Ni satu lagi resepi mudah. Dapat kat kawan dalam FB. Tengok cam senang je, cam mudah je kan. Terusla buat sabtu lepas. Bagi anak-anak makan. Alhamdulillah akhirnya ada jugak cekodok yang dorang suka makan. Selama ni buat cekodok bilis dan kentang langsung tak disentuh. Yang ini pulak siap mintak lagi. Buat untuk breakfast hari Sabtu, malam tu mintak lagi. Tapi sebab dah malam sangat mama dah ngantuk dan malas jugak sebenarnya. Hehehe...
Pepagi Ahad buat lagi menunaikan permintaan anak malam tadi. Sementara ada selera dorang nak makan baik kita buat kan. Kang dah takde selera paksa pun tak guna. Memang licin pinggan dorang makan. Thanks pada kawan yang sudi share resepi.
Cucur Kembung Manis
3 cawang tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 cawan susu pekat manis
3 cawan air panas mendidih
Campur semua sebati. Tunggu sejuk/suam. Goreng dalam minyak yang panas. Siap.
Monday, 24 November 2014
Monday, 17 November 2014
Kek Oren Mudah
Assalammualaikum semua. Hari ni nak share resepi Kek Oren Mudah. Saya kan memang suka buat yang mudah-mudah aje. Yang payah kita tolak tepi ye..heheh...Oren banyak sangat kat rumah. Last week pergi pasar ada orang jual oren besar-besar 10 biji RM5.00 aje. Cepat-cepat kita beli. Sekali dah seminggu pun tak habis. Dok dalam peti. Sabtu terajin sikit lagi pun lapar duduk rumah kan. Google resepi jumpala yang paling mudah ni. Terusla mulakan projek. Elok je masaknya. Memang mudah sungguh. Thanks pada yang share resepi.
| Sebelum dibakar |
![]() |
| Gigihkan saya edit resepi...hehehe |
Wednesday, 29 October 2014
Print Gambar Online
Nak cara senang print gambar secara online boleh jenguk website EOE. Memang mudah. Cuma online, lepas tu pilih-pilih gambar mana kita, lepas tu ikut je arahan seterusnya dan bayar. 3-4 hari gitu dah sampai depan pintu.
Paling best poslaju free ye untuk pembelian RM35 dan ke atas. Alahai gambar beribu-ribu tu mesti lebih daripada RM35 punya lah. Macam saya sebab gambar banyak sangat jadi saya target tiap bulan saya cuci dalam bajet RM35 - RM50. Dapat 100 lebih keping gambarla tiap bulan. Okeylah tu. Kecuali yang ada bajet lebih bolehlah print terus semua. Takde hal punya. Bulan ni kali kedua dah saya print gambar. Bulan pertama RM38. Bulan Oktober ni RM48.00. Lama-lama siapla print semua. Kualiti gambar pun sangat baik ye tambah-tambah lagi yang guna kamera. Yang guna henfon pun cantik jugak kalau memang gambar tu cantik. Saya guna Samsung S3 kualiti memang cantik bila dah print.
Thursday, 23 October 2014
Mangga Asam Boi
![]() |
| Dah cuci, tos pastu gaul sume |
![]() |
| Ini kejadian lepas dah gaul, masukkan dalam bekas |
![]() |
| Ni kejadian lepas dah semalaman dalam peti. yummyy!!! |
Mangga Asam Boi
4 biji mangga epal
7 sudu besar gula
10 biji asam boi
2 biji cili - potong
Mangga dikupar kulit, dicuci dan toskan.
Campurkan gula, asam boi dan cili. Gaul rata.
Masukkan dalam peti sejuk semalaman. Siap
Tuesday, 14 October 2014
JJCM: Genting Strawberry Leisure Farms
Lepas dah jadi petani berjaya bolehlah gi melawat ladang lavender. Memang cantik. Lepas tu boleh teruskan perjalanan ke cafe dia. Ada banyak jual makanan. Teh Strawberry macam kat Cameron pun ada. Saya order waffle coklat, strawberry blended dan teh strawberry. Harga agak mahal sikit tapi okeylah sesekali berjalan. Kalau semua nak berkira tak seronok jugak kan. Anak-anak pula pantang nampak aiskrim mesti nak.
Sebelah cafe ni jugak ada parrot dan ular sawa untuk kita bergambar. Setiap gambar dorang caj RM20 untuk single, RM40 untuk family photo. Saya tak bergambar je. Lalu dan tengok je. :)
Tempat ni lepas kita masuk je kena melalui kedai-kedai. Start daripada tempat petik buah tadi sampailah tempat keluar. Semua kedai jual barang-barang souvenir, mainan, baju, makanan. Sayur-sayuran pun ada. Tempat penanaman cendawan pun ada. Kira okeylah jugak kan sebab masuk adalah percuma tapi kita boleh tengok macam-macam dalam ni. Nak membeli pun boleh :) Sediakan duit dan pilih saja
Dah jalan lepas cendawan ni akan lalu kedai-kedai lagi. Saya cuma beli fridge magnet buat kenangan. Lepas tu jalan keluar jumpa balik tempat kita masuk tadi. Kami teruskan JJCM ke Genting naik kabel car. Orang tak ramai sangat pun. Time balik kami ikut Batang Kali sebab nak singgah sungai. Jumpala Sungai Kedondong. Cantik sangat dengan batu besar-besar dan air tejrun menderu laju tapi jauh menurun nak ke sungai tu. Letih sikitlah dan suasana macam sunyi sikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)







