Friday, 3 June 2011

Popia Kentang

Balik keje lepas masak untuk dinner aku try buat popia kentang ikut resepi kak sitidelima. Mula-mula buat tu tak pandai nak menggulung. Abes kuar segala isi perut popia. Cuba dan cuba lagi rupanya kena mula gulung dari sudut kulit popia. Oh, barulah ku tahu macam itu rupanya. Dapatlah dekat 30 biji popia. Aku goreng dalam 15 biji. Selebihnya aku frozenkan. Hasilnya sangat memuaskan. Next time boleh buat lagi banyak-banyak dan frozenkan. Senang kalau ada tetamu datang.

Popia Kentang (resepi setelah diolah ikut bahan yang ada)

5 biji kentang - rebus dan lecek
1 biji bawang besar -cincang
2 biji bawang putih -cincang
1/2 serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam
1/2 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa
Kulit popia secukupnya
1 sudu besar tepung + sikit air - untuk gam kulit popia

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika. Perasakan dengan sikit garam.
Masukkan kentang. Kecilkan api. Gaul rata. Tutup api. Sejukkan inti.
Gulung inti dalam kulit popia hingga habis. Goreng hingga kekuningan. Siap.


Untuk resepi asal sila ke blog www.sitidelima.com

Tuesday, 17 May 2011

Puding Laici

Minggu lepas dah tersilap terbuka satu tin susu cair untuk buat puding delima...Jadi untuk elakkan membazir takut susu tu rosak aku pun buatla puding laici memandangkan semua bahan ada kat rumah...Hmm...memang sedap..seperti biasa aku sorang je yang mengadap...

Sunday, 8 May 2011

Siakap 3 Rasa

Selalu sangat dah buat masakan ikan ni. Resepi asal aku ikut dayangjack yang memang terror masak lauk-pauk. Semua resepi dia yang aku cuba memang sedap. kalau ada tetamu berkunjung ke rumah bolehlah masak ikan macam ni. Mesti dapat pujianlah. Hehe.

Siakap 3 rasa Dayangjack

Bahan2
1 ekor ikan (digoreng hingga masak)
1 labu bawang besar (hiris dadu)
3 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 inci halia (hiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
sedikit bancuhan tepung jagung
#hirisan nanas,epal,tomato,timun,cili benggala - option

Cara2
- panaskan minyak.Tumis bawang besar,bawang putih,bawang merah,hingga wangi
-Masukkan sikit air dan semua bahan sos secukupnya.Masukkan garam dan perasa
-Masukkan bahan2 bertanda # kacau seketika.Kalau nak pekat masukkan bancuhan tepung jagung.
-Curah atas ikan dan hidang.

Tuesday, 19 April 2011

Spagetti Carbonara

Selalu sangat dok buat spageti bolognese. Kali ni kita try buat lain pulak. Kebetulan tengah musim kawan blogger masakan dok buat spageti carbonara ni. So, aku pun tryla buat jugak. Tengok macam senang je. Bahan pun sikit je. Bila dah siap terus rasa semangkuk. Sedap. Pastu aku simpan je untuk makan sama-sama ngan Mr. Jay. Tup-tup bila dia bangun terus je habiskan semua sekali. taulah memang suka makanan macam tu tpai janganlah sampai lupa isteri. Huhu. Tak boleh nak marah sebab puas tengok dia makan habis licin. Tapi lainkali kalau buat kena ada side dish macam ikan bakar ke baru lebih ngam.


Bahan-bahan ( 3 Orang ) resepi dari MyResepi oleh Ayu

1/2 paket spaghetti - dimasak spt arahan dipaket
1 tin sos carbonara prego.
3 biji bawang putih - dicincang kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5-7 ketul cendawan butang (nak lbh pun boleh) - dihiris sederhana nipis
10-15 ekor udang sederhana besar (nak lbh pun boleh) - aku tak letak sbb xde stok

1-2 batang celery - dihiris -tak letak juga
minyak utk menumis
lada sulah
garam (optional)
1/2 tin air (tin prego)


Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. 2.Masukkan sos pasta & air.biarkan sehingga hampir mendidih.jgn lupa utk mengacau supaya tak b'ketul
3.Masukkan udang & batang celery.
4.Masukkan lada sulah & garam.Bila dah mendidih padamkan api.
5.Boleh dihiaskan dgn parsley flake.siap utk dinikmati!!!

Tuesday, 12 April 2011

Nasi Ayam Simple


Jumaat lepas keluarga belah Mr.Jay datang bertandang. Saya beli ayam seekor dan ikan siakap. Ayam tu plan nak buat nasi ayam untuk makan tengah hari Sabtu dan siakap pulak dah selamat buat stim dan tomyam udang serta kangkung belacan. Alhamdulillah, tetamu makan dengan kenyangnya dan habis...sedap atau tidak belakang cerita..heheh
Sabtu pagi saya goreng temosa frozen yang dibeli dari kawan sekolah yang dah 6 tahun tak jumpa...Alhamdulillah, nampaknya jodoh masih panjang...FB menemukan kami...
Tengah cuci ayam untuk buat nasi ayam, dorang kena balik pulak sebab salah seorang makcik ni kena jumpa kawan bisnesnya...adehh..sib baik baru cuci ayam...teruslah My.Jay hantar dan saya pun ikut sekali...lastnya kami hanya makan pizza BBQ Chicken...

Ahad pepagi lagi saya dah bangun dan prepare untuk masak nasi ayam...terusla menggodek di dapur sampailah jam lebih kurang 1 petang...siap semuanya dan terusla menjamu selera...Alhamdulillah, kenyang...resepi dapat di MyResepi...saya suka guna resepi ni sebab sangat mudah dan cepat dan rasanya pun sedap...terima kasih pada penyumbang resepi..

Nasi Ayam Simple (2 orang makan)

Bahan Sup:
1/2 ekor ayam
sup bunjut
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih}
1 inci halia}tumbuk

Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga wangi, tambah air, kuib, sup bunjut, ayam. Masak hingga ayam masak. Keluarkan ayam, perasakan sup dengan garam. (Sebelum tu ambik untuk masak nasi)
Ayam diperap dengan kicap, sos tiram, madu dalam 30 minit. Goreng.

Bahan Nasi:
Cuci beras 2 pot, ambik sup secukupnya dan masukkan ke dalam beras dan masak seperti biasa.

Bahan Cili:
3 biji cili merah
Gula dan garam
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit jus limau atau cuka
air masak secukupnya

Cara:
Blend semua bahan.

Bahan Kicap:
Ambil kicap dari lebihan perapan ayam, tambahkan sedikit sup ayam.

Siap dan hidangkan.