Thursday, 25 September 2014

Ayam Perap Masak Kicap



Dekat sebulan dah simpan resepi ni. Asyik lupa nak try. Jadi semalam dah takde idea nak masak apa terus teringat resepi ni. Balik rumah dari ofis terus perapkan. Dalam dua jam lepas Maghrib tu terus masak. Senang jugak buatnya dan yang penting memang sedap. Ayam ni lembut sebab takyah goreng dulu. Selalu ayam kicap kita goreng dulu, jadi ada bahagian ayam yang jadi keras terutama bahagian isi. 

Next time nak perap lebih lama, mesti lagi sedap. Yummyy!!

Sedang diperap. Masukkan dalam peti ais


AYAM PERAP MASAK KICAP
Resepi : Kak Fida@MyResepi.com
sumber : Mas & K.Nor


Bahan A :
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling * - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis * - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris

Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Wednesday, 24 September 2014

Menuju Puncak Bukit Broga

1.7 km je heheheeh...gulppp


Tempat parking yang bersih. Kena bayar RM2
Alhamdulillah berjaya jugak sampai ke puncak Bukit Broga. Mula-mula rasa macam putus asa nak teruskan hiking. Bukan apa, rasa macam nak putus urat perut. Maklumlah tak pernah hiking macam tu. Baru nak start. Ikut program ofis. Ini kali kedua dah ofis anjurkan hiking ke Broga. Baru kali ni berkesempatan join.


Dari tempat parking tadi akan jumpa kawasan hutan dulu

Dah nampak lalang-lalang ni dah nak dekat lah 
Start hiking jam 4 petang macam. Sampai puncak dalam jam 6. Banyak sangat rehatnya. Selangkah dua hiking berhenti, selangkah dua lagi berhenti. Huhu memang separuh mati. Nampak sangat badan tak fix kan. Kurus je boleh harap tapi macam bawak tong air berat nak hiking. Hahahaha. Sungguh memalukan. Sepanjang hiking tu dalam hati cakap menyesal join program ni. Lainkali tak nak dah join. Ini pertama dan terakhir. Eh, tiba-tiba dah balik rumah rasa macam nak naik lagi je. Hehehe...

Point yang pertama. Bolehlah rehat lama sikit

Teruskan pendakian..sikit lagi je

Panorama indah
Seminggu kemudian tengok jiran upload gambar kat fb dia bawak anak-anak umur 10 tahun dengan 4 tahun naik Broga. Huh memalukan sungguh. Anak kecik macam tu boleh sampai puncak. Tak boleh jadi, lepas ni nak kena hiking lagi sampai takde rasa separuh mati punya perasaan. Chewah, semangat ni.

Dapat ambik gambar kat sini kira bukti dah sampai puncak Broga ye...Yeahhh!!
Turun tak penat sangat sebab tak perlu mendaki pun. Laju jelah turun. Tak sampai setengah jam dah sampai.


Tuesday, 23 September 2014

Senarai Tapak Perkhemahan

Sejak dah ada kelengkapan berkhemah ni jadi macam gian pulak nak berkhemah. Hehehe. Seronok main masak-masak. Lagipun time nilah anak-anak merasa explore dunia luar. Maklumlah orang duduk rumah tinggi ni jarang-jarang dapat main tanah, main lasak. Duk terperap dalam rumah je kalau tak ke mana. Dengan berkhemah ni jelah dapat anak-anak merasa explore dunia luar.

Hari tu lepas berkhemah kat Janda Baik saya dan Jay dah berpakat nak jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti bulanan. Kiranya tiap bulan ada satu aktiviti berkhemah. Jadi semalam banyak masa free saya asyik mengoogle tempat berkhemah kat Malaysia ni. Rupanya memang banyak tempat berkhemah. Sebelum ni tak ambik tahu sebab rasa macam takde kena-mengena kan. Sekarang dah tiba masanya untuk ambil tahu lah. Banyak memang banyak camp site tapi tak banyak untuk aktiviti persendirian atau keluarga ni. Yang banyak ialah company yang sediakan pakej perkhemahan untuk aktiviti kumpulan. Contoh untuk kumpulan pelajar sekolah, universiti dan untuk golongan yang bekerja. Kalau camp site untuk persendirian cam saya buat ni tak banyak sangat tempat. Kecuali Janda Baiklah. Janda Baik tu memang bersepah camp site. Tapi tak akan setiap bulan nak berkhemah kat Janda Baik. Nak merasa jugak tempat lain. Baru ada aura berkhemah. Hehehe

Dah menggoogle semalam tu dapat jugak beberapa tempat. Adalah dalam 14 camp site tapi lapan kat Lembah Klang dan enam lagi luar KL. Manalah tau kan rajin sangat nak berkhemah kat luar KL senanglah tempat dah tahu. Tak yah menggoogle dah.

Terima kasih jugak pada para blogger yang rajin mengupdate tempat-tempat dorang gi berkhemah tu. Memang senang nak buat rujukan. Bila dah menggoogle semalam baru saya tahu dan perasan rupanya aktiviti berkhemah, hiking, jungle tracking ni ada peminat dan pengikut tersendiri. Cuma tak didedahkan sangat pada umum. Mungkin hobi ni  masih di peringkat baru kat negara kita. Kelengkapan hobi ni pun agak mahal sebenarnya tapi kalau dah suka kena usahalah dapatkan. Pejam mata orang kata. Hahaha

Kat sini saya senaraikan camp site yang saya dapat. Kalau ada yang lain akan ditambah kemudian. Saya akan update bila saya dah pergi tempat-tempat ni. InsyaAllah program berkhemah keluarga untuk Oktober dah hampir tiba. Tak sabar nak merasa pengalaman seterusnya. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Yang penting sekali dalam berkhemah ni adalah keselamatan. Hati-hati selalu.

Ini antara yang saya dapat sewaktu menggoogle. Mungkin ada yang lain yang terlepas pandang

Camping Site (KL/Selangor)

1- Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu
2- Nahara Resort, Hulu Selangor
3- Air Terjun Serendah
4- Sungai Inki, Kalumpang
5- Bukit Cerakah, Shah Alam
6- Sungai Congkak
7- Hutan Lipur Sungai Sendat
8-Nur Laman Bestari, Ulu Yam

Camping Site (Luar KL)

1- Janda Baik
2- Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands
3- Kuala Woh, Tapah
4- Taman Negara Pulau Pinang
5- Taman Negara Kelantan
6- Berembun, Cameron Highlands

Wednesday, 17 September 2014

Back to Nature: Berkhemah di Janda Baik

Biar gambar berbicara
Baru sampai. Ni jambatan yang menghubungkan parking dan tempat berkhemah. 
Sungai jernih, sejuk menggigil 
Yang khemah depan tu untuk orang lain yang dah booked. Kami bawak sendiri khemah. Caj RM10 untuk sorang dewasa kalau berkhemah



Sedang bertungkus-lumus memasang khemah

Pilih port paling dekat dengan sungai. Tidur sambil dengar air mengalir
Best part bagi anak-anak. Tak tahulah berapa kali mandi sungai. Tuala pun tak sempat kering

Terror laki aku masak nasi di hutan heheheeh

Tengah menunggu nasi masak

Jemuran sepanjang berkhemah
Licin 2 mangkuk cicah dengan roti. Minum kopi panas pulak. Lepas tu terjun sungaiiiiii
Ni di masak lepas Subuh sebelum bertolak ke sini. Lepas siap pasang khemah terus makan cicah roti. Memang tengah lapar. Makan panas-panas dalam hutan yang sejuk. Memang best...nyaman

Manggis hasil dikait sendiri. Ini yang bestnya tempat ni. Kebetulan sekarang musim buah. Sape yang rajin nak kait dibenarkan. Khemah pulak tepi pokok manggis. Memang seronok. Bosan takde apa nak buat ambik galah terus mengait buah manggis. Seronok, seronok, seronok....
Salah satu chalet yang disediakan pihak Zainiguesthouse. Yang ni paling ramai minat kot sebab atas pokok. Memang best. Bawah tu tempat bersantai-santai sambil makan-makan or BBQ
Suasana hijau kat sini memang sejuk mata memandang. Padang rumput macam ni luas lagi sebenarnya. Kiranya chalet-chalet ni semua mengelilingi padang hijau ni. Memang best

Lama dah tak jumpa buah ni kan. Sedap di makan begitu saja...Memang banyak. Tak larat nak kutip
Ni rupa kotak alat masak yang Jay beli. RM8 sekotak ada tungku besi tu dengan lilin petak untuk memasak. Memang senang guna ni. Just nyalakan api kat lilin petak tu, dah siap. Boleh masak terus. Tapi ni untuk masakan yang simple je macam megi, nasi, air. Kalau nak buat rendang la bagai dalam hutan ni kenalah pakai dapur kayu ye

Nilah rupa lilin petak tu. Senang nak guna. Cuma cucuh api je

Bekas telur. Senang nak bawak telur. Tak yah risau pecah. Leh isi 12 biji telur harga bekas ni RM12. 

Sebahagian daripada makanan yang kami bawak. Cukup untuk camping sehari semalam. Bawak beras 4 pot tapi guna 2 pot je. Megi bawak sebungkus tapi guna 1 pek je. Bawak telur 12 bijik tapi bawak balik lagi 2 bijik. Bawak minyak satu botol kecik tapi guna sikit je untuk goreng telur scramble. Biskut jacobs dengan buskit Tiger memang habis licin. Mineral water yang 150ml bawak dalam 10 botol tapi tak habis pun sebab nak rebus air guna air di sinki. Indocafe 3 in 1 bawak 10 pek memang habis. Teh uncang pun bawak tapi guna 1 je

Aiskrim Pelangi

Projek hari cuti panjang. Sabtu Ahad Isnin Selasa cuti. Wah best sungguh duduk rumah golek-golek atas sofa. Memang bahagia aman damai. Daripada takde apa nak buat fikir punya fikir apa projek terus teringat resepi yang dah lama terpendam ni. Bukak peti tengok bahan pun ada, kita on projek. Panggil anak-anak semua bagi dorang tengok cara buat aiskrim sendiri. Bila dorang tengok kita buat excited tu memang terlebih. Mana taknya asyik bukak tutup peti check dah keras ke belum. Sabar jelah.

Buat aiskrim ni tak susah mana pun rupanya. Bahan pun sikit je. Ikut resepi ni dapat sebekas aiskrim wall pelangi tu yang harga RM7.90. Saya guna mixer sebab guna blender tak muat. Lagipun kena putar lama, kang meletup blender. 

Saya buat pagi, malam baru keras elok. Kalau nak tekstur yang lebih halus, kena tunggu separuh beku lepas tu mixer semula. Saya buat sekali je. Anak-anak tak sabar nak makan. Rasa sedap, sama macam beli kat kedai :)



Aiskrim pelangi ala Paddle Pop... 
Share :  Resepi Ummi 

Pasni buat sndri je xyah ssh2 nk bli.. ^_~

A) 1/2 tin susu pekat
B) 3 cwn susu segar (sy pakai susu HL)
C) 2 sudu kecil ovellate
D) 2 sudu kecil vanilla (essen vanilla)
E) Sedikit pewarna biru, merah, hijau n kuning (leh tuka kaler ikut suka korg)

Cara2:
1) Bahan a,b,c,d blend or mixer 20 minit. Pastikan adunan menjadi kembang dan gebu..
2) Asingkan ke dalam 4 bekas dan masukkan pewarna..
3) Tuang ke dalam bekas aiskrim selapis demi selapis hingga habis..
4) Simpan dalam peti sejuk beku.... Dah koreh boleh la sosah sampai abih eskem tu..

P/s: Untuk resepi di atas saya guna mixer.. Guna blender xmuat...

Selamat mencuba !