Friday, 27 April 2012

Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi

Siap kukus jam 11.00. Saya keluarkan dari loyang pagi ini.

Malam tadi berkesempatan buat kek ni. Dah lama dok intai-intai blog Kak DJ. Memang teruja nak cuba. Balik keje semalam terus singgah kedai bakery cari emulco. Dapatla dua perisa, coklat dengan blueberry. Balik tu masak dulu, dah makan semua, mandi baru start gedok-godek kek ni. Saya start dalam jam 9.15. Sediakan bahan ni sekejap je sebab bahan-bahan semua masuk sekali terus putar. Cuma masa mengukus jelah ambik masa dalam sejam. Tapi berbaloi menunggu. Kejadiannya sungguh memberangsangkan. Kek elok je keluar dari loyang. Cantik. Cuma marble nya tak berapa menjadi macam Kak DJ. Yang itu memang tak boleh lawan. Hehe


Pagi ni bawa ke ofis bagi kawan-kawan rasa. Alhamdulillah, dorang kata sedap. Maknanya menjadilah tu. Lainkali boleh try lagi lah.

Kek Velvet Kukus Marble/Pelangi

bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")
  • 5 biji telur A (dari peti ais)
  • 250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
  • 150 ml susu cair
  • 180g gula halus
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 sudu kecil garam 
  • 125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna : 
  • coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
  • pes pandan / pandan emulco
  • pes bluberi + pewarna ungu
  • pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
  • perisa esen vanilla

Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
  2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
  3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
  4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
  5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
  6. Bila sudah masak, sejukkan  kek terlebih dahulu sebelum dipotong.

Wednesday, 25 April 2012

Puding Roti Kukus

Ni memenuhi permintaan my mom. Semalam sampai rumah dah dekat jam 8.00 malam. Tengah rehat-rehat tu teringat pulak pasal permintaan Ma ni. Terus jelah buat. Sekejap je nak sediakan bahan. Tak sampai 10 minit. Tapi saya biarkan dalam 15 minit sebelum kukus. Nak bagi bahan susu tu meresap dalam roti. Kukus dalam 30 minit. Makan panas-panas. Memang sedap. Lagipun dia macam basah-basah sikit. Tak perlu buat sos kastard. Kalau letak dalam fridge lagi sedap agakanya ya.

Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.  
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.




Tuesday, 27 March 2012

Testing New Post Guna BB

Salam, ni baru nak try guna bb utk update blog
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Butter Bread Pudding

Buat ni di pagi Ahad lepas untuk sarapan pagi. Buatnya senang jugak macam buat puding roti yang lain. Cuma tambahkan pisang dan saya tambahkan chocolate rice sebab takde coklat cip. Rasa pun tak manis sangat. Sesedap rasa je rasanya lemak-lemak sikit. Tapi saya lupa nak ambik gambar. Lagipun kejadiannya tak berapa nak cantik macam Kak DJ punya. Bagi yang nak tengok rupa Butter Bread Pudding ni bolehlah jenguk kat blog kak DJ atau blog Kak Nor..


BUTTER BREAD PUDDINGResepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan : 4-5 orang makan
8 keping roti
2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
mentega secukupnya
peanut butter secukupnya ~ (saya gantikan dengan kaya)
chocolate rice / chocolate chips secukupnya
kismis secukupnya (takde)
sedikit parutan kulit oren sunkist - optional (takde)


Bahan A :
2 cawan susu segar/susu cair
1 sudu besar gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Bahan B :(takde)
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)


Cara-cara :
Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
Potong roti kepada 4 bahagian.
Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Wednesday, 8 February 2012

Apam Mekar Again and Again

Bukan takde kuih lain yang nak dicuba tapi yang ini jugak yang memikat selera. Lagipun senang je nak buat dan bahan semua dah tersedia kat rumah. Menggodek ni adalah dalam sejam dah siap kukus semua. Dapat dalam 30 biji. Dah habis pun semua. Azroy memang suka apam ni. Kalau ada tetamu nak datang pun sempat lagi kita nak buat dan hidangkan. Mesti seronok kan tengok tetamu menjamu selera dengan hasil air tangan kita. Kali ni saya guna warna merah dan kuning sebab warna lain semua dah tamat tempoh tahun lepas. Yang tinggal 2 warna ni dan warna hitam yang saya nak cuba buat apam polka dot tapi buat bee. Cuma belum berkesempatan lagi nak buat. Tengah mengumpul semangat je ni.

Apam Mekar
250g gula
2 biji telur
300g tepung gandum
250ml susu segar atau susu cair
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalete
Pewarna pilihan

Cara:
Panaskan kukusan. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanila, tepung, susu dan ovalete. Pukul hingga sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna bagi setiap bahagian. Masukkan dalam piping bag. Paipkan ke dalam cup. Kukus selama 15 minit dengan api kuat untuk apam mekar di bahagian atas. Tutup penutup kukusan bagi elakkan air jatuh ke atas apam.

Saya guna dua pewarna sahaja. Kalau malas melanda guna satu pewarna dan satu lagi warna asal adunan. Hehe.