlah tambah sedikit air.
4. Masukkan bendi/terung diikuti dengan santan.Biarkan mendidih.
5. Bila telah mendidih masukkan ikan diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
7. Masak lagi hingga mendidih. Sebelum diangkat dari api, masukkan garam.

Wednesday, 5 January 2011

Hobi Baru - Home Gardening

Anak pokok cili yang diberi kawan ofis- kak yati
Harap hidup subur. Dah transfer ke pasu pun.
Pokok daun kesum beli kat MAHA, senang nak buat asam pedas dan laksa. Dah transfer ke pasu jugak.


Pokok daun pandan. Beli kat MAHA. Balik tu terus transfer ke pasu dan kerat daun.
3-4 hari selepas tu mula cambah pucuk baru. Sekarang dah ada 4 pucuk baru!!

Alhamdulillah dah siap semua urusan pemindahan ke rumah baru. Tinggal nak touch up masukkan perabot/alatan yang perlu. Plannya sabtu ni nak ke Ikea cari barang bilik Azroy. Kalau ada bajet lebih nak cari barang untuk kitchen cabinet pulak. KC dah siap tapi tempat gantung kuali, tempat sabun dsb banyak yang tak ada lagi.

Sebelum pindah lagi dah survey hobi baru ni. Sebab hobi yang suka masak ni perlukan macam-macam bahan dalam masakan. Baru terfikir tak akan kerana secekak daun kesum nak kena pergi kedai, tak akan kerana sebatang serai nak kena pergi kedai. Kalau simpan stok selalunya memang kering dan terus buang aje. Mulalah terfikir nak menanam sendiri pokok-pokok yang perlu untuk masakan ni. Bila dah dapat kunci rumah kebetulan ada MAHA pulak. Ajak Jay pergi dan mula cari pokok yang perlu. Jumpala pokok pandan, kesum dan biji benih tomato, cili, daun sup. Dah transfer pun ke pasu dan alhamdulillah nampak baik je.
 
Lepas tu semai benih cili tapi nampak macam tak sihat pulak. Mungkin sebab aku lupa nak buat lubang pada plastik beras tu. Kena mulakan balik projek semaian. Tanah pun ada 2 pack lagi. Sekarang tengah study pasal nak menanam sayur-sayuran pulak. Insya-Allah nak tanam sawi, bayam, bendi dan kangkung. Tapi hobi baru ni sama macam hobi masak gak pelrukan sikit modal untuk permulaan macam nak beli pasu, benih, tanah, baja. Walaupun cuma tanam kat balkoni tapi penjagaan kena betul untuk dapatkan hasil yang baik. Moga aku dapat manfaat dari hobi baru ni.