Wednesday, 8 February 2012

Apam Mekar Again and Again

Bukan takde kuih lain yang nak dicuba tapi yang ini jugak yang memikat selera. Lagipun senang je nak buat dan bahan semua dah tersedia kat rumah. Menggodek ni adalah dalam sejam dah siap kukus semua. Dapat dalam 30 biji. Dah habis pun semua. Azroy memang suka apam ni. Kalau ada tetamu nak datang pun sempat lagi kita nak buat dan hidangkan. Mesti seronok kan tengok tetamu menjamu selera dengan hasil air tangan kita. Kali ni saya guna warna merah dan kuning sebab warna lain semua dah tamat tempoh tahun lepas. Yang tinggal 2 warna ni dan warna hitam yang saya nak cuba buat apam polka dot tapi buat bee. Cuma belum berkesempatan lagi nak buat. Tengah mengumpul semangat je ni.

Apam Mekar
250g gula
2 biji telur
300g tepung gandum
250ml susu segar atau susu cair
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalete
Pewarna pilihan

Cara:
Panaskan kukusan. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanila, tepung, susu dan ovalete. Pukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna bagi setiap bahagian. Masukkan dalam piping bag. Paipkan ke dalam cup. Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk apam mekar di bahagian atas. Tutup penutup kukusan bagi elakkan air jatuh ke atas apam.

Saya guna dua pewarna sahaja. Kalau malas melanda guna satu pewarna dan satu lagi warna asal adunan. Hehe.

Friday, 3 February 2012

Karamel Chocolate Moist

Resepi ni sumbangan jiran saya yang dia share kan di FB beserta gambar yang menyelerakan. Saya minta izin copy dan terus buat Jumaat lepas hantar Azroy mengaji. Dalam dua jam siap. Elok je masaknya. Saya keluarkan dari loyang keesokannya sebab dah lewat malam jadi tak sempat nak tunggu sejuk. Jadi saya biarkan je dalam loyang dan tidur. Esoknya saya keluarkan. Elok je masaknya dan senang nak keluarkan. Sedebuk je jatuh dalam pinggan. Hehe.

Rasanya pun sedap. Mr.Jay pun suka. Bertambah-tambah makannya dari satu slice ke satu slice. Dia kata makan kek terbalik. Hehe...Bagi mak sikit, bagi kakak sikit, makan sendiri sikit. Alhamdulillah dah habis. Sebenarnya saya nak buat karamel kek pelangi. Tapi agak rumit nak membuatnya. Bila jiran saya share resepi ni saya tengok senang sikit nak buat. So, kita try yang senang dulu. Nanti mood rajin dah datang baru buat yang susah.


Karemel Coklat Moist

Tabur 3 sudu gula pasir dlm loyang dan jd kan karemel..ketepikan biar sejuk.
Utk puding:
1 tin susu cair
6 biji kuning telur
80gm gula kastor
sedikit esen vanila,
Cara:
Pukul dgn garfu smpai sebati dan tapis tuang dlm loyang dan kukus selama 10 minit.
Utk kek coklat
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko,
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Cara:
satukan dan masak atas api perlahan sehingga semua sebati..dan biarkan sejuk.
Bahan B:
Mixer 3 biji telur smpai kembang. Campurkan bahan A hingga sebati dgn 2 cawan tepung gandum+1 sdt b. powder+1 sdt soda bikabonat (saya guna tepung naik sendiri).
Gaul hingga sebati dan tuang keatas puding yg sudah dikukus td.Kukus selama 1/2jam lagi...hingga betul2 masak...angkat dan sejukkan baru terbalikan.

Thursday, 2 February 2012

Sambal Sotong

Hari ni saya sekeluarga breakfast sosej dan roti cheese aje. Maklumlah hari cuti ni hari bermalas-malasan je. Dah petang sikit baru nak mula masak. Teringin pulak nak makan nasi lemak dengan sambal sotong. Pergi kedai cari bahan. Semuanya ada. Balik rumah terus masak nasi lemak. Lepas tu kerjakan si sotong. Resepi ni ikut sendiri je buat. Sebab dah banyak kali buat rasnaya dah konsisten la dan tak payah tengok resepi lagi.

Alhamdulillah, terima kasih pada blog-blog lain yang banyak kongsi resepi dan tunjuk ajar dalam memasak. Tanpa blog-blog masak ni sampai hari nilah agaknya saya masih tak pandai memasak. Sekarang pun belum perfect tapi setakat nak makan sekeluarga tu takde masalah lah. Seronok bila tengok suami dan anak-anak berselera bila makan makanan yang kita masak.

Sambal Sotong Basah


2 ekor sotong basah - cuci dan potong kecil
10 biji bawang merah}
1 biji bawang besar}
4 biji bawang putih}
Sedikit belacan}
2 sudu besar cili mesin}
Sedikit halia} kisar halus
1 cawan air asam jawa
Garam, perasa dan gula.


Cara:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sotong. Kacau hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa juga sikit gula. Biar hingga kuah pekat. Siap.

Thursday, 26 January 2012

Mee Goreng Udang dengan Fishball

Pertama kali buat masa kawan ofis saya datang beraya tahun lepas. Saya pun tak tahu nak masak apa. Fikir punya fikir saya nak cuba masak mee goreng. Saya malas nak buat makanan berkuah masa tu. Saya telefon mak tanya macam mana nak goreng mee. Lepas tu terusla pergi kedai beli bahan. Resepi mak saya ni simple je tapi Alhamdulillah rasanya boleh tahanlah. Saya suka je rasanya. Tak taulah bagi orang lain macam mana. Azroy pun suka makan mee goreng ni tapi mesti letak fishball banyak-banyak. Sekarang resepi ni dah jadi makanan kegemaran kami sekeluarga.

Mee Goreng Udang dengan Fishball


Sepeket mee kuning - cuci bersih dan toskan
15 ekor udang sederhana besar
2 peket fishball
6 biji bawang merah}
4 biji bawang putih}
1 biji bawang besar}
1 1/2 sudu besar cili mesin} kisar halus
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap biasa
1 cawan air
Garam dan perasa secukupnya


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan udang. Kacau hingga udang masak.
Masukkan kicap pekat, kicap biasa, garam dan perasa. Kacau.
Masukkan mee. Masukkan air 1 cawan. Kacau. Bila dah sebati semua masukkan fishball. Kacau sebati dan siap.


*Kalau mee belum lembut tambahkan air lagi.

Friday, 6 January 2012

Jus Terung Belanda Istimewa

   Saya dapat buah terung belanda ni dari seorang kenalan yang datang bertandang ke rumah minggu lepas. Dia bawak buah ni sebagai buah tangan. Biasanya dia bawak avokado tapi kali ni dia bawak terung belanda. Tadi terajin pulak nak buat jusnya. Terusla saya korek isinya dalam 4 bijik. Campurkan 3 sudu besar gula dan 2 sudu besar susu pekat. Campurkan sikit ketulan ais. Terus blend.

    Hmm...sedapnya. Memang istimewa. Rasa masam manis dan lemak-lemak. Kat sini saya tak pasti panggil buah apa tapi rasanya lebih kurang macam Vanilla Passion Fruit Blended kat J.Co Donuts. Lebih kurang macam tulah. Cuma kat J.Co yang saya minum tu warnanya kuning tapi yang ni warnanya pink. Mungkin memang buah passion. Tapi saya memang tak pernah jumpa kat pasar atau mana-mana tempat buah ni. Macam buah avokado yang selalu saya buat jus kalau kenalan dari Medan ni bawak pun memang lain dari buah avokado yang ada kat tempat kita. Kat tempat kita avokado cantik dan bentuknya bujur macam pear tapi kat Medan avokadonya dipanggil alpokat dan bentuknya bulat. Lebih kurang macam rupa jambu batu. Tapi bila dah buat jus avokado campur coklat memang terangkat.

   Kalau cerita pasal makanan memang tak akan habis ya. Petang ni saya sekeluarga nak ke Restoran Chan Abdullah di TTDI. Kali ni kita nak merasa makanan cina sempena dengan kedatangan CNY. Bukan nak meraikan pun cuma ini je rancangan yang paling best untuk gathering bersama keluarga buat masa ini.

Bye