Tuesday, 17 May 2011
Puding Laici
Minggu lepas dah tersilap terbuka satu tin susu cair untuk buat puding delima...Jadi untuk elakkan membazir takut susu tu rosak aku pun buatla puding laici memandangkan semua bahan ada kat rumah...Hmm...memang sedap..seperti biasa aku sorang je yang mengadap...
Sunday, 8 May 2011
Siakap 3 Rasa
Selalu sangat dah buat masakan ikan ni. Resepi asal aku ikut dayangjack yang memang terror masak lauk-pauk. Semua resepi dia yang aku cuba memang sedap. kalau ada tetamu berkunjung ke rumah bolehlah masak ikan macam ni. Mesti dapat pujianlah. Hehe.
Siakap 3 rasa Dayangjack
Bahan2
1 ekor ikan (digoreng hingga masak)
1 labu bawang besar (hiris dadu)
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
sedikit bancuhan tepung jagung
#hirisan nanas,epal,tomato,timun,cili benggala - option
Cara2
- panaskan minyak.Tumis bawang besar,bawang putih,bawang merah,hingga wangi
-Masukkan sikit air dan semua bahan sos secukupnya.Masukkan garam dan perasa
-Masukkan bahan2 bertanda # kacau seketika.Kalau nak pekat masukkan bancuhan tepung jagung.
-Curah atas ikan dan hidang.

Tuesday, 19 April 2011
Spagetti Carbonara
Selalu sangat dok buat spageti bolognese. Kali ni kita try buat lain pulak. Kebetulan tengah musim kawan blogger masakan dok buat spageti carbonara ni. So, aku pun tryla buat jugak. Tengok macam senang je. Bahan pun sikit je. Bila dah siap terus rasa semangkuk. Sedap. Pastu aku simpan je untuk makan sama-sama ngan Mr. Jay. Tup-tup bila dia bangun terus je habiskan semua sekali. taulah memang suka makanan macam tu tpai janganlah sampai lupa isteri. Huhu. Tak boleh nak marah sebab puas tengok dia makan habis licin. Tapi lainkali kalau buat kena ada side dish macam ikan bakar ke baru lebih ngam.
Bahan-bahan ( 3 Orang ) resepi dari MyResepi oleh Ayu
1/2 paket spaghetti - dimasak spt arahan dipaket
1 tin sos carbonara prego.
3 biji bawang putih - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5-7 ketul cendawan butang (nak lbh pun boleh) - dihiris sederhana nipis
10-15 ekor udang sederhana besar (nak lbh pun boleh) - aku tak letak sbb xde stok
1-2 batang celery - dihiris -tak letak juga
minyak utk menumis
lada sulah
garam (optional)
1/2 tin air (tin prego)
Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. 2.Masukkan sos pasta & air.biarkan sehingga hampir mendidih.jgn lupa utk mengacau supaya tak b'ketul
3.Masukkan udang & batang celery.
4.Masukkan lada sulah & garam.Bila dah mendidih padamkan api.
5.Boleh dihiaskan dgn parsley flake.siap utk dinikmati!!!

Tuesday, 12 April 2011
Nasi Ayam Simple
Jumaat lepas keluarga belah Mr.Jay datang bertandang. Saya beli ayam seekor dan ikan siakap. Ayam tu plan nak buat nasi ayam untuk makan tengah hari Sabtu dan siakap pulak dah selamat buat stim dan tomyam udang serta kangkung belacan. Alhamdulillah, tetamu makan dengan kenyangnya dan habis...sedap atau tidak belakang cerita..heheh
Sabtu pagi saya goreng temosa frozen yang dibeli dari kawan sekolah yang dah 6 tahun tak jumpa...Alhamdulillah, nampaknya jodoh masih panjang...FB menemukan kami...
Tengah cuci ayam untuk buat nasi ayam, dorang kena balik pulak sebab salah seorang makcik ni kena jumpa kawan bisnesnya...adehh..sib baik baru cuci ayam...teruslah My.Jay hantar dan saya pun ikut sekali...lastnya kami hanya makan pizza BBQ Chicken...
Ahad pepagi lagi saya dah bangun dan prepare untuk masak nasi ayam...terusla menggodek di dapur sampailah jam lebih kurang 1 petang...siap semuanya dan terusla menjamu selera...Alhamdulillah, kenyang...resepi dapat di MyResepi...saya suka guna resepi ni sebab sangat mudah dan cepat dan rasanya pun sedap...terima kasih pada penyumbang resepi..
Nasi Ayam Simple (2 orang makan)
Bahan Sup:
1/2 ekor ayam
sup bunjut
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih}
1 inci halia}tumbuk
Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga wangi, tambah air, kuib, sup bunjut, ayam. Masak hingga ayam masak. Keluarkan ayam, perasakan sup dengan garam. (Sebelum tu ambik untuk masak nasi)
Ayam diperap dengan kicap, sos tiram, madu dalam 30 minit. Goreng.
Bahan Nasi:
Cuci beras 2 pot, ambik sup secukupnya dan masukkan ke dalam beras dan masak seperti biasa.
Bahan Cili:
3 biji cili merah
Gula dan garam
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit jus limau atau cuka
air masak secukupnya
Cara:
Blend semua bahan.
Bahan Kicap:
Ambil kicap dari lebihan perapan ayam, tambahkan sedikit sup ayam.
Siap dan hidangkan.
Wednesday, 6 April 2011
Butter Cake Bebop
Dapat dari forum cari.com.my...ramai pulak yang dok puji-puji kesedapan kek ini...lagila buat saya teruja nak cuba..balik semalam lepas hantar Azroy mengaji mata ni rasa tak mengantuk pulak...tengok bahan-bahan pun semua ada, kita mulakan projek membaking...hahah memang sekejap je dah siap dalam 10 minit gitu...terus bakar...sejam lepas tu dah siap...taraaa....ekspress sungguh...pagi tadi baru kuarkan dari loyang...sedap juga rasanya...tapi lainkali kalau buat boleh tambah color or perasa...Terima kasih pada bebop sebab sudi share resepi yang sedap dan mudah ini...
PLAIN BUTTER CAKE
Sumber : Bebop
Bahan A
250 gram butter
200 gram gula (gula castor)
210 gram tepung gandum (kata maklang dia guna self raising flour)
1 sudu teh baking powder
Bahan B
5 biji telur ( kita buat tak kesah grednya)
Cara-caranya
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4 hingga ke 5 minit. Putar seehingga adunan lembut dan tidak berbintil-bintil. Tuang adunan dalam acuan 9" (kita pakai 8"), bakar 160'C selama 50 hingga 60 minit atau uji dengan lidi dengan mencucuk di bahagian tengah kek.

Subscribe to:
Posts (Atom)